The Fans

Wednesday, March 31, 2010

Happy Birthday in advance for me :))

Ok, first person to wish me Happy Birthday. Thanks. Kelakar pon ada.

Ikut suka u.

Don't waste your time crying over a guy who treats you like a sh*t.

U ingat u seorg je ke yg ada perasaan yg i kena jaga? So u tak payah nak fikir psl apa yg i rasa. Please la, this is not a very first time we argue about this. I did told you. So many times. I'm tired of this.

p/s: You can get a worse more than this in return.

Bad Habit

I rasa i ni ada satu habit yg pelik dan tak bagus. I suka fikir yg bukan- bukan. I always teach my self to be optimist. And i do. I'm optimist. I suka fikir sesuatu secara positif. That's explaining why i always look cool. Happy go lucky. +_+

Tapi kadang- kadang, i just cant help my self. I suka TER- fikir benda yg bukan- bukan. Gila extreme. Padahal benda tu tak mungkin akan berlaku. And tak ada kaitan pon dengan i. Tapi i tetap nak bayangkan. Kadang- kadang u all semua boleh gelak dengar imaginasi i. Tapi sebenarnya bukan la that bad pon. Kadang- kadang je. And selalu nya benda tu mmg mustahil akan berlaku. Nasib baik la apa yg i fikir tu jarang/ tak pernah berlaku. Alhamdulillah. Selamat.

p/s: A quote from him. Ingat menangis tu b0leh selesaikan masalah ke? Mmg kena setempak atas dahi ko. Padan muka. Jahat gila ok i!!

pp/s: I tak tahu kenapa entry ni jadi ber- link macam ni. My bad. I try to buatkan dia jadi biasa, tpi tak berjaya. Malas nak layan. Biar je la.

Tuesday, March 30, 2010

Lucky Lucky Lucky

Guess today is my lucky day.
  1. Bangun pagi lewat gila, 740 am tapi still sempat pergi kelas pukul 800 am. Bila dah habis mandi, air betul- betul habis. So sempat mandi sampai habis before air tu habis. Faham? Perhatian: Air di Johor adalah dicatu.
  2. Dr. Kok bising sebab students datang lambat ke kelas. Padahal i pon datang lambat, tapi time i dtg tu Dr tak bising lagi. Padahal i baru je sampai dalam 10 min. Lepas tu, berduyun- duyun org datang kena bebel +_+
  3. Ada online survey. Semua org dpt pc yg kena install plug- in/ java ke-apa-ntah dulu. Tapi pc yg i pakai tu relax je tak payah insatall, dah ada siap- siap.
  4. After online survey, ada lucky draw. I dapat mouse. Walau pon mouse je, tapi better dari org lain dpt CD kosong je :))
  5. Pergi jumpa sv hantar proceeding paper. Jumpa En. Helmi *FINALLY* sbb cari dia from last two weeks lagi dia tak ada. Berjaya buat appointment dgn dia esok. Jumpa PA juga yg baru pulang dari cuti bersalin. Baby dia sumpah cute gila pipi tembam nak mampus.

Sunday, March 28, 2010

Sabar je la :D

I'm beautiful II.

Satu lagi post i kena tagged yg dikutup dari Cik Asma Nabila a.k.a Mermed.

1. Adakah anda rasa HOT???
Yup. I mmg hot. Perasan :P Mmg hot, sbb sekarang ni tengah hari je, mesti super panas.

2. Upload wallpaper p/c / laptop yg anda guna sekarang!


3. Cerita pasal gambar.
Gambar papa dan mama, sangat rindu mereka. Gambar ni time raya aidilfitri ketiga 2009 kalau i tak silap.

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Can't remember. Rasa nya macam dah lama je tak makan pizza.

5. Lagu terakhir anda dengar
Tengah dengar lagu Selamat Malam by Faizal Tahir. Ulang dengar banyak- banyak kali. Touching ok..

6. Ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
Masak megi kari letup and letak telur banyak- banyak kat dalam. Lapar.


7. Selain nama sendiri,anda dipanggil nama ape?
Reen, Qoyeen, Ying <-- Ini yg biasa. Yang tak biasa, tak perlu letak :P


8.Tag lg 8 org.
1) Nak tag Mer balik boleh? Lalala.
2) Peoz Gojes
3) Dzeti
4) Izyan
5) Syafiza
6) Myrasberry
7) Rina
8) Ain Zul


9.Siapakah org no 1 kpd anda?
Kawan i kenal time YTD. Sama sekolah YTD, and Jasin. KMPh ye jugak kan? Kawan sampai sekarang.

