The Fans

Friday, February 24, 2012

Blogger yang sombong

Boleh tak nak gossip petang2 jumaat ni tiba2? Actually i mengantuk gila dekat ofis. Lagi setengah jam nak balik. Tak sabar, dah penat dah.

Just nak ceritakan dari pengalaman. Ada seorang blogger yang famous ni. And dia dah buat satu giveaway yang besarrrrr gila hujung tahun lepas. And alhamdulillah, i'm one of the lucky winner.

Tapi kan, nak dapat hadiah dia sikit punya susah. Mula- mula kena tulis entry, then kena like & follow semua sponsor dia. Banyak jugak lah. Lepas dah menang tu, dia siap suruh tulis lagi sekali entry pasal pengajur tu pulak. Lepas dah dekat sebulan plus plus camtu, baru lah hadiah tu dapat. Dah la bila i tanya dekat email, bukan main sombong betul jawapan dia. Macam dia sorang je yang busy kan. Kte ni susah2 promote blog dia, dia langsung tak hargai kita.

Kalau dalam blog dia tu, macam baik2 sweet2 je orang nye. Tapi, bila dah berhubung dengan email bukan main berlagak lagi lah. Sorry, i bukan nak jatuhkan orang ke apa. Saje je nak tulis pengalaman.

Sesiapa yang terasa, sorry sangat ye :P Tapi tak tahu lah dekat luar dia sebenarnya macam mana. Harap2 dia tengah sibuk masa tu and stress, sebab tu dia jawab email dengan sombong sekali bahasa nya. Moga dia sebenarnya bukan macam apa yang i sangkakan. And btw, thanks for the selendang. Opsss!

2 comments:

Kikin Amer said...

siapala blogger famous yg sombong tu ye.... ramai je dear yg macamni...:)

A Z R E E N said...

@Kikin Amer: malas nak reveal nama dia, kesian pulak nanti. hehe.