The Fans

Wednesday, October 31, 2012

Wakalah Wali

Apa itu wakalah wali?

-Wali mewakilkan kepada orang lain untuk mewalikan pernikahan. Contohnya, bapa mewakilkan kepada Kadi untuk menikahkan. Untuk penerangan selanjutnya, baca disini.
******************************************************************************
Disebabkan mama & abah dah bercerai, and i tinggal dengan mama di Terengganu. And abah pula menetap di Penang. So, sejak 25 tahun hidup ni, i dah faham sangat dengan perangai abah i. Risau pula kalau dia tiba2 tak muncul untuk mewalikan i pada hari pernikahan. And i dah lama juga tak jumpa abah, rasa nya dalam 5 tahun ++ kot. Ada call, tapi sangat jarang. Once in a blue moon.

So, i called Pejabat Agama Dungun untuk penerangan. Ustaz tu cakap (lupa nak tanya nama) that abah kena pergi ke Pejabat Agama Penang & ambil borang untuk proses wakalah wali. Isi & bagi pada i borang tu. Then i kena kepilkan borang tu sekali time i nak submit borang nikah i.

Tapi i tak buat lagi lah. Sebab sedang tunggu turn untuk test HIV. Nanti kalau i dah buat, i akan ceritakan proses seteus nya nanti.

Here few answers dari kawan2 yang ada experience.


Moga bermanfaat!

Monday, October 29, 2012

GIVEAWAY BORDER LACE




Jom join giveaway from Nisa. I suka baca blog nisa ni sebab dia sangat creative. Dia seorang b2b jugak. Banyak idea2 menraik dekat blog dia. Apa tunggu lagi? Jom lah join!

Monday, October 22, 2012

Custom Made Bunting For Sale (Tempahan)





Bunting for sale. Atau pon ada orang panggil flag yang macam time hari sukan. Haha. Apa2 lah. Kalau berminat, macam biasa boleh email pada azreenshafie@gmail.com. Boleh pilih warna mengikut warna tema anda. And of course boleh pilih wording kan. Bunting ni boleh gantung pada candy buffet/ photo booth/ bilik tidur atau di mana sahaja. Bukan untuk wedding je. Untuk majlis hari jadi/ aqiqah pon boleh. Apa2 majlis lah.

Bunting ni dibuat dari kain felt (wording) & cotton (flag). Berminat? Just email pada azreenshafie@gmail.com :)

Thursday, October 18, 2012

Photo booth Props For Sale!





Hi all B2B. Now i ada sediakan props untuk photo booth. Kalau berminat, boleh pm pada azreenshafie@gmail.com untuk price. Kalau nak request tulisan/ design sendiri pon boleh.

Wednesday, October 17, 2012

Business @ Cerita Superstar

Perasan tak dekat atas tu ada tab baru? Business @Cerita Superstar! Finally. So, i akan update kan segala business yang i buat kat situ. Macam lah banyak kan. So far cuma ada 2 je. Tempahan veil & Polaroid Camera rental. So, boleh click dekat situ.

Untuk yang lain, i akan update kemudian. Busy sangat recently, tak sempat nak ambil gambar & all. So, untuk apa2 pertanyaan, macam biasa just emailkan ke azreenshafie@gmail.com.

Thursday, October 11, 2012

Wedding Preparation: Bridal & OP

Alhamdulillah, beberapa perkara lagi dah siap di book. Sebelum ni i sangat sedeh sebab OP yang i plan nak book, dah tak available. Sebenarnya i memang dah plan nak hire OP M ni. Dia punya hasil kerja memang superb lah. And harga pon boleh tahan la murah, dalam RM3.2k je untuk nikah + reception + tandang. Memang dah bincang sume, cuma tak bayar depo je lagi.

Sekali bila i dah nak bayar depo, time tu macam 3,4 bulan kot lepas bincang. Sekali OP ni cakap yang harg tu dah tak available lagi dah. Bila tanya2 balik, memang semua RM4k ++. Mati lah i. Mana nak cari RM4k untuk OP sahaja. So, bincang2 dengan tunang, dia cakap KIV je dulu. In a mean time kami pon survey2 lah OP yang baru.

Then tiba2 KPM keluarkan takwim sekolah 2013 yang official, yang memang lari terus dari tarikh awal yang mula2 go viral on internet. Daripada 10/3 kepada 24/3. I pon macam fuhhhh lega. Nasib baik jugak tak book apa2 lagi.

So terus book dengan bridal idaman & dia bagi suggestion untuk mintak dengan OP ni. OP NF. So, i pon mintak quotation. Hasil dia pon boleh tahan superb, and untuk 3 sesi cuma RM2k ++ sahaja. Syukur alhamdulillah. Memang ada hikamah. Tuhan memang nak tolong i. Dia tak bagi i ambil dengan OP M sebab i nak dapat lagi murah RM1k dengan OP NF. Terima kasih Ya Allah!

