The Fans

Thursday, April 19, 2012

Wedding Tutorial: Henna/ Inai #DIY

Salam B2B semua. Eh, sejak bila untuk b2b je ni? Hik hik hik. I pernah terbaca dekat satu blog b2b ni, tapi i lupa siapa. Pasal nak DIY untuk henna/ inai. Yela, i terfikir sebab ada ke dekat area rumah i tu yang buat service inai ukir2 ni. Lagi pon, kalau DIY murah :P Hahah.

Since kawan i yang study dekat India nak balik cuti, i pon mintak lah dia belikan. Padahal dekat Mydin berlambak2. Mengada2. So lets's get started. Bahan- bahan yang di perlukan ialah:
Inai kon. Sebab senang nak apply. Kalau nak pakai inai tumbuk/ inai serbuk pon boleh. Ni inai yang kawan i bagi tu.

Then, senjata utama/ rahsia dalam tutorial ni adalah sticker inai. Heheh. I beli dekat kedai My 1 Shop Seksyen 18, deret kedai berhadapan Mydin, sebelah Restoran Awal. Harga dia cuma RM2.50 kot. Lupa. Tapi sangat murah, tak sampai RM3 lah for sure.
Mula- mula kita ambil sticker and adjust nak letak dekat mana dekat tangan/ kaki kita ikut citarasa. I amek sticker yang kecik je since i just nak try.
Then letak inai tu untuk cover kawasan yang kosong2 dekat sticker tu. Tak perlu risau takut comot sebab dia dah ada border. Let say corak dia complicated tapi kita just nak part of it je, so just apply inai dekat corak yang kita nak je lah. Dekat corak yang kita tak nak, biarkan kosong. Be creative :)
Then letak pula inai dekat jari- jari yang lain. Kalau nak lebih kemas, salotape dulu bahagian bawah keliling jari so that kita dapat garis yang lurus nanti. Tapi yours truly ni malas nak salotape bagai. Hehe.
So lepas lebih kurang setengah jam, boleh la bsuh & cabut sticker tu. Kaler dia oren2 je mula2.
Lepas dah lama sikit, dia ajaibnye bertukar jadi warna yang lebih gelap. *abaikan tangan gemuk i :P
And up till now dah 5 hari, tapi inai2 ni semua still penuh dekat tangan. Dah macam orang kawen, nasib baik buat sebelah je. So to all b2b yang nak DIY inai ni, good luck!!

3 comments:

BitsBest said...

haaa..good job dear!

memang berbaloi DIY inai sendiri kan.
Cantek sangat.
Pastu jimat 90%..hehehe

*** kalo nak merah lagi, guna inai jenis RANI~ kt mydin ada.

Pakai inai tu kejap je tau dlm 15mnt~merah giler.

jgn lama2 coz nanti bertukar jadi hitam.

A Z R E E N said...

ha, kan BB kan? seriously sangat jimat. kalau upah org ada dalam ratus2 jugak kan. hihi.

MiSsJue said...

Oo..baru tau..tehee...