10. Katakan sesuatu mengenai org no5
Sedang buat medic di India.

11. No3 ade hubungan ngn sape?
HR. Hisham.

12. Bagaimana pula dgn no 4?
Kenal time YTD jugak, then Jasin sama- sama. Tengah buat masters kat overseas. Sangat pandai dan beruntung.

13. Pesanan kepada org no 6
Tak tahu nak pesan apa. Kerja keras kumpul duit banyak- banyak boleh cepat kawen :D

14. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
I kenal both di Jasin.

15. berikan 5 fakta yg anda taw tentang org yg mengetag anda
Cik Asma Nabila

i) Dia sangat kurus. Super skinny.
ii) Pandai buat sajak and menulis.
iii) Cute sangat dan comel dan putih sangat dr i.
iv) Dia kenal bf dia time kat Jasin.
v) Bakal dokter.

16. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU
Both i tak suka makan sbb daging merah, i prefer daging putih. And both busuk.

17. Perasaan anda wat tag ni.
Banyak nya soalan +_+

18. Adakah anda tau si razman itu sengal.
Razman who? Aish.

19. GAY or LESS?
Less. Haha. LOL.

NAPE TAG NI XTNY SAL NO 2?
Tu la pasal. Roommate i time Jasin. LDP yg sumpah sempoi gila. Skang ni buat medic kat Aussie.

PENAT

I'm beautiful.

Macam la tak ada kerja sangat i ni. Haha. Sebenarnya esok i ada test RF tapi sbb ianya RF, so mls nak study :P Ok, i dpt awards ni dari blog Cik Asma Nabila a.k.a Mermed. Sedikit bangga bila dpt Beautiful Blogger Award. Lalala. Perasan. Btw, thanks.

The rules:


1) Copy award then post kat blog -->
2) List kan 7 fakta menarik about myself.

Hurmm. Penat nak fikir ye. Apa yg menarik? Tak menarik pon nak just letak. Biar semua tau pasal i :P
  • First time org kenal i, org akan takut nak dekat and fikir yg i ni sombong. Tapi bila dah kenal, baru org tau yg i ni suka gelak, and very happy go lucky.
  • I susah nak terima atau rapat dengan lelaki lain bila i in a relationship. Dengan kata lain, i ni setia :D
  • I suka duduk dalam bilik sorang- sorang melayan internet and buat apa yg i suka. Macam kera sumbang kan. Tapi i suka keluar lepak, jalan- jalan dan berseronok dengan member- member yg satu kepala yg suka berfoya- foya mcm i.
  • I sangat suka shopping. And i tahu, i ni BOROS.
  • I akan respect dan buat baik pada org yang buat benda yg sama pada i. Kalu u layan i mcm shit, i akan layan u lebih teruk lagi.
  • I sangat suka dengar lagu. And i suka download lagu yg i rasa best, waalupon org lain ckp tak best. Lalala. Ada i kesah? I suka download lagu dekat sini --> http://www.jiwang.org/
  • I rasa i ni org yg cepat terpengaruh. So, tlg jangan pengaruhi i dengan benda yg bukan- bukan ok. Tapi kalau i tak nak, tlg jangan paksa i.
Penat i fikir ok. Baru i sedar diri i sendiri. :P

3) Now kena tag orang lain.
Boleh tak i malas nak fikir siapa? Siapa yg nak buat, sila buat ye. Tapi i tetap nak tag tiga org budak busyuk ni. And i nak tag semua org yang baca post ni. Wekkkkkk :P

Saturday, March 27, 2010

Night Out with Pyn

Last night masa i tengah tengok tv, tiba- tiba Pyn buzz i kat ym. "Reen, jom keluar". I tanya la nak pergi mana then dia ckp nak tengok wyg. Kami pon terus google tengok cerita apa yg available sekarang ni. At last, kami decided utk tengok cerita ni:



HOW TO TRAIN YOUR DRAGON


It was awesome. Suka sangat. Comel kot. What if you have a pet dragon? What will you name it? Hiccup has a pet dragon named Toothless. Mcm tak make sense kan? Tapi seriously Night Fury la plg comel. Dragon lain mcm buruk gila kot. Haha. Tapi kenapa dia seekor je Night Fury? Spesis lain banyak pulak. Ok, whatever.


