The Fans

Wednesday, December 21, 2011

Engagement: Hantaran

I rasa serabut lah dengan blogger ni. Ke i sorang je yang macam ni? Dulu time nak tulis new entry, ada few items kat atas tu kan? Now cuma tinggal function Check Spelling, Add Image & preview je? Pening lah. Ada yang boleh bantu tak?

Ok, now kembali pada tajuk. Now i nak list kan barang- barang hantaran yang dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak. 7 berbalas 9.

From him to her.
1. Cincin-2 bentuk (merisik & tunang) & Bunga Rampai
2. Sireh junjung
3. Sepersalinan kain pasang (untuk nikah)
4. Sejadah & telekung
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat

From her to him.
1. Cincin & Bunga Rampai
2. Sepersalinan kain pasang (untuk nikah)
3. Kain pelikat
4. Sejadah
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat
8. Kuih Akok (kuih tradisional orang Terengganu)
9. Sehelei baju kemeja.

As for now, kami baru je dah beli sejadah, kain pelikat & Telekung. Puas pusing- pusing cari dekat Jalan TAR tu. Yang lain- lain macam makanan tu last minute baru lah carikan? Tak kan nak beli makanan awal- awal. And cincin nanti akan pergi beli lah, tapi tak sure bila bak pergi ni. Maklumlah, orang tu asyik sibuk je kerja :(

Mula- mula i was planning nak bagi hantaran perfume/ set toiletries, tapi parents cakap tak elok, sebab nanti pakai then habis. Towel pon mama cakap tak elok, sebab dia macam sign of mengesat air mata which means perpisahan. And eloknya bagi benda manis (makanan) and barang- barang yang berkaitan dengan agama (sejadah, telekung). Itu pandangan daripada parents kami lah, kalau orang lain i tak tahu :)

So nanti bila i dah beli semua, i akan review later.

2 comments:

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

yup..tunang selalunya bg banyak makanan je :)

A Z R E E N said...

Aah, tu la yang i salu dengarnya. orang bagi benda manis2/ makanan kan :)