The Fans

Friday, December 30, 2011

Pameran Pengantin #2

Date: 30 December 2011- 1 January 2012
Place: Space U8, Shah Alam

Paling manis 2011


Pejam celik, kejap je dah akhir tahun. Harini hari last i kerja untuk tahun 2011. Lusa dah masuk tahun baru. Selamat tinggal 2011. Banyak sangat memori pahit/ manis yang dah i lalui and tersimpan kemas dalam kotak kenangan. Tapi buat apa nak ingat yang sedih- sedih kan? Jom kita ingat yang gembiraaaaaaa je & lihat apa achievement i sepanjang 2011.

  1. Dah setahun i bergelar engineer dekat company ni.
  2. Dah setahun jugak i & en. bf menyulam cinta. I'allah kami akan take it to the next level, which is bertunang awal tahun depan :) Amin.
  3. Berjaya memiliki Baby P, kereta kesayangan i tu. Semua hasil usaha sendiri, langsung tak pakai duit parents pon.
  4. Err.. Kenapa boleh ingat tiga je ni? Hahah. Mcm tak bagusssss je :(
  5. First time bagi duit raya pada anak2 buah this year.
  6. Dapat belikan mama & papa baju raya, barang- barang hari raya, kuih raya and related.
Ok lah, itu je. Terukkk nye, macam tak berapa nak berjaya je tahun 2011? Ada kot, tapi maybe i lupa. Tak apa lah. Yang penting i berdoa agar tahun 2012 akan bawakan lebih banyak peluang, kejayaan, kegembiraan dan rezeki. Aminnn.

Welcome 2012. Happy New Year to all :)

Rezeki Akhir Tahun- Menang GA from Nisa Kay

Alhamdulillah, rezeki akhir tahun. Pagi tadi check blog and tengok i'm one of the lucky winner for The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay. Entry penyertaan i dekat sini.

Dapat shawl sehelai dari Islamio Paradise :):)

Thursday, December 29, 2011

Engagement: Persiapan Outfit

Sekarang ni i tengah pening kepala fikirkan baju tunang/ tudung/ veil. Mula- mula nak pakai yang simple gila. And ada terfikir nak sewa je, murah & senang. Tapi bila pergi boutique pengantin, dia suruh je i beli yang ready made lagi senang sebab bila dah beli, confirm baju tu milik kita kan. Kalau sewa pulak, harga sama je, tapi nanti baju tu kena pulangkan semula pulak.

So, dalam kepala i sekarang ni i just nak cari baju kurung moden yang simple tapi ada beadings. Kalau tak cukup, i boleh tambah sendiri je nanti beadings tu. Macam gambar ni, i tak ingat ambil dekat mana. Simple je, tapi cantik gilaaaa. Mungkin jugak sebab tuan badan memang dah cantik kan? So pakai apa pon cantik. Macam i ni, hurrrmmmm tak tahu lah.


And i ingat nak pakai shawl je. Tapi risau jugak takut nanti on the day tak jadi nak belit2. I terfikir nak beli inner mysaa macam dekat sini, tapi takut tak matching pulak dengan warna baju sebab color dia tak banyak.

So now tengah pening lah. Ingat weekend ni nak jalan- jalan dekat Jalan TAR and nak cari baju adn tudung yang sesuai. Ya Allah, permudahkan lah urusanku. Aminn.

Wednesday, December 28, 2011

Tak payah nak kesal sangat lah.

Baru perasan harini wordless wednesday eh? Tapi tak payah nak wordless sangat lah harini. Banyak benda pulak nak cerita kan tiba- tiba.

Ni tengah marah ni. Ada ke patut, awak yang pergi berborak tak ingat dunia kat bawah, lepas tu hp duk berbunyi nyaring empatbelas kali lepas tu bila naik atas nak marah sy pulak kenapa. Ada sy amek tahu ke pasal hp awk?

Lain kali dah tau nak berborak tak ingat dunia kat bawah, bawak lah hp tu sekali. Jangan nak menyusahkan orang sangat lah nak take care of your personal matter. Then nak kesal- kesal segala pasal apa? Aish. Memang dasar tak pernah nak mengaku kesilapan sendiri macam tu lah. Asyik nak salahkan orang lain jeee.