Actually i nak ajak dia, so kami bertiga la. I, Pyn and Him. He as a driver la. Haha. Tapi dia mls pula nak ikut since harini dia nak pergi mandi air terjun dgn kawan- kawan dia. So i dengan Pyn gamble gila pergi Square One naik motor. Dah la Ego. Comel kot. Tiket pkl 12.45am and kami habis dalam pkl 2.15am kot. Bayang kan kami berdua gadis naik Ego je tengah pagi tu gelap gelita sejuk pula tu. Tapi mmg fun la. Sekali sekala boleh la buat. Selalu buat, bahaya :P

Wednesday, March 24, 2010

Today was a fairytale.


Seriously rasa mcm PRINCESS. Bila bangun pagi *note: Pagi as pagi awal gila* terus tersenyum. Mandi and bersiap sbb harini ada org janji nak ambil i pergi kampus. He promised me to be my driver :) Sbb i jatuh motor smlm. Dia dtg amek i dengan senyum, nampak lesung pipit dia yg comel tu. Terus rasa bahagia. Tapi kenal bebel sikt sbb tak hati- hati lepas dia tengok luka i suma. Dia hantar i pergi jumpa sv and dia pon sendiri pergi jumpa sv dia. Then hantar i balik. Itu je, tapi rasa bahagia sbb dia sanggup susah payah amek dan hantar i. Thanks dear, for being such a very concern and caring man for me.

-Azreen-

Tuesday, March 23, 2010

Update accident.

Here are the pictures luka i kesan daripada jatuh motor. Enjoy +_+

Tangan kanan.
Tangan kiri.
Kaki kiri.
Lutut kiri.

Luka, sila sembuh cepat.

-Azreen-

Call me.

Kenapa FlyFm tak mahu call sy utk Cash Hour? I nak duit tu. Please, call la i :))))

-Azreen-

Malang

Harini i isytiharkan sebagai Hari Malang utk diri i.

I nak keluar pukul 3 pm pergi jumpa lecturer tanya pasal PSM i. Tapi tiba- tiba hujan lebat. Bila hujan dah renyai- renyai je, i pon terus keluar pergi masuk kampus naik motor i.

Pergi bilik En. Hemli, dia tak ada. Then pergi cari En. Ariff pon sama, tak ada. Even sv i pon tiada kat bilik dia. Fine, sedih gila.

Otw balik rumah tu, hujan turun renyai- renyai. Dah la bwk laptop dlm bag. I pergi kedai kejap, beli makanan. Then terus balik rmh.

Masa nak belok simpang ke PARIS tu, tiba- tiba i rasa i dah kat atas jalan. Tangan i terseret atas tar. Sakit kot. I jatuh OK!! wtf. Habis jeans hitam i koyak kat lutut. Handle motor dah agak senget. Calar tak payah cerita la. Bangun balik, terus bawa motor pulang. Nasib baik tak jauh dah dgn rumah. I dapat lima luka di tempat yg berbeza. Lutut, dua di kaki, tapak tangan kanan dan kiri hasil seretan di jalan tar. Terbaik la.

p/s : Gambar upload kemudian. cari kabel tak jumpa. See, another malang.

-Azreen-

Monday, March 22, 2010

III

Ok, kali ni i serius. I cuma nak tunggu sampai birthday i je, which is next week. If apa pon tak jadi juga, i harap i akan boleh give up dan berhenti berharap. I harap i boleh buat. Hati, sila keras sikit. Kenapa hati ni selalu je tak boleh nak keras? Kenapa tak boleh ego sikit? Sikit je, tak payah banyak- banyak.

-Azreen-

Sunday, March 21, 2010

How thoughtful of him.

Malam tadi kat Minyak Beku time i dgn dia tido dlm kereta sbb kat luar banyak sangat nyamuk, i kejutkan dia.

:U, tutup tingkap sikit boleh tak? Sejuk la.
:Nah, ambil sweater i ni buat selimut.
:Oh, thanks. U cmne? Nanti sejuk?
:Tak pe.

