The Fans

Tuesday, September 13, 2011

Moral: Hati- hati bila nak convert currency.

Semalam kepala serabut gila. I baru dapat satu Purchase Order (PO) from client. So macam happy gila la sebab ada sales kan. Then i pon nak issue la PO pada supplier. Then i tengah buat- buat tu and kira- kira balik, apasal macam salah je ni??

Then i baru perasan yang supplier quoted in USD, tapi i terconvert pakai SGD sebab supplier tu from Singapore. I terus macam Ya, Allah! Aku dah buat silap ni.

Ok, macam ni lah nak bagi faham.
1 USD = 3.01 MYR
1 SGD = 2.47 MYR

Katakan supplier quoted 1 usd, so i sepatutnya jual dengan harga RM3.01 lah kan? Tapi sebab i tersalah convert, i jual dengan harga RM2.47. Kan dah salah tu, kira nya i jual lebih murah dari cost lah! Tapi bila i kira- kira balik sebab dah mark- up harga semua kan, ada lah margin dalam beberapa ribu je =.= Tak kan lah i nak cancel order from client kan, nanti buruk pulak nama company.

I dah risau gila, serabut telefon mama, telefon bf mengadu. Time cakap ngan mama siap nangis- nangis lagi. I tak tahu, kalau mengadu masalah kat mama, mesti menangis, cengeng betul. Haha. S0 harini nak tak nak, kena lah i bagitau boss, instead of dia find out sendiri lagilah i mati.

Mama cakap, baca doa supaya bos terbuka hati & tak marah- marah. Berbekal dengan semangat, baca ayat kursi banyakkkkkkkkkkk kali, doa berjuta kali i pon pergi lah menghadap bos. Fuhhh, nasib baik dia tak marah, dia cakap nanti dia settle dengan bos besar. Lega gila now.

Berkat doa mama, doa banyak kali & baca ayat kursi macam- macam semua. Alhamdulillah, tapi still rasa guilty and awkward gila lah kan.

No comments: