The Fans

Monday, February 27, 2012

Engagement Review: Outfit (Baju, veil, shawl & inner)

Now setelah lama, i nak reveal baju tunang. Eh, salah. Nak review lah. Dah berzaman. Harini free sikit. So, presenting my baju tunang :)
Pandangan dari depan.
Pandangan dari belakang/ sisi.
Cantik tak? Nak jugak puji baju tu cantik. Haha. So i nak cerita satu persatu pasal baju tu, sebab dia banyak sangat drama. And i akan cerita cost dia sekali. Mula- mula harus lah pasal baju tu. I beli dekat Jalan TAR. Sebab i pergi awal pagi gila, so dia bagi i murah sangat. RM100 je. Murah gila kan?Actually i berkenan yang warna putih sebab nampak mcm sweet sangat. Tapi nak buat mcm mana, tema nya purple kan? Hehe.

And asal nya baju ni, macam ni.

And i kurang lah berkenan dengan beading & details nye. So i hantar pada K. Tina untuk tolong enhance- kan baju i ni. So lepas dah siap, jadi lah macam yang i pakai pada hari kejadian. Nasib baik K.Tina sudi ambil lagi sebab i hantar kind of last minute, seminggu lebih sebelum majlis i :P

Details pada baju.

And i tambah sash pada belakang baju sebab baju ni besar untuk i. I amek jugak sebab nak baju ni. Ntah apa- apa kan. Boleh tengok cerita K.Tina pasal baju i dekat sini & sini. Thanks K.Tina sebab sudi ambil baju i last minute. Total untuk beadings & sash RM170. Kain i beli sendiri untuk sash.

For the inner tudung pulak, i beli dari Asylla.

Untuk shawl, i beli dekat Jalan TAR, harga RM15 rasa nya. Buku engagement i ada dekat dalam kereta, malas nak pergi ambil. And veil pon beli kat Jalan TAR jugak, sebab time ni tak terfikir and malas and tak sempat dah nak DIY. RM35 kot. And brooch atas kepala, dalam booth dekat Semua House RM35 jugak kot, lupa.

Brooch, veil, shawl & Inner.
So total untuk outfit i. Baru nak kira ni. Berdebr- debar.

Baju- RM100
Beading & sash- RM170
Kain untuk sash-RM6.50
Shawl-RM15
Veil- RM35
Inner-RM35
Brooch- RM35

Total damage = RM396.50. Haha. Banyak jugak. Kalau i sewa je pon tak apa kan. Tapi, dengan harga ni next time i boleh pakai lagi. Kalau ada yang sudi nak sewa, pm lah i. Haha. Ada ke yang nak?



3 comments:

aina zaireynna said...

yg veil tuh kt belah mane beli??heeee

TimMie said...

Murah tu veil rm35..beli katne?

TimMie said...

Murah tu veil rm35..beli katne?