The Fans

Thursday, February 23, 2012

Engagement Review: Hantaran Part 2 (From Me)

Sebab harini rajin sikit, so mari sambung review hantaran from me pulak untuk en. tunang. Part 1 hantaran from him dekat sini.



So list untuk hantaran dekat sini. Meh i nak list kan mengikut gambar ye.
  1. Baju Kemeja
  2. Kuih Akok
  3. Coklat
  4. Cincin & bunga rampai
  5. Sejadah
  6. Kain Pelikat
  7. Baju nikah
  8. Kek
  9. Buah
Banyak dangat drama cerita hantaran i. Hehe. Mostly semua hantaran ni i buat sendiri. Even coklat ferrero tu i jadikan dia bunga sangat cantik. Hehe. Perasan sorang2 boleh? Cuma yang dalam gamabar tu, No.6-7 kawan mama yang buat. Lepas kami pergi amek je dengan kawan mama tu, semua tak puas hati sebab macam old skool sangat makcik tu buat. So kami pon sesuka hati buat semula. Tapi tak bukak lah gubahan dia, cuma baiki2 haisan je.

And tema untuk pihak i ialah pink & purple. Semua gubahan tu i buat last minute. I balik kampung sampai rabu petang, and majlis pulak sabtu. Yang paling best kemeja tu, i cuma siapkan bekas and bila rombongan datang, i mintak tlg abang pergi ambil kemeja tu yang en. tunang beli petang semalam nye.

Kuih akok tu mama pergi beli and panas2 lagi time i gubah hantaran pagi nye. Hehe. Buah pulak tak ada gambar besar. Malam majlis nye (jumaat malam), i dah mengantuk gila time tu macam dah pukul 1 lebih. Tapi nak jugak hias buah tu. Mama pulak dah tido, so i main letak2 je buah tu dalam bakul. Esok nye en. tunang tengok, memang kena kutuk lah. Haha. Tapi yang penting puas hati sebab boleh buat sendiri, walau pun tak ada lah cantik sangat kan. Hehe.

Moga B2B luar sana dapat inspirasi. Ceewaaahhh :P

No comments: