The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

Contest Mesti Menang



Di sebabkan i harini terlebih rajin, so harini i nak join satu lagi contest yang dianjurkan oleh Cik Tatie.

Sebab i rasa entry ni akan jadi sangaatttttt lah panjang, so mari kita start dengan contest ni. Nama contest ini adalah Contest Mesti Menang. Ada banyak hadiah menarik dan syarat untuk join contest ni boleh di lihat di sini.

Perkahwinan i lebih lengkap dengan adanya pelamin, hantaran dan baju ini kerana semuanya santik cantik dan buat i rambang mata. Tapi ini cuma angan- angan/ plan i buat masa ni lah. Maybe bila sampai betul- betul nak kahwin mungkin akan macam lain pulak kan jadi nya. Hehe. Semua ni i cuma google and tengok yang i rasa berkenan. Jom layan.

First sekali mestilah baju untuk nikah. Kalau boleh time nikah i tak nak yang serabut sangat, i cuma nak yang simpe. Tapi kalau boleh bukan putih. Biar dia lain sikit dan bewarna- warni :) Tapi tak nak lah warna yang terlampau garang atau shocking. Maybe baby pink, soft yellow, baby blue or peach. Tapi yang penting mestilah ada banyak manik/ labuci. Haha! I kan Drama Queen. Simple pon tetap nak meriah dengan bling- bling.

Contohnya macam baju ni. I suka sebab dia simple. Tapi part yang paling i suka sebab dia ada belt from ribbon dekat pinggan tu. Tapi maybe leher bukan bentuk U, and tambah more sequins please :P
Or macam baju Dr. Syed Muzaffar & Dr. Halina. I suka baju Dr. Harlina tu. Simple yet nice and adorable. Manik- manik dia sangat tersusun and terletak dekat tempat- tempat yang sangat nice.
P/s: Tatie, i perasan sampin Dr. Muzaffar macam yang Hazrul pakai during your engagement kan?
Tapi yang ini pon cantik. Ungu pekat. Lawa jugak. I suka part yang kain meleret tu. Tapi kalau time nikah macam ni ok ke? Tapi tetap vogue.
Or macam Umie Aida punya. Cantik ok! Hitam. Still nampak vogue. Tapi kan, kalau nikah maybe tak sesuai warna ni. Tapi design dia i super loike!
Seterusnya baju persandingan. I ada pasang impian yang i nak pakai baju tradisional dan juga baju gown. Hehe. Tapi i tak nak yang sheksi lah for sure. And nampak ayu je bila pakai :) Baju gown/ dress time potong kek and baju tradisional masa sanding.

Contohnya macam gown ni. Menawan sungguh. And sangat sopan. First time i tengok baju ni terus feeling ala- ala Snow White gitu.
Yang ini pon cantik sebab dia sangat simple. Putih and ada little bit of red. Sangat cantik and effortless.
Ini i suka details dekat pinggang dia. Superb! Tapi maybe both dresses tu boleh tambah lengan or pakai inner so that tak seksi sangat? Maybe?
And untuk baju tradisional pula, i suka warna yang terang macam merah, brown or purple gelap or boleh jugak turquoise gelap.

Lagi sekali dress Dr. Harlina ni jadi tumpuan i. Cantik sangat. The details and all sangat nice, beautiful and tak tahu nak terang dalam penulisan macam mana :P
Yang ini pon cantik, effortless and sopan je.
Atau merah supaya lebih ceria dan gembira.
Atau macam Hunny Madu, tak sama warna ok. Tapi cantik. Tak payah nak pening- pening. Very effortless. Baju Hunny Madu sangat cantik ok!
Atau macam Amber Chia, tak sama warna. Tapi tetap cantik. Hijau and putih is always a perfect match.
Kalau obsess sangat dengan Hello Kitty boleh pakai dress ni :P
Atau lebih dramatic, Dress bulu burung Merak!
Majlis i nanti, harus lah ada banyak inai di jari, tangan dan kaki.

I sangat obsess dengan inai & warna pada kuku. Terima kasih :)
For pelamin pula, i nak yang simple tapi nampak mewah. Hehe. Biasalah tu. Yang penting mesti cantik and i suka warna garang juga.

Background putih, pelamin (sofa) hitam dan ada hiasan bunga ros merah. Just perfect!

Atau macam ni, putih dengan hiasan fresh flowers putih & daun hijau. Sangat cantik. Ni yang rasa nak kahwin sekarang jugak :P
Ini pon cantik. Merah. I like, as always. Sangat effortless yet stunning!
And untuk konsep hantaran pulak, i tak tahu sangat. Maybe bila majlis i nanti, i serahkan semua pada wedding planner/ Mama tersayang. Hehe. Tapi ada few yang i rasa cantik.

Paling senang kalau kita letak dalam bekas/ bakul, hias sikit- sikit dah jadi sangat cantik.
Warna pink lembut dengan hiasan bentuk hati tu sangat lah romatik dan sweet gitu. Tambah lagi kalau ada fresh flowers, meletop!
Dan ada kek yang cantik pasti jadi tumpuan semua orang :
Kek warna pink- putih amat sesuai untuk majlis Perkahwinan atau Pertunangan. Lembut je.
Atau penuh dengan buahan segar. Pasti menarik!
Gabungan warna blue black & pink menarik perhatian :)
Tapi apa- apa pon, yang penting, majlis kahwin mestilah dibuat ikut kemampuan kita sendiri kan? Jangan sebab nak menunjuk, habis kurus kering sebab ikat perut nak saving. Kalau ada budget lebih, boleh la buat besar- besaran sikit. Tapi kalau tak mampu, cukup lah sekadar apa yang perlu. Kalau nak tutup mulut orang dari mengata atau nak puas kan hati semua orang sampai Hari Kiamat pon tak dapat lah kita.

Yang lebih penting, persediaan lepas kahwin tu sendiri. Maklumlah, nak mula kan hidup baru. Jangan anak dah masuk sekolah menengah, hutang kahwin tak settle lagi :( Dan niat tu penting, dirikan masjid kerana Allah.

Kepada semua bakal pengantin, tahniah & semoga diberkati. Doakan i kahwin cepat juga so that i dapat penuhi impian i :) To Tatie, i doakan majlis u selamat dan sempurna serta berjalan lancar. Jangan lupa bagi i markah lebih :P I nak menang tau. Heheh.

Siapa nak join, silakan. Tarikh tutup 31 March 2011.

Wah, panjang nya entry. Penat i. Dah, bye- bye!