The Fans

Friday, September 30, 2011

Let's beaching.

Bak kata Syafiza, i need a vacation/ an escape. Tioman/ Pangkor anyone?



Pictures credit to Google.

Thursday, September 29, 2011

Dah balik from Bintulu & Kerja Baru

I dah balik dah from Bintulu. Dah seminggu jugak la balik. Tapi sumpah malas sangat nak blog. Tak tahu la kenapa. Bukan blog je, semua benda pon i rasa malas nak buat. Lagi- lagi pasal kerja. Tak sabar nak dapat kerja baru then berhenti kerja dekat sini. Kerja banyak sangat, tapi still tak jumpa pengganti untuk new Technical Assistant. Semua kerja atas bahu i. Harap boss, memang tak boleh harap la. Semua i yang handle. Pening kepala. Sampai hari Malaysia pon kena kerja jugak. Gaji takat tu jugak. Aish, asyek mengeluh je. Sumpah rasa macam tak ada makna hidup.

I ada dapat 1 interview dekat company yang buat advertisement and handle event. Macam menarik je bunyi kan? Serius i nak sangat pergi. Tapi apa kan daya, jauh gila dekat JB. Tak mungkin i nak ambil leave lagi. No no no. Tapi dah call untuk re-schedule, dia cakap ada branch dekat PJ and akan call i semula untuk panggil interview dekat PJ. Tapi dah seminggu, tak ada berita lagi :( Tunggu je la, kalau ada rezeki tak ke mana kan? Aminnnnn.

Doakan i cepat dapat kerja baru okey?

Wednesday, September 21, 2011

Off To Bintulu

Esok kena pergi Bintulu. Oh nooooooooo! :(((( Akhirnya benda yang i paling tak nak jadi, jadi jugak. Benci. Doakan i selamat pergi- balik ye?


Wednesday, September 14, 2011

Pesanan Saya

I paling benci kalau orang tu nak tumpang/ nak ikut/ nak keluar dengan i, tapi i pulak yang kena ikut time dia. Dah tahu awak tu nak tumpang saya, pandai- pandai la cari masa nak ikut time saya. Ni tidak, bila saya dah tercongok depan rumah awak, time tu lah awak baru nak pakai tudung, baru nak basuh berak anak, baru nak macam- macam. Saya tak suka awak tahu tak? Sebab saya paling tak suka menunggu.

Sebab tu saya pon tak suka kalau orang tunggu saya. *Tapi, kalau dengan bf i tak apa. Haha.* Sebab i tak suka karma. Jadi, kalau nak keluar dengan i pandai- pandai lah budget masa ye. Nampak macam garang tak i? Kekekeke.

Job Interview at Kemaman, Terengganu

I ada satu job interview pada hari Isnin ni, di Kemaman, Terengganu. Very near to my family's house lah kan. I ingat macam nak cuba je nasib mana tau ada rezeki, boleh duduk dekat dengan mama & papa. Boleh tolong tengok- tengok depa. Abang dengan adik, confirm- confirm la kerja dah jauh kan. Dah la adik- beradik 3 orang je pon kan.

Tapi masalah nya, kenapa buat hari Isnin. I kerja lah. I was trying to re-schedule the date to be on Sunday. Ye lah, Terengganu kan kerja pada hari Ahad. Tapi macam tak tahu boleh ke tak. Kalau boleh, alang- alang balik rumah terus la. Kan cuti 3 hari sempena Hari Malaysia Jumaat ni. Tunggu je lah esok, kalau ada rezeki ada lah.

Tuesday, September 13, 2011

Moral: Hati- hati bila nak convert currency.

Semalam kepala serabut gila. I baru dapat satu Purchase Order (PO) from client. So macam happy gila la sebab ada sales kan. Then i pon nak issue la PO pada supplier. Then i tengah buat- buat tu and kira- kira balik, apasal macam salah je ni??

Then i baru perasan yang supplier quoted in USD, tapi i terconvert pakai SGD sebab supplier tu from Singapore. I terus macam Ya, Allah! Aku dah buat silap ni.

Ok, macam ni lah nak bagi faham.
1 USD = 3.01 MYR
1 SGD = 2.47 MYR

Katakan supplier quoted 1 usd, so i sepatutnya jual dengan harga RM3.01 lah kan? Tapi sebab i tersalah convert, i jual dengan harga RM2.47. Kan dah salah tu, kira nya i jual lebih murah dari cost lah! Tapi bila i kira- kira balik sebab dah mark- up harga semua kan, ada lah margin dalam beberapa ribu je =.= Tak kan lah i nak cancel order from client kan, nanti buruk pulak nama company.

I dah risau gila, serabut telefon mama, telefon bf mengadu. Time cakap ngan mama siap nangis- nangis lagi. I tak tahu, kalau mengadu masalah kat mama, mesti menangis, cengeng betul. Haha. S0 harini nak tak nak, kena lah i bagitau boss, instead of dia find out sendiri lagilah i mati.

Mama cakap, baca doa supaya bos terbuka hati & tak marah- marah. Berbekal dengan semangat, baca ayat kursi banyakkkkkkkkkkk kali, doa berjuta kali i pon pergi lah menghadap bos. Fuhhh, nasib baik dia tak marah, dia cakap nanti dia settle dengan bos besar. Lega gila now.

Berkat doa mama, doa banyak kali & baca ayat kursi macam- macam semua. Alhamdulillah, tapi still rasa guilty and awkward gila lah kan.

Monday, September 12, 2011

Kereta seminggu = 1000km mileage.

Currently life had been sooo boring. Bf asyek bz je sejak dah posting ni. Kejap- kejap kena pergi Bentong, Temerloh, Mentakab, Raub, Jengka. Asyek on the road je. Kereta yang baru dapat seminggu dah sampai 1000km dah =.= Weekend pon keje, kalau tak keje, kena standby. Dah la dah tinggal jauh- jauh. Susah pulak tu nak jumpa. Tu la, sape suruh waktu duduk dekat asyek nak jumpa je. Kan dah susah. Padan muka sendiri.

Kerja pon makin hari makin bosan. Masih mencari- cari kerja baru, tapi mungkin belum rezeki. Tak dapat lagi sampai sekarang. Kerja sekarang pon nak hampir setahun dah dengan company ni. Alhamdulillah. Tapi sedih sebab kenapa raya tahun ni tak dapat bonus? Colleague cakap, tak pernah tak dapat bonus sebelum ni. Confius lah aku. Kalau dapat kerja baru pon best kan?

Dah start rasa nervous bila fikir pasal wedding & engagement. Up till now, i still tak plan apa- apa pn lagi. Tapi dah risau bila fikir pasal duit simpanan. Tapi kalau asyek fikir pasal duit je pon, sampai bila tak boleh nak kawen ye dak? Harap- harap nya semua berjalan lancar lah. Amin. Rasa nya, dah boleh start beli hantaran/ persiapan sikit- sikit kan?

Tuesday, September 6, 2011

Welcome back.

Selamat kembali! Cuti raya malas nak mengadap komputer/ laptop menaip entry. Sampai je kampung, langsung malas nak turn on mana- mana device untuk blogging. Fb pon jeling- jeling macam tu je.

Now dah second day (8 Syawal) back at work. Tak terlambat nak wish Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kan? Gambar raya tak banyak ambil pakai camera sendiri, cuma tumpang- tumpang je camera orang lain. Will upload soon kalau rajin.