Tragedi mesin cash deposit.

Semalam after kerja i dengan rajin nye menempuh jammed ke Seksyen 18 sebab i nak bayar loan kereta (Bank Islam) & loan asb yang i buat dengan RHB Bank. Dah la semalam hujan boleh tahan lebat, dengan jammed nye and all.

Sampai sana, i keluarkan dulu duit from CIMB bank sebab gaji i masuk situ. Nasib baik ada parking, then i ke RHB untuk bayar loan asb pulak. Parking tak ada, so i double park and nasib baik ada Ida teman i, dia tunggu dalam kereta. Lupa pulak i nak pecahkan duit, so i kena pergi beli barang untuk pecahkan duit. Nasib baik sekejap je and tak ada banyak kerenah.

Then amek kereta, pusing 2 kali still tak jumpa parking. So i double park sekali lagi. Dekat bank islam tu punyalah ramai orang beratur. Dah la tempat dia kecil, mesin cash deposit pulak ada satu je. Time tu i macam oarang yang ke lapan kot. Tengah sedap beratur (Baca: penat and boring), tiba- tiba Ida text bagitau orang nak keluar kereta. I dah macam gelabah, tinggal dua orang je lagi before turn i. Belakang i pulak ada dalam 8 orang lagi, rugi lah kan.

Tiba- tiba Ida datang, so i pon pergi alihkan kereta and Ida beratur kejap. Then sampai turn i. I pon masukkan lah 12 keping duit RM50 dalam mesin tu. Tau apa jadi? Dia telan sekeping je duit i, yang lagi 11 keping dia reject. I dah geram. I ulang lagi, still dia reject. Ada dalam 4 kali kot. Orang2 belakang semua dah keluh kesah, i apa tah lagi. Then abang belakang cakap cuba u masukkan 2 keping by 2 keping. I pon try lah, then berjaya. So i kena buat 5 kali lah kan? Kali yang ke dua berjaya, tapi kali ketiga dia reject lagi sekali. Aish, mesin ni memang nak cari gaduh dengan i.

I pon try lah lagi sekali, siap tukar2 duit dalam purse semua. Nasib baik last sekali, dia terima jugak duit i semua, cuma tinggal sekeping lagi. Yang sekeping ni ada dalam 5 kali kot baru dia terima, memang time tu muka i dah tebal sangat dah. Tak tahu nak letak mana. Mesin ni memang cari gaduh lah dengan i. Gerammmmmm nye. Nasib baik i dengan Ida, kalau sorang lagi malu wehhhhh.

Mega Giveaway By Cik Bunny

Sebab malas nak buat kerja, jadi mari kita join GA supaya orang tengok konon- konon buzy lah. (Cehwaahhhh).


As per banner kat atas, GA ni dianjurkan oleh Cik Bunny. Hadiah pon banyak, ada beberapa sponsor seperti:
Kalau na tau apa hadiah yang depa sponsor, boleh click sini.

p/s: Jangan tanya kenapa entry ni macam serabut sangat. I pon tahu macam mana nak buang kotak- kotak tu semua.

Tuesday, December 27, 2011

Engagement: Dating terakhir 2011 (Cari Cincin)

Tajuk nak macam apa pulak kan. Sempena cuti Krismas last week, i balik kampung and nak discuss further with my family berkaitan majlis tunang CNY ni. And before balik Shah Alam, i pon singgah Bentong dulu sebab kami plan nak tengok2 cincin dulu. Boleh consider dating jugak lah kan. Hehe.

Lepas penat pusing 3, 4 kedai akhirnya jumpa lah cincin yang konon berkenan di hati. Tapi kedai lain- lain, bukan kedai sama. So now dah beli cincin merisik (belah rotan) untuk i, and cincin si dia (silver). Tinggal cincin bertunang je tak jumpa lagi, macam tak berapa berkenan.
(Gambar hiasan ehsan Google)

So barang hantaran yang tinggal tak banyak mana lagi nak cari lah. Kain pon dah jumpa kot, dekat Jackel haritu cuma tinggal nak beli je. Tapi semua hantaran tu tak boleh nak reveal lagi. Surprise!!! Hehe. Nanti lepas majlis i reveal lah semua ye :) Weekend ni rasa nya patut pergi Jalan Tar/ Masjid India sekali lagi kot.

