The Fans

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday: 7 months

Monday, June 27, 2011

Vip Ticket Showdown 2011

Ok, now untuk top 4 punya live show pulak. En. bf , setelah dipujuk dan i telah berjaya mempengaruhi beliau, akhirnya berhasil dapat VIP ticket untuk show kali ni. Kalau jadi i, mesti gembira kan? Actually last week punya tix pon i dapat, tapi bukan VIP punya lah. I dapat reserve sahaja. Jadi, i malas nak pergi dah bagi pada kawan i, Fairoza untuk claim tix tu :)

Now this week punya i macam tak sabar lah nak tengok kan? Tapi kenapa i rasa macam mostly yang pergi tu remaja yang masih bersekolah? Lalalalala~~ Kenapa i ni macam golongan minority je? Ada siapa- siapa lagi yang layan showdown tak? Eip, ko tengok tak showdown?

Tak rugi tau tengok showdown ni. Best gila kot tengok crew menari. Now top four crew yang tinggal:
1) Elecoldxhot (ECX)
2) HMC Phlow (HMC)
3) Bounce Stepperz (BOS)
4) Rokusteps (RKS)

Jom tengok ramai- ramai Showdown 2011, 8tv, Wednesdays, 9.30pm.

Deactivated

Now dengan rasminya facebook, youtube, dan apa- apa yang sewaktu dengan nya telah selamat di-blocked oleh IT Department office i. I yang konon- konon hebat ni dah try macam- macam cara juga untuk un-blocked/ hacked, namun masih tak berjaya juga :(:(

Yang lagi best pada hari ini, i langsung tak boleh nak bukak website untuk unblocked tu. Kesian i. Dah la semua networking website pon tak boleh. Apa lah. Jadi, i akan hilang connection dengan kawan- kawan la. No more shopping via fb. Sedih tau tak?

And lagi sedih sebab i tak ada internet connection dekat rumah. Jadi, dekat office, i cuma boleh berblog je lah. Hukhuk. Jarang- jarang cuma boleh ber-fb kalau dapat wifi kat mana- mana.

Ala, fb je pon kan? Apa ada hal? "-_-

Friday, June 24, 2011

Nak menyibuk dekat bilik mama la malam ni.

Semalam mama call and bagitau mama ada dekat KL. Yaaaayyy!! Mama ada kursus, starting petang semalam (Khamis) sampai Sabtu. Sebab Terengganu kan dah kerja hari Ahad. So, mama akan balik Terengganu semula hari Sabtu la.

So petang ni lepas kerja i akan pergi lepak menyibuk dalam bilik mama dekat hotel yang dia stay. Yaaaayy!!! Tidur dengan mama. Tak sabar nak jumpa mama. Rindu mama sangat dah ni.

Cepatlah pukul 6 (sambil tengok jam) Baru pukul 3.35pm "-_-

Semalam yang hilang

Setelah sekian lama, akhirnya semalam IT Department telah meng-upgrade-kan pc yang i guna hari- hari dekat office. Alhamdulillah. Bayangkan lah, punya lah susah i nak buat kerja. Sikit- sikit hard disk full. Nak tahu tak, before ni pc ni hanya pakai memory 40Gb. Now baru la tukar ke 160Gb. Itu pon still sikit. Apa ke hal?

Ada lah dalam 4, 5 bulan dah kot baru nak ambil tindakan. Sebenarnya, company i tak ada IT Department. Cuma kami sub kan kepada company lain je. Tapi buat kerja lambat nak mati. Time payment cepat je pulak datang nak collect cheque kan "-_-

So i macam happy sikit la bila nak buat kerja, laju je pc i ni. Tapi bila dah macam ni, yang sedih tu bila i nak buka facebook tiba- tiba tak boleh.

Sedih tak tengok macam ni? Rupa- rupanya depa dah block pc i dari bukak fb :( Pc yang baru baiki/ install memang akan di block fb. Adeh, kenapa dengki ni? Bukan la staff kat sini bukak fb like 24/7. Even bukak fb pon, kerja still jalan what? Aish. And depa cakap akan block fb untuk the whole office. wth lah kan.