I terus ambil sweater dia and buat selimut. So tak kisah dah tingkap kereta yg terbuka luas sbb dah dpt sweater tebal dia. Padahal i dah pakai sweater and berselimut dgn shawl yg kononnya tebal. Terus sambung tido dgn aman and dalam hati berbunga- bunga. Sweet nya dia.

Pagi bila dah bangun, i tanya Tak sejuk ke kc i sweater u? And dia jwb I panas kot. Siap berpeluh- peluh lagi. Ces, itu bukan sweet. Dia panas, patut la kc sweater dia kat i. Kalau tak, aish. Hahah.

-Azreen-

Bbq

Ye, i baru bangun and baru siap mandi +_+ Ngantuk gila ok. Baru sampai rmh pagi tadi, pkl 10 am. Seperti yang dirancang sejak minggu lepas lagi, akhirnya malam tadi kami berjaya ber- bbq di Pantai Minyak Beku. Bersama geng biasa- Ammar, Zyro, Khai, Eip, Bambang and Amran.

Ammar dtg amek i pkl 12 am and terus pergi amek org lain yg siap lambat. Then gerak ke Minyak Beku since Bambang dah beli semua barang bbq awal- awal lagi. Sampai sana dlm pukul 1 lebih terus bakar arang dan mulakan sesi ber- bbq. Sebenarnya bukan bbq semangat pon. Cuma bakar sosej, crab & squid ball. And air pepsi. Itu sahaja, tapi mmg seronok. Lepak tepi pantai sambil borak- borak then tido. Sedar- sedar dah pagi, siap- siap ala kadar and gerak ke pasar pagi.

Di pasar pagi ni, satu tempat yg menarik sbb i tak pernah pergi tempat macam ni. Pasar pagi ni jual semua barang terpakai. Daripada baju, seluar, perabot, mainan kanak- kanak, alatan elektronik, kasut, pinggan- mangkuk, you name it. Semua ada. Serius teruja sbb semua murah. Yela, barang terpakai kan.

Kemudian pergi breakfast then balik rmh terus tido sbb malam tadi pon tido tak proper so harus la ganti balik :P

-Azreen-

Friday, March 19, 2010

Apa Plan Weekend Kali Ni?

Apa plan weekend ni? Mungkin akan ber- bbq pada malam esok. Tapi masih dalam perancangan.

Banyak sangat kerja yang perlu disiapkan yg due nya adalah minggu depan. Berusaha. Tinggal beberapa minggu je before habis degree.

-Azreen-

Tuesday, March 16, 2010

What you should really do.

You don't have to say anything. Just say yes to everything i said. Just remain silent and hug me tightly when i'm crying. Just lend me your shoulder for me to hold on.

-Azreen-

Rindu mama.

Rasa macam nak call mama and menangis puas- puas. Tapi malu. Sebab dah besar panjang. Dulu boleh la buat macam tu, tapi sekarang ni dah lama kot tak buat. Malu aih. Bila banyak sangat kerja dan mula rasa terbeban, tensen, mesti teringat mama. Tak ada orang lain dah. Rindu sangat mama, rasa nak balik rumah sekarang juga. Kalau la rumah tu dekat je, confirm balik je setiap minggu. Jeles nye org yg tinggal dekat je boleh balik bila rasa nak balik. Serius rasa nak nangis banyak- banyak. Waaa~~~ Saya rindu mama saya.

-Azreen-

Second attempt.

Dah dua kali dah nak pergi tengok Alice in Wonderland tak jadi. Geram je, buat i ternanti- nanti. Ceewah.

-Azreen-

Layankan aja.

Dah start kena perli dah. Balak. Balak. Balak. Sikit- sikit balak. Sabar je la. Layan je, budak- budak kecik mmg camtu. Haha :D

-Azreen-

Monday, March 15, 2010

II

Nah, amek gambar cake ni dulu.

I terasa nak mkn cake secret recipe. Tiba- tiba je kan? Haha. Well, that's me. Secret recipe dekat BP ni tak best sbb tak strategic pon location dia. Agak menjauh dan tak ada kaitan nak lalu sana. Smlm time pergi Kluang tu, dlm Kluang Mall ada secret recipe. I ingat nak beli before balik tu, tapi terlupa. Dah kat dlm kereta nak keluar dari parking baru la i teringat. Adeh. Tak pela, nanti mlm kita mkn roti cheese dekat maple sudah la +_+


-Azreen-

Sunday, March 14, 2010

Kluang lagi.

