The Fans

Tuesday, April 26, 2011

Together means a lot of food!

Tengok tajuk, boleh agak tak apa yang i nak cerita? Sejak si dia duduk dekat ni asyek nak jumpa je. Itu lah masalah nya kan. And bila jumpa, wajib ada sesi makan- makan. And nak makan fast food je kan. Bila tengok gambar, baru lah perasan dah banyak mana ternak lemak. Itu tak kira yang makan- makan tak ambil gambar lagi kan.

Ni sebahagian gambar makanan lah kan. Domino's pizza, cinnamon bread, Chicken Wings Domino's, Carl's Jr, IKEA Meatballs, Daim Cake, Chicken Wings IKEA. Pergh, semua boleh buat naik at least 5 kgs macam tu je. Itu baru sikit. Tak termasuk etc etc yang tak dalam gambar. KFC lah, Big Apple lah, Noodle's Station, apa lagi? Aish "-_-

Jadi u all semua harus tahu, siapa yang telah melantak makanan di atas semua? See, muka nak senyum bahagia gembira je bila dapat makan banyak- banyak sedap- sedap. Thanks sayang layan je i nak makan apa semua :) Semua salah u kalau perut i dari jauh lagi dah nampak.

Monday, April 25, 2011

Mashed Potato [Resepi]

Resepi yang paling senang di dunia. And mampu membuatkan anda kenyang dengan agak lama. Selain itu, dia murah juga. 2 in 1. Diet duit & diet perut (Eh, makan kentang tak diet kan?) :P

Bahan- bahan:
  • Ubi Kentang
  • Bawang besar
  • Tepung
  • Salt (Garam)
  • Air
Fresh milk/ low fat milk (Apa- apa milk will do)
Buttercup
Black pepper


Cara- cara:
Basuh kentang, kupas kulit dan potong kecil- kecil. Masukkan dalam periuk bersama air dan garam, dan biarkan sampai kentang masak (lembik).

Bila kentang dah masak, lenyekkan sampai hancur. I pakai garfu je :)
Kemudian, ambil 1/4 daripada kentang yang dah di lenyek tadi dan asingkan. Ambil yang 3/4 lagi dan masukkan butter (lebih kurang 3 or 4 sudu), susu (setengah cawan) dan kacau/gaul/ lenyek sampai rata.
Tips:
Jangan masukkan garam lagi sebab kita dah rebus kentang tu tadi dengan garam. Rasa dulu, kalau kurang masin baru lah tambah garam. Mashed potato kita dah siap!

Untuk gravy/ kuah pula, gunakan 1/4 portion yang kita telah asingkan tadi.
Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bawang besar yang telah di blend tadi sampai masak.
Masukkan kentang yang 1/4 portion tadi.
Masukkan susu 1 cawan. Perasa dengan black pepper.
Masukkan air dan tepung.
Kecilkan api dan biar mendidih.

Mashed potato & gravy siap untuk dimakan :)

p/s: Semalam i buat mashed potato, tapi lupa kat rumah bawang dah habis. Sebab tu gravy ni warna dia cerah sangat.

Durian Buffet SS2, Petaling Jaya

Well i tak ingat bila kami pergi ni. Kalau tak silap i, dalam end of March kot. See, punya lah lama baru nak update :P I've told you i'm Busy (read:Lazy). Actually i selalu je malas nak transfer gambar into pc.

So here goes the story.
Where: Durian Buffet SS2, Petaling Jaya (near to Murni SS2).
Who: Me, the housemates (Ejat, Kak Zila, Kak Fiza) and Afzareen.
What happened: Makan durian sampai kenyang, seorang RM15. Sangat berbaloi untuk orang yang hantu durian macam kami. Tapi kalau u tak berapa nak suka durian, mungkin tak lah kan.

One of the best experience ever. Since i sangat lah suka makan durian kan. I rasa still ada, sebab now still dalam musim durian kan. Cuba lah pergi tengok. I pon ingat nak pergi sekali lagi lah this weekend. Harap ada lagi lah.

1. Afzareen budget artis.

2. Ejat the roomate.
3. Kak Zila & Kak Fiza.

4. SS2 Durian Station. Actually bukan makan kat sini. Makan kat stall lain, tapi terambil gambar dia :P

5. Gambar i tak ada :( Ada tangan sahaja jadilah.

6. Makan durian panas- panas then minum air kelapa. Terbaik!

7. Ni baru sikit yang kami makan. Banyakkkkkkk lagi durian.

8. Tengok kat dalam bakul sampah tu.

9. Dah kenyang jadi macam ni lah "-_-

Go and give a try. Cepat, sebelum musim durian habis!

Sunday, April 24, 2011

Tolong i please.