Untuk senarai hantaran, click sini.

Giveaway First Opening Dippy Lyn’s Collection

Sebab tak lama lagi nak kahwin and tengah survey macam2 barang and nak cut cost :P so, i nak join giveaway ni from Lyn's Collection.

  1. Pemenang utama untuk first opening dippy Lyn’s collection akan memenangi bunga dip pahar berharga lebih RM250.
  2. Pemenang kedua akan diberikan jika penyertaan melebihi 150 orang.
  3. Pemenang ketiga akan diberikan jika penyertaan melebihi 200 orang.

Hehe, copy paste je hadiah :) So i nak tag kawan yang bakal mendirikan rumah tangga juga untuk join.
Kalau ada rezeki best ni. Amin

End Year Random Giveaway

Jom join Giveaway from Hana & Sara. Menarik kot hadiah dia :)

Jom lah join!! Apa tunggu lagi.

Antara hadiah yang bakal dimenangi:


1. Lomo Camera

2. Korean's blouse




3. Couple Shirt



4. Shawl ( Pashmina Two Tones And Satin)


5. Owl necklace

6. Enchaunter perfume

7. Heiress by Paris Hilton

Nak join? Click sini & sini.


Thursday, December 22, 2011

Pre-loved items

Kalau i jual pre-loved items i ada orang nak beli tak? hik hik hik. Kebanyakan pre- loved i ada lah yang pakai sekali or tak pernah pakai lagi pon ada. Sudi ke orang nak beli ye?

Wednesday, December 21, 2011

Engagement: Hantaran

I rasa serabut lah dengan blogger ni. Ke i sorang je yang macam ni? Dulu time nak tulis new entry, ada few items kat atas tu kan? Now cuma tinggal function Check Spelling, Add Image & preview je? Pening lah. Ada yang boleh bantu tak?

Ok, now kembali pada tajuk. Now i nak list kan barang- barang hantaran yang dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak. 7 berbalas 9.

From him to her.
1. Cincin-2 bentuk (merisik & tunang) & Bunga Rampai
2. Sireh junjung
3. Sepersalinan kain pasang (untuk nikah)
4. Sejadah & telekung
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat

From her to him.
1. Cincin & Bunga Rampai
2. Sepersalinan kain pasang (untuk nikah)
3. Kain pelikat
4. Sejadah
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat
8. Kuih Akok (kuih tradisional orang Terengganu)
9. Sehelei baju kemeja.

As for now, kami baru je dah beli sejadah, kain pelikat & Telekung. Puas pusing- pusing cari dekat Jalan TAR tu. Yang lain- lain macam makanan tu last minute baru lah carikan? Tak kan nak beli makanan awal- awal. And cincin nanti akan pergi beli lah, tapi tak sure bila bak pergi ni. Maklumlah, orang tu asyik sibuk je kerja :(

Mula- mula i was planning nak bagi hantaran perfume/ set toiletries, tapi parents cakap tak elok, sebab nanti pakai then habis. Towel pon mama cakap tak elok, sebab dia macam sign of mengesat air mata which means perpisahan. And eloknya bagi benda manis (makanan) and barang- barang yang berkaitan dengan agama (sejadah, telekung). Itu pandangan daripada parents kami lah, kalau orang lain i tak tahu :)

So nanti bila i dah beli semua, i akan review later.

Friday, December 16, 2011

Quote

Found somewhere on the net. Tak pasti kebenarannya :)

‎"Setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang disayanginya, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan sebanyak 100kali di akhirat kelak"
Maka janganlah kamu wahai kaum lelaki membuat perempuan menangis keranamu :)

Thursday, December 15, 2011

Wedding Inspiration #3: Colour/ Theme for E- Day

I was thinking to choose this colour: Purple- Orange for my engagement ceremony. But my mother seems to object but she is not refusing. She said better if i choose something more soft and not bright. She opt for cream/ off white. Boring lah mama. Kann??