Baru pulang dari Kluang. Tengahari td, keluar lagi. Pergi karok and berjalan di Kluang Mall. Pergi pasar malam Ayer Hitam. Mcm biasa, Zyro, Eip, Bambang, Ammar and i.

Seronok menyanyi ke menjerit pon tak tahu. Straight 2 jam. Hebat la woh. Keluar lapar nak cari makan terus ke pasar malam. Seronok je nak tahu, tapi PSM tak siap- siap juga. Aish.

-Azreen-

Weekend ceria :)))

Pagi Ahad yg sungguh indah. Bangun pagi and terus called dia sbb dia janji smlm nak breakfast dgn i pagi ni. Lepas called 16 kali missed called baru berjaya mengejutkan dia dari tido. Baru je nak give- up tak pyh breakfast la, nanti kita lunch sahaja and nak sambung tido bila tiba- tiba dengar suara seksyi dia jwb call. Terus bangun siap- siap and wow, 20 minit je i dah siap mandi make- up pakai baju semua. Ok, nak pergi breakfast je pongg.

Then kami breakfast di McD dgn i mengelak dari minum coffee. Teringat smlm craving for Mcflurry tapi terpaksa menahan nafsu sbb dah terlampau kenyang breakfast banyak sngt.

Kami makan ini
ini
dan juga ini
Lepas dah kenyang, round- round kejap. Rupa nya ramai je org bangun pagi Ahad weekend pergi kenduri, pergi pasar, pergi rewang, jogging bla bla bla. +_+

p/s: Gambar adalah di google randomly. Sbb tu ada watermark di picture number dua. Makan tak ingat dunia lapar kononnya, mmg tak bergambar la.

pp/s: Pagi Ahad pon ada roadblock polis sibuk sahaja tanya buat apa pergi belakang. Helo, sukati kami la nak lalu jalan ni pong. wtf.


-Azreen-

Saturday, March 13, 2010

I

Gedik tak if i nak buat birthday list sekarang? Padahal lambat lagi kot birthday i. Lagi 2 minggu kot. Haha. Padahal bukan kesah pon, org nak kc hadiah ke apa. Tapi gedik juga nak buat wish list. Eh, nanti je la. Malas pula nak fikir apa yg i nak. Lalalala.

xoxo,
-Azreen-

I'm falling for an angel.

*Lovey dovey mode* Gila sudah.

Yes. I guess so. He's such an angel that i just can't resist. I just can't say no to.

-Azreen-

Friday, March 12, 2010

Craving

Rasa terharu pula bila i rasa lapa and craving for chicken chop, tp mls nak keluar. Plus mls nak fikir nak ajak siapa temankan. Haha. Then, i called him and dia tengah lepak dgn kwn- kwn dia kat maple. I nak pergi sana, tp segan sbb ramai sangat. So dia ckp, U nak makan apa, nanti i hantarkan kat rmh u. Wow. Sangat terharu. Rasa nak peluk- peluk je syg i tu. Eh, terlebih sudah! So i yg mls ni mmg suka la bila di- offer begitu :)))

p/s: Sebenarnya nak ajak dia temankan i makan sbb ptg tadi dia ajak i teman pergi BP and after tu nak tengok wyg Alice in Wonderland. Tapi tak dpt sebab i kena pergi lab utk siapkan projek RF.

-Azreen-

Thursday, March 11, 2010

Lepaking at Kluang

Last nite dalam pukul 12.30am time i tengah serabut fikir psl PSM i, tiba- tiba Ammar text i. Budak- budak ni nak keluar p minum. U nak ikut x? I sambil tersenyum terus reply msg Mesti la nak!! Then terus called Zyro mintak dia ambil i dekat rumah. Hehe. Biasalah, bak kata Zyro- Princess Reen :) Haha. Bukan i yg ckp, tp Zyro ok.

Masuk je dalam kereta Eip, Zyro, Khai and Ammar dah ada kat dalam. Then terus fikir nak pergi minum kat mana. Bincang- bincang sambil kereta menuju ke Ayer Hitam. Last skali, kami decide ke Kluang sahaja.