So, soalan nya. Siapa tahu macam mana nak unblock fb? (Nanti i belanja ice cream) Kekeke :P

Tuesday, June 21, 2011

Pilihan dalam hidup. Kena fikir betul- betul.

Dalam hidup kita, mesti ada banyak pilihan kan? Cuma kita yang perlu pandai buat keputusan samada nak pilih A atau B. Kadang- kita kita dah ada sesuatu, tapi kita nak lebih. Bila nak lebih, mesti banyak pula yang akan dikorbankan.

Contohnya, sekarang kita sudah bekerja. Kerja senang, tak pening kepala, banyak masa terluang nak tulis belog, main game (ehem!), colleague so-so, gaji boleh tahan la. Cuma biasa lah mesti ada kekurangan sikit kan? Macam tak ada OT, elaun sikit and company tak besar mana. (Tapi company kecik pon ada banyak advantage apa?)

Jadi kita yang tamak ni, akan mula nak cari kerja yang better. Lagi- lagi bila parents bising, bandingkan dengan adik/ abang and suruh cuba cari kerja baru. Kita mula fikir, kerja sekarang bagus, tak pening kepala, tapi gaji sikit. Tapi nanti kalau dah dapat kerja baru di company yang well- known, gaji banyak, elaun banyak, then kerja pon banyak, pening kepala, asyik kena buat OT je, sampai tak ada life "-_-

So apa solution nya? Nak stay dengan kerja sekarang atau nak tukar kerja? Kita akan mula stress, mintak pendapat semua orang yang boleh dipercayai, fikir- fikir dan mula rasa berbelah bahagi kan? Confirm, tak tahu nak fikir. Lagi- lagi bila teringat dekat parents yang bising- bising kan?

Akhir sekali, masih lagi bekerja di tempat sama yang lama. Malas nak ambil pusing. Itu tidak bagus rasa nya, kita kena la berkorban sikit untuk dapatkan yang lebih. Jangan takut nak hadapi cabaran dalam hidup. Lama- lama, kita akan rasa benda yang susah pada mula nya macam kacang putih je senang nya. Bak kata orang, alah bisa tegar biasa?

p/s: Eh, kenapa macam ada kena mengena dengan kisah sendiri je ni? :P:P:P

Monday, June 20, 2011

Malam Cahaya (Dari I-city ke Dataran Merdeka)

Apabila dua orang budak yang tak ada kerja/ idea nak lepak kat mana, sanggup drive malam- malam dari Shah Alam sampai ke KL. Mula- mula pergi I-city, kemudian ke Dataran Merdeka pula. Mentang- mentang dua tempat ni lawa bila malam ada lampu lip lap lip lap, mula la budak dua orang ni naik syeikh ambil gambar tak hengat orang keliling. Tapi, untuk kali ni kita kasi post gambar yang comel- comel sopan- sopan bila tengok nak buat menantu terus sahaja "-_-

I- city, Shah Alam
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Him @Dataran Merdeka
Her @I-city
Haruslah bergambar bersama tanda kemesraan :P
Sekian sahaja melaporkan buat tatapan semua. *Poyossss*

Monday, June 13, 2011

Showdown 2011 Top 7 (Pictures)

Remember i told you i won a pair of tickets to watch Showdown 2011 Top 7 at I-city Shah Alam, on the 8th June 2011? So here are the pictures of the night.

I dengan baik hatinya :P bawak roomate i, Ejat untuk teman i pergi tengok showdown since kami dua- dua agak gilakan showdown ni lah!

Sampai sana lebihg kurang pukul 8.30 pm, park kereta and terus ke khemah showdown untuk collect VIP ticket.

Tempat duduk VIP adalah dekat belakang sekali, tapi lebih tinggi. Sebelah dengan tempat judges. Juri undangan malam tu adalah Noh Hujan.

First time i pergi concert atau apa- apa yang sewaktu dengan nya lah. Jakun sungguh "-_- Baru lah tau, macam ni rupanya orang buat live show.





