The Fans

Wednesday, November 30, 2011

Simple GiveAway by Rinastories

Jom join ramai- ramai. Tolong sambil dapat peluang untuk menang bersama Rina. Click banner untuk join.

rinastories


Tuesday, November 29, 2011

A year and still counting


Alhamdulillah, dah setahun pon :) Macam tak percaya pon ada jugak, banyak yang kami lalui. And I'Allah, tak lama lagi kami akan di ijabkabulkan. Masih merancang semuanya.

So, how's the celebration? Kami keluar ke Sogo & Jalan Masjid India untuk survey barang- barang pengantin. Tapi tak ada rezeki, hujun turun lebat gila so kami macam dah rasa moral down. Apa pon tak beli, tapi i sempat beli tudung & kain pasang (tak ada kaitan dengan majlis).

Last sekali, makan dekat Nando's je, tengok wayang (Puss in Boots), main game dekat game arcade, balik Shah Alam jalan- jalan Uptown and dia balik Bentong semula. Macam boring je celebration, tapi okey lah.

It's not a celebration actually, just spending the most precious time together. Apa yang lebih penting, we love each other :)

I Love You Ammar Hashim.

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda


Tahniah skuad Harimau Muda sebab berjaya kalahkan Garuda dalam perlawanan akhir Sukan Sea 2011 malam tadi, Malaysia menentang Indonesia dengan keputusan 5-4.

We are so proud of you!! Tahniah Harimau Muda. Auummmm! Malaysia Bolehh!

Monday, November 21, 2011

Kita merancang, Tuhan yang menentukan.

Sepatutnya, kalau ikut rancangan kami semalam (20.11.2011) majlis pertunangan kami dah selamat berlansung. Tapi disebabkan his parents dapat panggilan dari Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 tu, so majlis tu terpaksa lah di tunda ke tarikh yang lain. And panggilan tu agak la last minute and balik pon 2.12.2011.

Jadi, nak tak nak kami redha je lah, nak buat macam mana, kena la utamakan apa yang lebih penting kan. Even his convocation on 3oth October haritu pon, just me and his siblings je yang ada. No parents sebab mereka di Mekkah.

So kami di sini just mendoakan his parents + his grandparents (mereka pergi berempat) mendapat haji yang mabrur. Amin. Kita merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Mesti ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Ala, postponed je pon, bukan cancel kan. Tak lari lah gunung di kejar.

Lagipon, perancangan kami tu bukan final pon lagi. Baru je rancang2 pilih tarikh. Konon nak tarikh lawa lah kan. Tiba- tiba tak dapat. Tu la, jangan fikir nak tarikh cantik je, yang penting keberkatan :)

Jadi, tarikh baru akan dibincangkan kelak :)

Friday, November 18, 2011

Pilih tarikh & DIY

Nak upload gambar, tapi tak boleh transfer pulakkkkkkkkkk. Stress betul lah. Tak tahu la kenapa tak boleh connect ni. Dah connect, tapi dekat computer still tak ada pulak. Aish, geram ni. Sebab nya nak upload gambar, apa yang i tengah buat sekarang. I tengah check- check tarikh cuti tahun depan, mana yang hari Ahad, terus Isnin tu dapat cuti sekali kan? :):)

Rasa nya awal tahun je lah yang panjang sikit cutinya. Ada dua, satu 23-24 January. Chinese New Year. Kita akan start cuti hari Sabtu, 21hb January- 24hb January (4 Hari). Yang keduanya bulan February. 5 Feb Maulidur Rasul, hari Ahad. So Isnin pun cuti. And Selasa pulak Thaipusam. Jadi, kita cuti 4 Feb- 7 Feb (4 hari jugak). Tapi ni i tengok cuti yang apply pada Selangor sahaja. I kena consider untuk orang Terengganu & Pahang jugak :) Hihihi.

Pening kepala la pilih tarikh ni. Tunggu je future PIL balik from Mekkah & biar depa je yang bincang dengan my parents. Lagi senang kot. Tapi still kena tengok- tengok jugak kan?

And i ada 2 benda yang i dah fikir nak DIY je untuk majlis nanti. Paper lantern & Carnation flowers! Super like. Rasa nya petang ni terus dah boleh pergi cari barang kot. Hikhikhik. Semangat! Dah janji dengan si dia nak start cari barang- barang hujung bulan ni.


Ni la bunga carnation yang i cakap nak DIY tu. Cantik gila, and rasa mcm out dated pon ye jugak, sebab owner ni dah start buat since 2008 kot :( Nanti bila dah boleh upload gambar, i upload tutorial my version okeyy.


p/s: Oh, and i'm looking forward for our anniversary. *Mengada- ngada*

Thursday, November 17, 2011

Wedding Inspiration #2: Sticker/ Tag (Advertisement)

Well, perasan tak dekat atas sekali tu under header ada tab TEMPAHAN STICKER WEDDING/ DOOR GIFT TAG? Rasa nya macam ramai yang tak perasan. Actually, itu business housemate i. Saje je la nak tolong- tolong dia promote. Sebab apa? Sticker yang dia buat semua cantik & kemas. Harga pon murah sangat. Kalau tengah cari orang nak buat sticker atau pon tag untuk majlis korang, tak kira apa- apa majlis. Kahwin, tunang, cukur jambul, doa selamat, nak buat tag untuk business sendiri pon boleh. Just name it.

Depa akan tolong buat dengan senang hati, and yang penting harga nya murah. Kalau nak lagi details, just contact number kat bawah ni.

