The Fans

Monday, February 27, 2012

Engagement Review: Outfit (Baju, veil, shawl & inner)

Now setelah lama, i nak reveal baju tunang. Eh, salah. Nak review lah. Dah berzaman. Harini free sikit. So, presenting my baju tunang :)
Pandangan dari depan.
Pandangan dari belakang/ sisi.
Cantik tak? Nak jugak puji baju tu cantik. Haha. So i nak cerita satu persatu pasal baju tu, sebab dia banyak sangat drama. And i akan cerita cost dia sekali. Mula- mula harus lah pasal baju tu. I beli dekat Jalan TAR. Sebab i pergi awal pagi gila, so dia bagi i murah sangat. RM100 je. Murah gila kan?Actually i berkenan yang warna putih sebab nampak mcm sweet sangat. Tapi nak buat mcm mana, tema nya purple kan? Hehe.

And asal nya baju ni, macam ni.

And i kurang lah berkenan dengan beading & details nye. So i hantar pada K. Tina untuk tolong enhance- kan baju i ni. So lepas dah siap, jadi lah macam yang i pakai pada hari kejadian. Nasib baik K.Tina sudi ambil lagi sebab i hantar kind of last minute, seminggu lebih sebelum majlis i :P

Details pada baju.

And i tambah sash pada belakang baju sebab baju ni besar untuk i. I amek jugak sebab nak baju ni. Ntah apa- apa kan. Boleh tengok cerita K.Tina pasal baju i dekat sini & sini. Thanks K.Tina sebab sudi ambil baju i last minute. Total untuk beadings & sash RM170. Kain i beli sendiri untuk sash.

For the inner tudung pulak, i beli dari Asylla.

Untuk shawl, i beli dekat Jalan TAR, harga RM15 rasa nya. Buku engagement i ada dekat dalam kereta, malas nak pergi ambil. And veil pon beli kat Jalan TAR jugak, sebab time ni tak terfikir and malas and tak sempat dah nak DIY. RM35 kot. And brooch atas kepala, dalam booth dekat Semua House RM35 jugak kot, lupa.

Brooch, veil, shawl & Inner.
So total untuk outfit i. Baru nak kira ni. Berdebr- debar.

Baju- RM100
Beading & sash- RM170
Kain untuk sash-RM6.50
Shawl-RM15
Veil- RM35
Inner-RM35
Brooch- RM35

Total damage = RM396.50. Haha. Banyak jugak. Kalau i sewa je pon tak apa kan. Tapi, dengan harga ni next time i boleh pakai lagi. Kalau ada yang sudi nak sewa, pm lah i. Haha. Ada ke yang nak?



Friday, February 24, 2012

Engagement Review: Moment

Suka gambar ni, walau pon ramai je yang kena tutup muka :P

Eh, tak ada lah review sangat padahal nak letak gambar ni satu je. Jangan marah tau tau tau.

Blogger yang sombong

Boleh tak nak gossip petang2 jumaat ni tiba2? Actually i mengantuk gila dekat ofis. Lagi setengah jam nak balik. Tak sabar, dah penat dah.

Just nak ceritakan dari pengalaman. Ada seorang blogger yang famous ni. And dia dah buat satu giveaway yang besarrrrr gila hujung tahun lepas. And alhamdulillah, i'm one of the lucky winner.

Tapi kan, nak dapat hadiah dia sikit punya susah. Mula- mula kena tulis entry, then kena like & follow semua sponsor dia. Banyak jugak lah. Lepas dah menang tu, dia siap suruh tulis lagi sekali entry pasal pengajur tu pulak. Lepas dah dekat sebulan plus plus camtu, baru lah hadiah tu dapat. Dah la bila i tanya dekat email, bukan main sombong betul jawapan dia. Macam dia sorang je yang busy kan. Kte ni susah2 promote blog dia, dia langsung tak hargai kita.

Kalau dalam blog dia tu, macam baik2 sweet2 je orang nye. Tapi, bila dah berhubung dengan email bukan main berlagak lagi lah. Sorry, i bukan nak jatuhkan orang ke apa. Saje je nak tulis pengalaman.

Sesiapa yang terasa, sorry sangat ye :P Tapi tak tahu lah dekat luar dia sebenarnya macam mana. Harap2 dia tengah sibuk masa tu and stress, sebab tu dia jawab email dengan sombong sekali bahasa nya. Moga dia sebenarnya bukan macam apa yang i sangkakan. And btw, thanks for the selendang. Opsss!

Thursday, February 23, 2012

Engagement Review: Hantaran Part 2 (From Me)

Sebab harini rajin sikit, so mari sambung review hantaran from me pulak untuk en. tunang. Part 1 hantaran from him dekat sini.