Show malam tu awesome sangat sebab dapat tengok secara live. And paling best, sebab tak payah nak sesak- sesak dengan orang ramai. Tapi kami berdua over excited sampai lupa nak usung dslr tu datang tengok showdown sama- sama '-_- Pathetic sungguh! So semua gambar dari camera hp i je la. Nasib ada hp :)

Nampak tak Naqib 8tv Quickie tu? Yang pakai baju hijau tu. Dia dengan Zher sangat lah kecik cenonet je mereka berdua. Tengok kat tv nampak kecik, in real lagi lah kecik rupa- rupanya.

Adik- adik Leeleesm pon ada. Rasa nya depa ni sempat masuk sampai Meltdown kot, i pon lupa. Semangat je sorak- sorak semua. Mereka duduk betul- betul sebelah i.

And last sekali, gambar dengan Maple Loo. Sumpah cantik dia ni, segan je nak ambil gambar mula- mula. Oh ye, tema malam tu adalah Rock!

Tuesday, June 7, 2011

8TV Showdown 2011 (8 June 2011)

Nampak tak kat atas tu? (Click untuk gambar besar) Yang dalam kotak tu. Nama i ok! :):):) OMG, tak sangka i boleh dapat menang ticket VIP untuk tengok showdown ni.

Soalan dia, siapa pemenang Best Performance last week? And tiga penghantar email yang paling cepat dengan jawapan yang tepat akan dapat a pair of ticket to showdown. And the answer is Elecoldxhot.

I saje- saje je hantar jawapan and rupanya pantas juga i ye!! Still thinking nak ajak siapa ye? See you there! :P

Friday, June 3, 2011

Melaka sangat best!

Last weekend (28-05-2011) classmate i time dekat UTHM, Erni kahwin. So i & si dia pergi ke Nilai untuk meraikan pasangan ni. And kebetulan Erni buat majlis sanding sama dengan kakak dia, Kak Ayul. Bersemangat i nak pergi Nilai sebab nak jumpa all the classmate dulu. Ye lah, dah lama juga tak jumpa dia orang semua kan.

Awal- awal lagi i dah plan dengan si dia. Balik from Nilai kami nak pergi Melaka. Jalan- jalan makan angin lah orang kata kan :) Sampai je sana, terus cari jalan pergi Umbai. Sesat- sesat juga la sampai 3,4 kali pusing tempat yang sama. Akhirnya sampai Umbai untuk makan seafood yang fresh. Umbai adalah nama tempat. Banyak restoran kat sini, terletak di tepi pantai.


I makan banyak gila sebab memang favorite i seafood ni, lagi- lagi kerang & udang.
Semua tu i makan sorang je. Akibatnya, malam tu i dapat alergic "-_- Timbul bintik- bintik merah macam kena gigit nyamuk tu. Tapi banyak gila. Balik from Umbai, kami layan movie. Karak & Kung fu Panda. Dua- dua memuaskan hati i lah. Keluar from midnight movie tu, si dia dah risau terus ajak i pergi Hospital Melaka. Masa tu dah pukul 2 am lebih kot. Jadi, terpaksa ke emergency. Nasib baik kes i diterima. So, dapat la i cucuk 1 jarum & beberapa biji pil.
Tapi tempat yang i rasa i suka sangat pergi ialah Jonker Walk. Best gila pergi sini. Macam- macam barang yang comel dan cute ada. Kami ke Jonker Walk naik beca, dari Dataran Pahlawan yang ada Menara Taming Sari tu. Parking kereta kat situ je, senang. Bayaran RM 10 satu trip.
Hasil barang comel beli di Jonker Walk, harus letak dalam kereta.
Esok nya pula ke Putrajaya sebab ada Himpunan Sejuta Belia. Banyakkkkkkkkkk gerai, lebih kurang macam Jom Heboh tu. Panas superrrrrrr sampai basah baju di buatnya oleh peluh.
Sila lah layan gambar kami berposing macam- macam "-_-

Last sekali harus ada gambar bukti sudah mahir memandu, sambil pandu sambil gigih makan popcorn yang tak habis tengok movie semalam :P

Isu Blog Adinda: Tegur secara berhemah.