Sampai Kluang tak tahu nak lepak dekat mana kedai yg best dah bukak sampai pagi. Setakat nak lepak maple, baik lepak kat 25 Jam Tmn U sahaja. Last sekali, kami terus settle- down dekat satu kedai yg jual Nasi Lemak World kata nya. Best jugak la. Sambil layan astro tengok cerita pembunuh psycho. Haha. pukul 3 masing- masing mengantuk baru nak gerak balik rumah.

Seronok juga if tak plan mcm tu. tiba- tiba je. Lain kali kita buat lagi ye? Sayang kamu semua. Masing- masing tengah pokai pon nak juga jalan sampai ke Kluang. Tong- tong duit minyak dan makan sangat menarik kan? :)))

-Azreen-

Wah wah banyak cantik

You write bad things about me on your public fb account and i can't even write a single word about you on my private own blog? wth. Go to h*ll. I hate you even more.

-Azreen-

Wednesday, March 10, 2010

Jangan serik ye.

I perasan juga. Entry i lately ni, semua nya yg menyumpah seranah caci maki mencarut kutuk orang. Sori la. I bukan apa, cuma tengah mood tak elok. Cepat je rasa nak marah. Lagi- lagi bila org yg kita percaya dan rapat buat kita macam- macam. Lagi la rasa nak langgar je org tu smapai mati kan.

Maaf kepada semua readers. I nak tulis entry keriangan seronok happy gembira romantik shahdu tapi perasaan tak elok tu mengatasi segala- gala nya. Maafkan saya. Sila bertahan semua :)

-Azreen-

Sound check.

Kalau nak sound, sila sound betul- betul. Straight into my face? Tak berani? Tak payah cakap. Ini setakat cakap belakang, hantar sms padahal ada kat bilik sebelah- sebelah je, baik tak payah. Looser gila tau x? Sangat la childish. Ada otak guna la wei. Kalau nak, mintak elok- elok. Setakat nak sindir- sindir je, mmg tak layan la wei. Kan i ni hati kering. Tak ada perasaan. Remember?

-Azreen-

Not in mood

Once in a semester, mesti benda ni berlaku pada i. Org lain i tak tahu. Ada je musim mls nak pergi kelas. Semalam i tak pergi kelas. Fine, di maafkan kelas awal pagi pukul 8. Harini pon i tak pergi kelas. Kelas pukul 2 kot, tak kan tak bangun lagi. I pon pelik. I bangun, lyn fb. Mandi, perut rasa lapar. Not bother to find food for my empty stomach. Instead, i just lie on my bed not to think of anything. I lie down until i tersedar balik. Layan fb lagi. Baru rasa lapar sangat. Tapi still malas nak pergi cari makanan. Kemas bilik, lipat baju. Akhirnya kuatkan semangat keluar pergi cari makanan. Nasib baik esok tak ada kelas. Cuma perlu pergi jumpa sv je sekejap. Malam ni nak struggle sikit la buat psm. Sikit je. Bertabahlah mental dan fizikal.

-Azreen-

Tuesday, March 9, 2010

Kesah ke tak.

Ada aku kesah kau nak fikir apa pasal aku? Go get a life you looser!!

And one more thing. Ini blog aku, suka hati aku la nak tulis apa. Kau sebok pasal apa? Kalau kau tak suka, tak payah la baca. Aku tak suruh pon kau baca. Aku tak pernah invite kau ok. Kau yg sibuk- sibuk. Sekarang aku dah private blog aku, paadan muka kau!!! Sebok aja. Blah.

-Azreen-

Do i need you?Obviously not.

Perlu ke i keep on jaga hati u, bila obviously u tak jaga hati i? Buat mcm la i ni sampah? Tak perlu kot. Enough is enough. Mcm u sorang je yg konon nya banyak tabur budi pd i. Mcm i tak pernah tlg u ni before ni? Before u hidup senang mcm sekarang? Senang nya u lupa. I bukan nya nak mengungkit. Cuma luahkan rasa sakit hati yg u luka kan.

-Azreen-

You go.

Do you think i care about you? Seriously you can go to h*ll. I don't mind loosing someone like you. You are not worth for me to cry for. You've been so nice before, i know that. But now you've changed. Even everyone can see that you are changing and loosing your mind. You should at least, behave a little. Please bear in mind, i hate seeing your face. You are just so annoying.