So list untuk hantaran dekat sini. Meh i nak list kan mengikut gambar ye.
  1. Baju Kemeja
  2. Kuih Akok
  3. Coklat
  4. Cincin & bunga rampai
  5. Sejadah
  6. Kain Pelikat
  7. Baju nikah
  8. Kek
  9. Buah
Banyak dangat drama cerita hantaran i. Hehe. Mostly semua hantaran ni i buat sendiri. Even coklat ferrero tu i jadikan dia bunga sangat cantik. Hehe. Perasan sorang2 boleh? Cuma yang dalam gamabar tu, No.6-7 kawan mama yang buat. Lepas kami pergi amek je dengan kawan mama tu, semua tak puas hati sebab macam old skool sangat makcik tu buat. So kami pon sesuka hati buat semula. Tapi tak bukak lah gubahan dia, cuma baiki2 haisan je.

And tema untuk pihak i ialah pink & purple. Semua gubahan tu i buat last minute. I balik kampung sampai rabu petang, and majlis pulak sabtu. Yang paling best kemeja tu, i cuma siapkan bekas and bila rombongan datang, i mintak tlg abang pergi ambil kemeja tu yang en. tunang beli petang semalam nye.

Kuih akok tu mama pergi beli and panas2 lagi time i gubah hantaran pagi nye. Hehe. Buah pulak tak ada gambar besar. Malam majlis nye (jumaat malam), i dah mengantuk gila time tu macam dah pukul 1 lebih. Tapi nak jugak hias buah tu. Mama pulak dah tido, so i main letak2 je buah tu dalam bakul. Esok nye en. tunang tengok, memang kena kutuk lah. Haha. Tapi yang penting puas hati sebab boleh buat sendiri, walau pun tak ada lah cantik sangat kan. Hehe.

Moga B2B luar sana dapat inspirasi. Ceewaaahhh :P

Friday, February 10, 2012

Abah vs Papa

Tadi i ada baca satu blog B2B. And now dah nikah lah, baru 2,3 hari lepas. And dia dinikahkan oleh abah dia sendiri. By the time i baca entry dia, air mata i laju gila turun. Rasa macam sedih sangat. Sayu sangat. Kalau lah bapa tiri kita boleh nikahkan kita :(

And time tengah tulis entry ni pon rasa sedih jugak. Bayangkan time i tunang tu. Mama ada call inform dia that i'm getting engaged. And dia boleh cakap nak pergi majlis anak kawan dia dekat Melaka. Can you imagine that? I'm his own daughter yet his friend's son is more important.

Terus masa tu macam satu perasaan yang zappppp, bedebuk. Sebiji batu besar hempas atas kepala, hati hancur luluh jadi keping2 and time tu i sedar yang kami semua memang dah lama dia lupakan dan buang dari hati, fikiran & hidup dia. Serious sedih sangat.

Btw, kakak tetap nak ucap thanks pada abah sebab abah, kakak lahir kat dunia ni. Tapi kakak tak akan lupa apa abah dah buat pada mama & kami adik- beradik.

To papa, you brighten our life. I love you more and thanks for exist in our life. I love you Papa. Tak ada orang boleh gantikan papa sebagai the best father to us. Papa yang paling banyak bantu kami semua membesar & lengkapkan hidup kami. I love you papa.

Ya Allah ya Tuhan ku, kau panjangkan lah umur papaku, Sopyan B. Nani. Kau berikan lah kesihatan & kesejahteraan yang baik pada nya. Kau sayangi & lindungilah dia sebagaimana dia menyayangi & lindungiku. Amin.

Thursday, February 9, 2012

Selepas bertunang :)

Lama dah abaikan blog ni. Review majlis tunang pon baru buat sikit je. Nak sambung lagi, tapi tak ada masa sungguh. Berhenti setakat hantaran from him je. Nak buat hantaran from me, baju tunang, pelamin & make up. Tapi langsung tak ada masa lah.

Sejak lepas bertunang ni, masuk kerja hari2 kerja bertimbun. Nak curi2 update blog pon tak ada masa. Haha. Yela, kalau nak buat review kena lah edit2 gambar, cantum2, isi watermark semua kan. Kalau malam or weekend memang free, tapi nak buat mcm mana. I bukan ada internet pon. So office je lah tempat menumpang kasih.

So nanti bila i dah free sikit, akan menyusul review yang lain. Stay tune ye sayang2 semua :)

################################################################

Last week (2 February 2012) en tunang i buat surprise. Dia tiba2 muncul depan office dengan sejambak bunga rose merah. Sweet sangat kan? Hehe. Lepas i habis kerja je, kami pergi tengok wayang & makan. Then lepas tu en tunang i balik Temerloh semula. Terharu gila ok!