Mellstick
017-4243574
(Zila/ Fiza)

Wedding Inspiration #1

I tengok, ramai sangat B2B yang rajin gila buat review, letak ilham dalam blog, letak link & semua yang berkaitan dalam blog masing- masing. Tahniah sebab anda rajin gila. I pon actually ada jugak teringin nak buat, tapi malas gila. Semua inspiration i cuma save sendiri je dalam folder. Kalau terlebih rajin, i masukkan dalam buku scrap i. Hehe. Jangan tak tahu, i ada buku ye :P Gedik gila.

Tapi sejak terlalu busy ni, dah tak sempat nak buat apa- apa. Tak apalah, nanti bila majlis dah selesai baru lah i buat review and tunjuk satu per satu dekat blog kan. As i said, i belum buat apa- apa pon lagi. So bila i dah start beli barang- barang, baru lah i akan update sikit- sikit. Mana tahu nanti bolej jadi inspiration pada orang lain (Berangan!)

To all B2B di luar sana, all the best with your preparation. I ada few vendors dekat FB atau website yang i macam berkenan. Boleh la tengok- tengok link dekat bawah. And ada jugak yang dekat area Terengganu since i kan from sana, so i cari vendor yang dekat, senang sikit :)

Wedding Favour/ Decoration
1. Creatively Designed- FB/ Website

Veil/ Baju/ Mua
1. DIyang Azura- FB
2. Fizanis's Bridal- FB
3. Cha Diy Yus Aishah - FB
4. Kak Yna Dona -FB

Andddddd banyak lagi. Haha. Pemalas nak buat. Aish. I'allah kalau i rajin, next time i update lagi :) Jangan marah. Kalau rajin godek- godek, dekat tepi sidebar i pon ada, dekat column X.O.X.O tu. Sila lah rajin.

Scrapaperclip Giveaway



Siapa nak dapat Guest Book cantik hebat awesome macam dekat atas for your wedding for free?
Kalau berminat, boleh join dekat sini.

Tuesday, November 15, 2011

Will you marry me

Rasa- rasa kan, pada pandangan korang melamar tu penting tak? Macam dia officially lamar kita untuk jadi teman dia for the rest of his life. For me, i think melamar tu penting. Even kita dah memang tahu arah tuju kita, and dah planning nak tunang, kahwin, dapat anak & grow old together.

Still melamar tu penting sebab menunjukkan yang si lelaki betul- betul serious untuk jadikan si perempuan teman hidup. Tak perlulah nak bawak naik cruise or fancy dinner and all. Tapi kalau mampu apa salah nya :P Cukup sekadar lamaran "Will you Marry Me", tapi secara romantic.

And romantic is subjective. Terpulang kepada diri sendiri & masing- masing untuk figure out what she like. Kalau dah lama bercinta/ berkawan, sure tahu apa yang si perempuan suka & tak suka. Contohnya, bawa kek dan di atas nya ada tulisan Will you marry me or apa- apa sahaja yang membawa maksud yang sama. Atau selitkan kad comel bertulis Kahwin dengan Saya? secara rahsia dalam purse/ bag make up dia.

Yang penting kreatif dan akan menjadi kenangan yang paling indah untuk kita berdua :)

Monday, November 14, 2011

Heart & Soul

Lately ni, makin malas nak kerja. Rasa macam nak sangat tukar kerja, tapi belum rezeki nak dapat kerja baru kan. Nak buat macam mana. Terpaksa lah bertahan je dulu. Been very busy with so many workloads. Dalam masa sebulan at least sekali kena drive to Pasir Gudang. Dah la like 3-4 hours drive from here. Sorang- sorang pulak tu. Maha bosan.

Nak buat kerja dah tak ada hati. Rasa nya pahala langsung tak dapat. Semua kerja buat sebab terpaksa. Langsung tak ikhlas. Tahap dewa- dewa dah ni rasa nya. Kalau ada orang offer je kerja baru, rasa nya tak fikir panjang dah kot. Terus grab je. Tapi, kena gaji banyakkkkkkk lah. Hahah!

Now musim orang kahwin & tunang kan? Tahniah kawan- kawan yang dah selamat melangkah ke alam baru. Oh, dan juga musim orang dapat baby. Hehe. Yelah, dah ramai- ramai kawen time ni tahun lepas, so dapat anak pon time lebih kurang jugak lah kan. Berjemaah katanya.

So bila pulak my turn? I'allah, right after his parents balik from Haji which is 2 December 2011 ni, dua- dua pihak akan berbincang and tentukan tarikh and all. Eh, tak adalah right after sangat. Bukan lah depa landing je kat Malaysia, terus bincang kan? Tapi, yang pasti lepas balik dari sana lah. I pon dah start rasa nervous and looking forward to it :) Tapi persiapan apa pon belom, zero. Dari dulu asyek survey je. Plan akhir bulan ni nak kena start sikit- sikit lah. Maybe dah boleh cari baju and hantaran sikit- sikit kot?

Doakan semuanya berjalan lancar selancar nya & dipermudahkan-Nya. Aminn.

Friday, November 4, 2011

Selamat bercuti.

Esok dah start cuti. Selamat bercuti semua. Hati- hati pulang ke kampung. Semoga semuanya selamat. Selamat ber-qurban. Salam Aidiladha. I cuti sampai Rabu :):):)

Thursday, November 3, 2011

His Convocation Day.

30 October 2011
Tahniah Sayang!
I'm so proud of you.