-Azreen-

Hati dan perasaan

Asyek i je yg nak kena jaga hati org. Nak kena berkorban so org lain rasa happy dan bahagia. Tapi what about myself? Siapa yg nak fikir pasal hati dan perasaan i? Ingat i ni tak ada hati, perasaan? Memang la nampak mcm i ni happy go lucky. Tak ada masalah, tak mudah terasa, org boleh ckp apa je kat i. Tapi i ni manusia normal kot. Ada hati, perasaan yg org lain pon kena ambil kisah, kena jaga. Jangan sampai i meluat dan menyampah dgn u dah la. Sbb once i dah rasa mcm tu, i akan ingat sampai bila- bila. Yes, i mean forever.

-Azreen-

Sunday, March 7, 2010

Just me

Obviously, it's me wearing Zyro's cap.
-Azreen-

Sweet moments..

We are having a very sweet moments yesterday. Berjalan ke sana- sini dari siang sampai malam. Sangat seronok. Menghabiskan masa bersama. Walau pon nampak mcm remeh je, tak sweet pon sebenar nya. Tapi it is the quality time that we spend together. I'm loving it.

Since there's someone from my uni always come to visit here, so i rasa mcm tak best dah nak cerita banyak- banyak. Especially about him. Aish. :( Sbb nanti dia akan tanya i macam- macam psl yg dia baca. And juga fikir apa yg berlaku, which i don't like. Boleh tak just baca je and abaikan? I tak tahu apa yg i maksudkan.

-Azreen-

Saturday, March 6, 2010

Susah

#Re-publish

Aish. Susah betul bila kwn sendiri pon dah tak percaya pd kwn. Siap tuduh back stabber lagi. Dah la tak berani nak luahkan sendiri. Pakai sms je? Why? Childish kan. Come on la, kita semua dah besar. Benda mcm ni boleh di bawa berbincang elok- elok. I tak nak la sbb benda kecil pon sampai boleh gaduh kan. Fine, maybe bagi u benda mcm ni tak kecil. Tapi pada i, remeh kot. Boleh bincang elok- elok. Face to face. Tak payah nak tanya pakai sms. Kenapa tak ym je? Tak pon email. Lagi best kan? Come on, grow up la. Mungkin i yg tak faham u.

-Azreen-

Thursday, March 4, 2010

You can go to h*ll with your selfishness.

Ego. Satu lagi perkara yg i tak suka. Fikir perasaan sendiri je. Tau nak dia je elok. Org lain biar la apa pon nak jadi. Fikir la pasal org lain sekali- sekala. Bukan setiap masa. Kadang- kadang je. Would you?

-Azreen-

Wednesday, March 3, 2010

Menyampah

I benci betul dengan org yg suka perasan bagus. Semua benda kononnya dia tahu. Asal org tanya je, mesti nak kc jawapan. Walau pon nampak sngt la jawapan yg diberi tu bodoh. Stupid answer. Memalukan diri sendiri. Tlg la stop being so annoying. And nampak sangat la yg u tu super bodoh. Malu, tau tak? And semua org pon menyampah dgn perangai awak yg mcm tu tau tak?

-Azreen-

Pening la i.

Pening kepala i nak layan kerenah semua org. Macam- macam soalan yg diajukan. *What's with this skema ayat?* Tak relevant pon ada. Pening la. Pening. Macam la semua benda pon i tau. Ok, i ni nampak mcm up-to-date sangat ke? Haha. Perasan.

Pastu lepas tanya tu tlg la jgn terus walk away je, menambahkan lagi i punya pening. Pening. Pening. Apasal semua org pening mlm ni?

Btw, esok i ada test RF. Finally setelah 3 kali di- postponed kan oleh Dr. M. Terima kasih :) Tolong doakan i berjaya merepek esok hari ye.

-Azreen-

Tuesday, March 2, 2010

Hotness

Sekarang ni sangat panas kan? Duduk dalam rumah macam duduk dalam microwave. Keluar rumah pula macam kena panggang. Malam pon panas juga. Berangin, tapi udara panas. Tak tahu la apa dah jadi dengan bumi kita. Pemanasan global. Ozon semakin menipis kah? Oh, i bukan nak tulis karangan pasal pencemaran. Cuma nak cakap yg sekarang ni sangat la panas. Tak tahan la. Itu saja.

Ok la, nak keluar lunch.

-Azreen-