So untuk majlis, dah boleh potong bridal & OP. Lega sangat!

Wednesday, October 10, 2012

Takwin Cuti Sekolah 2013

So, kepada B2B 2013 yang tengah pening kepala fikir pasal tarikh, ni takwin untuk cuti sekolah 2013. 



Ni untuk cuti penggal ye. Kalau cuti umum, boleh tengok sini. Cuma tarikh cuti sekolah dia salah. Tarikh cuti sekolah yang betul, dekat gambar atas tu. Boleh refer web kementerian. Kalau tak faham/ confuse boleh tanya i.

Monday, October 8, 2012

Hukum Engrave/ Ukir Nama Pada Cincin

Ada yang bertanya pasal hukum mengukir nama (engrave) pada cincin. So, boleh refer pada link2 di bawah. Baca & fahami sebetul2 nya.

1. http://macamacamla.blogspot.com/2011/12/hadits-yang-membicarakan-memakai-cincin.html

2. http://naisya-sya.blogspot.com/2011/01/cincin.html

3. http://www.mymasjid.net.my/?mod=hadith&mod2=1&mod3=37&mod4=728&mod5=1208

Pada yang i faham, hukum nya harus sebab even Rasulullah SAW pon pernah ukir nama baginda sendiri pada cincin nya. Tapi baginda menegah kita untuk ukir nama baginda pada cincin2 kita sebab ia nya sama mcm baginda punya. Tapi, kita boleh ukir nama kita sendiri pada cincin2 tu :)

“Jangan sekalian kamu memperbuat cincin serta diukir namaku di atasnya seperti cincinku ini. Kerana jikalau memperbuat sekalian kamu sepertinya tentulah jatuh kesamaran antara cincinku dan cincin sekalian kamu itu, dan tiada berfaedah aku menaruh cap namaku di mana-mana surat dengan cincinku itu kerana ada yang serupa dengannya. Dengan kerana itu aku tegah sekalian kamu memperbuat sepertinya.”

Friday, October 5, 2012

Wedding Preparation: Hantaran Part 1

Semalam en. tunang sy datang sini. Dia nakal, buat surprise konon2 banyak kerja lah, kena pergi sana- sini & all. Padahal dia cuti je. Tiba2 je dia call cakap ada dekat bawah office sy suruh tengok ikut tingkap. Sweet surprise. Cuma this time, tak ada bunga sebab dia cakap tak tahu nak singgah dekat mana. Sebab nakal sangat buat surprise, dah kena tunggu sejam sebab datang awal sangat, by 3.00 pm dah ada kat bawah. Mintak maap boss, sy mengulor sikit semalam. Bukan senang sy nak dapat spend masa dengan tunang sy tu :P

SO semalam kami pergi lah Sunway untuk survey2 barang hantaran. Mula2 tengok perfume dekat Jusco. Perfume yang i nak (Marc Jacob- Dotz) Rm400++. Mahai aih. Nasib baik tak beli terus. Then masuk parkson, dapat RM360 sahaja. Then beli perfume untuk si dia jugak :) Dapat voucher RM10 untuk setiap RM100 yang dibelanja. Then kami beli pan Tefal untuk our future home sebab dapat half price kalau collect points dekat Parkson. Memang berbaloi lah. Tak sampai RM100 untuk pan yang saiz (tak ingat). Tapi bigger than 24 cm. Puas hati jugak lah.

Andddddddddd. Also dah beli cincin nikah untuk si dia. Excited!!! Siap engrave nama i lagi kat dalam *Malu* Tak sabar nak kahwin. Hahaha. Lupa pulak nak snap gambar barang2 semalam. So, untuk hantaran dah siap lah 2 out of 9. Lagi 7 kena cari. Go2 chaiyok.

Thursday, October 4, 2012

Of being an Engineer

Past few months ni, i tersangat lah busy. Lagi2 bulan ni. Asyek kena outstation je. Wedding preps langsung tak berjalan. Tapi bunga telur dalam 20++ pcs je lagi nak siap. Yaaayy!!

1st October meeting dekat KL, 2nd Oct Pasir Gudang, 3rd Oct Lumut, 4th Oct Shah Alam (office), 5th Oct Singapore. But i manage to escape Singapore since i have an appointment with my doctor. Lega gila. Pinggang dah start sakit2 asyek kena travel jauh2 je dalam 1 hari.



Now that the Lumut project is started, we have to attend weekly meeting there every Wednesday, 3 pm. I'm pretty sure my boss will ask me to attend the meeting every week. I can't imagine driving there by my car, alone. It's a dark scary long journey. Even the highway is dark with no lamp post.

How i wish i have a personal/ private jet for my travelling purposes :P