What do you think?

Just my silly feeling.

Too much pressure on my shoulder, in my head. Really feel like i have to quit and find a new job. But the problem is, no new job for me. No new opportunity for me. Boringgggggg :( What should I do now? I desperately need a new job. And since I’m about to get engaged and then married, I feel more depress. Not that I don’t like the fact I’m getting into serious relationship and new life for me, it’s just that I don’t like my current job any more. No more heart, no more soul, no more everything for my current job.

How I wish I can quit and sit at home, with my own business. Dear Allah, please grant my wish and give me more sustenance in life. Amin. I want to do something that i like and passionate about in my life. Like clothing, crafting, sewing and cooking. I hope the time will come real soon. Aminnnnn.

Wednesday, December 7, 2011

I'm strong!!!

Kadang- kadang tu, i rasa bangga dengan diri sendiri. Sebab i ni boleh dikata berdikari jugak lah. Tak tahu nak explain macam mana, tapi mungkin juga sebab i ni start dari form 1 lagi dah masuk asrama, tinggal jauh dengan family sampai lah sekarang ni dah kerja. So mungkin sebab tu i rasa diri i ni sedikit berdikari, tabah & berani.

Ok, mungkin orang yang baca akan cakap yang i ni perasan ke apa, tapi i rasa itu reality. I tak kesah kalau nak ke mana- mana seorang diri. Dulu, before ada kereta, and naik motor i dah pergi mana- mana yang i nak pergi naik je motor sorang2. Tak kesah langsung. Now dah ada kereta, lagi lah tak kesah. Paling jauh i pergi Pasir Gudang, drive sorang- sorang tak ada orang teman pon. Dah la first time pergi kan.

Naik flight for the first time pon seorang diri. Dah la ke Bintulu, i tak pernah pergi pon lagi. Dah kerja ni lagi lah kena survive sorang diri. Setakat makan sendiri, shopping sendiri tu tak ada hal lah. Cuma tengok wayang sendiri je belom lagi :P

Kalau i perlu pergi interview, i seboleh mungkin tak nak susahkan orang. I rela naik teksi, komuter, LRT atau apa sahaja asalkan tak susahkan orang lain. Lagipon, i tahu i ni bukan orang berada jadi kenalah berusaha lebih. So i akan rasa macam pelik sangat kalau ada orang yang susah sangat nak naik bus ke, LRT ke, teksi ke dengan alasan tak biasa ke tempat tu. Come on lah.

Actually, i bukan apa. Tapi i tahu, biasanya orang yang dari sekollah lagi duduk asrama memang berbeza dari orang yang sekolah harian. Ok, bukan semua yang macam ni, tapi mostly orang yang i kenal memang macam tu. Jadi, i bangga bila i boleh buat benda yang mostly perempuan (atau lelaki) yang selalu nya akan buat berkumpulan. Contohnya, makan kat kedai.

P/s: Okey, ada je orang lain yang boleh buat benda ni semua tak berteman. Saje je nak bangga diri sorang2.

Tuesday, December 6, 2011

Kemas blog, bukan bilik.

Harini rajin pulak nak update blog. Nampak sangat tak ada kerja langsung kan. I baru je kemas2 sikit blog ni. Ingat nak tukar template baru, tapi rasa mcm sayang lah pulak template sekarang yang ada crown & diamonds ni. Sebab rasa nya macam sesuai sangat dengan nama blog ni Cerita Super Star dan macam kena dengan jiwa raga i ni.


So bia je lah dia dulu macam ni. Cuma i baru je kemas2 blog list. Yang mana blogshop, i letak under category blogshop and yang lain- lain i letak under X.O.X.O, still macam biasa lah. Ingatkan nak kecilkan lagi scope, macam ikut category yang lagi senang nak cari macam Bride to Be/ Ex- B2B, masakan, crafts and all. Tapi rasa macam serabut lah pulak. Pening nanti nak fikir kat mana nak letak kan.

Jadi untuk mengelakkan i pening kepala fikir benda remeh, i letak je lah dua category macam tu. Selamat membaca semua!