Siapa ada idea nak bagi hadiah apa untuk Mama & bf for birthday? Tolong i please. I need ideas.
Thanks in advance.

Thursday, April 21, 2011

Comparing

I don't know how to express my feeling. Geram? Marah? Kecewa? Semua campur- campur. Tahu kenapa? Bila semua benda yang kita buat selama ni, kita dah all out, sepenuh hati, tapi masih diragui. Langsung tak percaya dengan apa yang kita dah buktikan selama ni.

Ok, maybe u rasa masih banyak lagi benda yang lack. I'm very sorry. My mistake. Tapi i dah cuba sedaya upaya i.

Tapi i paling tak boleh terima bila u nak compare dengan benda yang dah lepas. Benda yang dah lama. Benda macam ni mana boleh nak compare. Situasi tak sama. What past is past. Over. History. And present ni, kita kena lah jaga elok- elok. Present & future, lagi penting daripada history & past.

Yang dah berlalu tu kena jadikan pengajaran & tauladan. Jangan ulang balik. Hargai apa yang ada sekarang ni dengan sebaik mungkin. Appreciate is the word.


Got what i mean?

Tuesday, April 19, 2011

I ♥ u

I have no other reason to stay with you
Other than...
I Lve you

Episod Akhir Cerita Gemilang

Well, malam tadi adalah episod akhir cerita Gemilang kat TV3 yang Tiz Zaqiyah (Cikgu Asmah), Shah Jazle (Cikgu Saif) dan Kamal Adli (Cikgu Umar) berlakon tu.

Actually i tak tengok cerita ni dari mula, i tengok dah episod 3 or 4 macam tu. And i rasa cerita ni best, terus follow sampai habis. Menarik juga cerita dia. Episod akhir semalam macam kelakar lah bila part tiba- tiba semua orang dah tua. And tiba- tiba Ruhana muncul salam- salam dengan semua orang.

Lawak sungguh :P

Ok, entry ni memang tak ada motif. Lalala~~

Plan A/ Plan B

Banyak nya benda yang di-plan dalam kepala ni. Macam- macam tau tak. Sampai rasa pening kepala. Dah la baru je pakai kereta. Aish. Eh, tak baik mengeluh. Itu semua rezeki tau. Ada tak siapa-siapa nak amek i kerja, gaji RM10k sebulan cukup lah? Lambatnya nak naik pangkat jadi Senior Engineer. Haha! jk!

Actually nak mintak pendapat kawan- kawan, tapi kalau tulis kat sini kantoi lah pulak kan. So terpaksa plan sendiri dalam kepala je lah. Nanti mesti end up semua benda tak jadi. Tapi kali ni harap semua berjalan lancar. Kalau tak boleh buat sendiri, tempah je lah. Kalau plan A tak jadi, plan B cukup lah.

Tengok lah macam mana nanti.

p/s: Banyak jugak cerita dah lama tapi still tak tulis lagi. Malas betul nak mengarang. Nak transfer gambar pon malas. Adeh la "-_-

Thursday, April 14, 2011

Mari berbalas pantun

Harini i nak reveal something about my boyfriend. I baru tahu yang dia pandai pantun. Comel sangat. Actually i tertengok pantun ni dekat TV, then i text lah si dia (copy paste).

Sudah lama tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi,
Sudah lama tidak ku pandang,
Jauh di mata dekat di hati.

Then si dia replied:

Bunga raya duduk tersusun,
Kuih ketayap di atas alas,
Kalau dinda berpantun,
Biar kanda membalas.

I yang tidak lah pandai berpantun ni terus kagum. Haha! Then tak tahu dah nak balas apa. Later petang tu, time dia nak pergi main volleyball dia text i:

Andai cinta tak dibalas,
Andai kasih tak bertaut,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau.

Kena kutuk dengan i sebab langsung tak seirama :P So petang ni he came out with a new version which is better:

Biar mata tidak menatap,
Tetap di hati terasa sayang,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau ye yang.

Bangga ada bf yang pandai berpantun. U all ada? Hehe. Mesti dulu time sekolah u join team pantun sekolah kan syg? Hebat tau :)

Wednesday, April 13, 2011

Gemilang

Lirik Lagu Gemilang (OST Gemilang)- Adi Mentor 4

Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka
Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangaannn membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka

Petua Melayan Isteri

Supaya lelaki tahu bahawa melayan isteri bukan hanya memuaskan nafsu sahaja, tapi lebih dari itu :) Ok, confirm bukan i buat sendiri. Tak layak kot. Copy paste dari fb. Thanks.