Sekarang ni kecoh gila pasal isu Blog Adinda tu kan? Ala, yang budak perempuan umur 14 tahun tu. And berani mati gila dia mengaku yang dia tak virgin. Tukar bf pon dah macam tukar baju je. Jumpa kat kedai makan, dekat pavilion, kenyit- kenyit mata sikit dah couple. Then 3 hari lepas tu break- up. Jumpa lelaki lain, then the stories goes.

Aish. Masalah betul lah budak- budak sekarang ni. Kecil- kecil lagi dah macam- macam hal. Benda ni kita seriously kena pandang serious kan. Bayangkan lah, kalau budak umur 14 tahun dah tak ada dara. So bila first time dia? 12 tahun? 11 tahun? Sekarang ni benda- benda macam ni nampak macam perkara biasa padahal benda macam ni la yang paling teruk kita kena fikirkan.

Tapi apa yang i nak tekankan sebanarnya bukan pasal adik Adinda ni sendiri. Tapi pasal blogger- blogger kita. I tengok so far adik ni dah ada lebih kurang 900++ follower. And blog dia start dalam akhir tahun lepas je. Pencapaian yang hebat, even i pon ada 32 follower je. Haha!

Kita sebagai orang Islam ni, kalau nak tegur mesti lah elok- elok sikit. Agama kita pon tak pernah ajar kalau nak tegur orang mesti kena mencarut panggil orang tu si*l, bab*, puk*, sund*l etc etc. Ada ke? Tak ada kan? Agama kita agama yang mulia. Malu lah sikit. Nak tegur orang kena lah berhemah sikit. Malu gila i baca comment- comment orang kat situ semua.

Kita tak pernah diajar untuk tegur orang dengan cara macam tu (perkataan kasar). Dah la budak tu baru nak naik, baru nak kenal dunia. Usia remaja baru nak pilih path of life. Kena pulak macam tu. Kalau dia buat benda bukan- bukan macam mana?

Fine, memang dia salah sebab dah jadi macam tu and dia "tak sengaja" ter-cerita pada dunia. Tapi dia kan manusia. Manusia buat salah. Amd dia ada hak untuk berubah dan bertaubat. Solution nya, kita mesti tegur dia dengan cara elok. I bukan back up adik tu, cuma i tak suka dengan trend nasihat secara kasar ni. Siapa ntah yang cipta trend ni?

Thursday, June 2, 2011

Cuti- cuti ke Bukit Tinggi, Malaysia.

Kalau tak silap i, we went to Bukit Tinggi, Pahang on the 17th May 2011 kot. Punya lah lama cerita :P We maksudnya i, si dia, Kak Ain (kakak Ammar) and 2 orang anak K. Ain, Husna & Qay'id. Well, Bukit Tinggi ni terletak dekat Pahang buat yang tak tahu. Dekat dengan Genting, Janda Baik, and Bentong. I tak pernah pergi sini so si dia saja nak bawak i berjalan ke sini lah. Macam- macam aktiviti boleh buat kat sini. Nak ambil gambar cantik- cantik pon best juga.

Kami gerak ke sana dalam pukul 10 am lebih dan balik 3 pm lebih. Penat, tapi menarik. Kami ke sana dengan naik kereta. Penat lah nak taip. Tengok gambar je la ye semua? :)

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Tempat ni ala- ala Perancis lah. Ada cafe Perancis semua. Cantikkk.

Bangunan dia semua cantik.
Tiba- tiba ada kereta kuda.
Boleh tengok swan putih. Atau swan hitam pon ada.
Sambil bawa Husna jalan- jalan makan angin.
Mesti ada gambar dengan si dia :)
Kalau bawa anak- anak, boleh bagi depa main benda ni.
Then pergi pula Japanese Village
Ada rumah Jepun.
Ada landscape cantik.
Ada ikan besar.
Last sekali pergi Rabbit Farm.

Memang percutian yang menyeronokkan :)