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Ok, now mari kita join Giveaway sementara ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk masa terluang. So ni giveaway from Nisa Kay: Saya Suka Menaip.

Panjang lebar, okey dia punya explanation how to join. Penat i baca nak bagi faham. So meh sini kita buat apa yang kena buat untuk join.

1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”- Done

2. Letak banner giveaway dalam entry. - Done, banner kat bawah ni.



3. Penaja hadiah yang ramai adalah:

4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, like fan page dorang.- Done. Penat weh nak buat satu- satu. Dah la banyak gila dia punya sponsor +_+

5. Promote entry penyertaan, sebab ada hadiah untuk top referral. -Nanti lah promote.

6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.- Done

7. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas. - Settle!

Future Plan #1

Adehhhhhhhh!! Bosan tahap dewa- dewi dah ni. Sejak 2,3 bulan ni department i ni langsung tak ada kerja. Rasa macam tiap- tiap hari datang kerja sia- sia je. Bukan lah tak ada kerja macam mana, tapi banyak bid untuk tender, technical clarification, commercial clarification, tender lagi. Bosan lah. Ke sebab dah lebih setahun i kerja dekat sini so i rasa bosan sebenarnya?

Orang cakap, selalunya masa yang paling ideal untuk kita stay dekat company tu adalah 2 tahun. Tapi, tak kan lah setaip 2 tahun kita nak tukar kerja kan? Maybe bila dah dapat kerja yang sesuai dengan soul kita, kita rasa ok je kot untuk stay lama- lama.

Ye lah, kan ada je orang yang kerja dengan satu- satu company ni sampai 20-30 tahun? Relax je depa ni kerja yang sama lama- lama. Ke i je yang rasa macam ni. Seriously rasa malas nye lah nak datang office setiap hari. Tapi kan, bila fikir balik kalau buat business pon ok jugak kan?

Tapi masalahnya kalau nak buat business sendiri, kena berani & tabah lah. And yang paling penting, RAJIN. Tapi kalau macam i ni, i tak pasti i ada ke tak quality tersebut untuk stay buat business sendiri. Harap- harap i ada lah. Aminn.

So lepas kahwin i for sure kena berhenti kerja sekarang and cari kerja baru yang lebih dekat dengan suami kan? I tak nak lah lepas kahwin, i terpaksa tinggal berjauhan dengan suami. Serious tak nak. Sebab pada i, kalau i dah kahwin & tinggal jauh dengan suami, macam sama je macam tak kahwin kan? (No offence) So i kena cari kerja baru. I sangat lah teringin nak masuk kelas menjahit, baking, handcraft, beading and all.

Harapnya, lepas kahwin nanti i akan ada peluang untuk buat semua tu. Lagipon si dia cakap, lepas kahwin kalau i tak nak kerja pon tak apa, dia mampu nak tanggung kami berdua :) Harap nya rezeki kami berdua murah lah. Amin.

Monday, December 5, 2011

They're coming home!

Alhamdulillah, his parents and grand parents dah selamat landing dekat Malaysia dah. Supposedly flight landed 1/12 at 10pm, tapi delayed so depa landed KLIA 2/12 11.25 am. Semua nya sihat, cuma i tengok Ma lah, macam batuk- batuk teruk sangat. Yang lain ok je. I ikut pergi jemput depa dekat KLIA. Dapat salam, peluk cium Ma, Ayah, Wan & Aki.

Plan asal lepas jemput depa dekat KLIA tu nak terus shoot ke K. Terengganu, sebab nak pergi majlis kahwin classmate kteorang time kat UTHM, Fathi & pasangan nya Faten. Tapi tak ada rezeki, tak dapat nak pergi. Hadiah semua dah beli pon. Tak apa lah, nak buat macam mana. Anyway, Selamat Pengantin Baru untuk Fathi & Faten (Eleh, depa tak tahu pon pasal blog ni. Thee)

Banyak nak tulis, nak cerita tapi terlalu banyak sampai rasa mcm stuck pula. Kesimpulannya, plan awal weekend ni tak jadi and terpaksa guna plan B. Nasib baik ada plan B lah!