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Date

20.11.2011
Bertunang

20.12.2012
Kahwin

Monday, April 11, 2011

4 days: Shah Alam- Bentong- Temerloh- Bentong- Damansara- Shah Alam

Well, i baru je balik from rumah si dia. Serius penat gila. 4 hari kan. Jumaat malam after kerja bertolak ke Bentong. Then sampai sana dah malam, terus tido. Sabtu pulak balik kampung dia kat Sanggang, Temerloh. Then Ahad balik Bentong semula. Isnin nasib baik cuti, singgah KL dulu pergi hospital tengok cousin i, Norsya then balik Shah Alam. Baru je lepas kemas- kemas mandi semua. Penat sangat- sangat.

Now i nak rehat lah and bersedia untuk kerja esok pulak "-_- Thanks sayang for the wonderful and awesome four days together. ILY and thanks again ajak i join your family. Love you and will always do.

p/s: Update yang details sikit nanti lah, penat lah nak transfer gambar taip panjang- panjang semua :P

Friday, April 8, 2011

Second visit to Future FIL's :P

I'allah, malam ni i akan ikut si dia balik rumah parents dia kat Bentong. This time around will be my second visit. The first one was when i pick him up last week to KL.

Still feeling a bit nervous and "-_-

Hope everything gonna be fine and his family can accept me as i am. Ameen.

And the best part & tak boleh sabar is nak pergi mandi Air Terjun Chamanggggg :)

Monday, April 4, 2011

Flowers vs Cake

R: D, bunga tu dah layu :(

A: Memang lah, bunga memang akan layu cepat, tak akan mekar selamanya.
R: Abes tu, cinta & sayang u pada i macam bunga tu juga lah? Tak selamanya?

A: Tak, cinta & sayang i macam cake tu.
R: Cake? Bila i dah makan sampai habis, then i ber*k, jadi t*hi. Then habis cerita?
A: Bukan macam tu, tapi bila u makan cake tu, dia akan jadi darah daging u kan? Macam tu lah cinta & sayang i pada u. Kekal dengan u selamanya sebab dah jadi darah daging u :)
R: *Melting*

Of my new baby

Blik kg, semua orang panggil kereta i Hello Kitty. Ada jugak Mak Andak i panggil dia Pink Panther. Tapi dia bukan harimau kumbang apatah lagi kucing "-_- And palinggggggggggg ramai panggil dia pinky. So i ingat nak panggil dia Baby Pinky lah.

Ke ada cadangan lain?

Friday, April 1, 2011

Welcome April (My Birthday)

Hai, Assalamualaikum semua :) Dah masuk bulan April dah harini. And esok 2hb April, which is my 2*th Birthday.
[Google image]

Gambar ni i jumpa kat google image tadi. Ingat nak color pakai paint ke, apa- apa lah, tapi macam busy sikit so tak sempat lain kali i upload versi yang telah diwarnakan pulak ye. Tapi tetap nak upload gambar ni sebab dia macam comel, cuma tak warna lagi je lah.

So esok birthday i kan? Teettttt! Esok akan celebrate birthday dengan all the family, kebetulan Pok U ada buat Majlis Sambut Menantu dekat kg kan? Sangat suka :) And malam ni akan sambut pukul 12.00 am dalam bus dengan adik tersayang.

Last year i sambut birthday tanpa orang tersayang dalam hati :( Tapi i sambut dengan super bff sayang selalu (CT & Ruby) and roomate (Aini).

But this year, alhamdulillah. Rezeki bertambah- tambah. I'll celebrating my birthday with all my kesayangan. Family (mama, papa, abang, adik), bigger family (cousins, aunts, uncles) and later with friends and of course my bf.

Tak sabar! Moga semua berjalan lancar. Tak tahu nak buat wish-list apa lagi dah untuk hadiah birthday. Faham- faham sendiri sudah lah :P

Revenge kah?

Mungkin sebab tak dapat cuti semalam, jadi macam fed- up gila and malas nak buat kerja. Sweet revenge :P

Mungkin juga sebab nak balik kg malam ni so perasaan bercampur baur. Malas nak mengadap orang yang buat i rasa rimas hari- hari.

Welcome to the world, my baby.

Hai awesome people. Please welcome to the world, my new baby: _________ (tak dapat fikir/ decide lagi nak bagi nama apa "-_-)

Gambar ni mama yang ambil masa nak pick- up my baby dekat Perodua.
Yes, it is a Pink (Dazzling Red) Limited Edition Myvi :) Bangga dengan diri sendiri. Ini je yang i mampu, tak mampu nak pakai kereta yang lagi mewah. Tapi, still bangga sebab pakai duit sendiri tanpa susahkan parents sikit pon. Tak sabar nak balik kg, bawak dia datang Shah Alam. Alhamdulillah, semua dah settle. Lahir few days before birthday mummy.

Nanti boleh celebrate birthday sama- sama dengan mummy kan? Hehe. Jumpa malam ni, sayang.

p/s: Any idea what to call her?