The Fans

Monday, April 23, 2012

Wedding Progress: Emas

Weekend lepas dengan gelabahnye i drive laju2 ke Temerloh. Sebab? En. Tunang cakap, emas tengah turun harga now. So kami pon cepat2 la nak pergi beli gelang untuk majlis batal air sembahyang lepas nikah nanti. Hehe. Mak suka nyaaahhh. Auwww.

Hari Sabtu tu lepas lunch, berusaha lah kami pergi ke bandar Temerloh. Pergi kedai 1st, harga dia RM168.00/ gram. Tengok2 lagi, tak ada design yang berkenan. Then terus ke kedai ke dua. Nama nya Kedai Emas Sri Ayu. Betul2 depan kedai gambar Fujifilm kot. Sebelah dengan kedai barang2 pengantin, jual fresh flower and all. Harga dia RM167.00/ gram. Ok, murah singgit :) Dah pilih2 design, test terus beli. Pastu dapat diskaun banyak la jugak.

Sementara tunggu tukang emas tu alterkan gelang, kami suh jugak dia cuci cincin silver en. tunang sebab dah tak bersinar. Siap dia bagi free je tau. Hehe. Jalan2 lagi dekat kedai emas Wah Wah. Wah, mahal betul emas nye. RM180.00/ gram. Nasib baik dah beli dekat kedai tadi. So dah settle lagi satu benda. Alhamdulillah. Tak kesah la orang nak cakap awal sangat beli ke apa. Yang penting, kami dapat beli time emas murah.

Time bertunang bulan 1 haritu, harga emas RM187.00/gram kalau tak silap. So, kalau nak beli emas, cepat2 la sekarang. Orang kedai tu cakap semalam, emas akan naik time nak dekat2 raya nanti. Or maybe bulan depan. So cepat2 lah ye. Petua nya, jangan lah cari dekat area bandar sebabkat situ lagi mahal. Cari dekat area kampung2 sikit, lagi murah.

Good luck semua!!

No comments: