The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 7, 2011

I'm strong!!!

Kadang- kadang tu, i rasa bangga dengan diri sendiri. Sebab i ni boleh dikata berdikari jugak lah. Tak tahu nak explain macam mana, tapi mungkin juga sebab i ni start dari form 1 lagi dah masuk asrama, tinggal jauh dengan family sampai lah sekarang ni dah kerja. So mungkin sebab tu i rasa diri i ni sedikit berdikari, tabah & berani.

Ok, mungkin orang yang baca akan cakap yang i ni perasan ke apa, tapi i rasa itu reality. I tak kesah kalau nak ke mana- mana seorang diri. Dulu, before ada kereta, and naik motor i dah pergi mana- mana yang i nak pergi naik je motor sorang2. Tak kesah langsung. Now dah ada kereta, lagi lah tak kesah. Paling jauh i pergi Pasir Gudang, drive sorang- sorang tak ada orang teman pon. Dah la first time pergi kan.

Naik flight for the first time pon seorang diri. Dah la ke Bintulu, i tak pernah pergi pon lagi. Dah kerja ni lagi lah kena survive sorang diri. Setakat makan sendiri, shopping sendiri tu tak ada hal lah. Cuma tengok wayang sendiri je belom lagi :P

Kalau i perlu pergi interview, i seboleh mungkin tak nak susahkan orang. I rela naik teksi, komuter, LRT atau apa sahaja asalkan tak susahkan orang lain. Lagipon, i tahu i ni bukan orang berada jadi kenalah berusaha lebih. So i akan rasa macam pelik sangat kalau ada orang yang susah sangat nak naik bus ke, LRT ke, teksi ke dengan alasan tak biasa ke tempat tu. Come on lah.

Actually, i bukan apa. Tapi i tahu, biasanya orang yang dari sekollah lagi duduk asrama memang berbeza dari orang yang sekolah harian. Ok, bukan semua yang macam ni, tapi mostly orang yang i kenal memang macam tu. Jadi, i bangga bila i boleh buat benda yang mostly perempuan (atau lelaki) yang selalu nya akan buat berkumpulan. Contohnya, makan kat kedai.

P/s: Okey, ada je orang lain yang boleh buat benda ni semua tak berteman. Saje je nak bangga diri sorang2.

No comments: