The Fans

Wednesday, December 28, 2011

Tragedi mesin cash deposit.

Semalam after kerja i dengan rajin nye menempuh jammed ke Seksyen 18 sebab i nak bayar loan kereta (Bank Islam) & loan asb yang i buat dengan RHB Bank. Dah la semalam hujan boleh tahan lebat, dengan jammed nye and all.

Sampai sana, i keluarkan dulu duit from CIMB bank sebab gaji i masuk situ. Nasib baik ada parking, then i ke RHB untuk bayar loan asb pulak. Parking tak ada, so i double park and nasib baik ada Ida teman i, dia tunggu dalam kereta. Lupa pulak i nak pecahkan duit, so i kena pergi beli barang untuk pecahkan duit. Nasib baik sekejap je and tak ada banyak kerenah.

Then amek kereta, pusing 2 kali still tak jumpa parking. So i double park sekali lagi. Dekat bank islam tu punyalah ramai orang beratur. Dah la tempat dia kecil, mesin cash deposit pulak ada satu je. Time tu i macam oarang yang ke lapan kot. Tengah sedap beratur (Baca: penat and boring), tiba- tiba Ida text bagitau orang nak keluar kereta. I dah macam gelabah, tinggal dua orang je lagi before turn i. Belakang i pulak ada dalam 8 orang lagi, rugi lah kan.

Tiba- tiba Ida datang, so i pon pergi alihkan kereta and Ida beratur kejap. Then sampai turn i. I pon masukkan lah 12 keping duit RM50 dalam mesin tu. Tau apa jadi? Dia telan sekeping je duit i, yang lagi 11 keping dia reject. I dah geram. I ulang lagi, still dia reject. Ada dalam 4 kali kot. Orang2 belakang semua dah keluh kesah, i apa tah lagi. Then abang belakang cakap cuba u masukkan 2 keping by 2 keping. I pon try lah, then berjaya. So i kena buat 5 kali lah kan? Kali yang ke dua berjaya, tapi kali ketiga dia reject lagi sekali. Aish, mesin ni memang nak cari gaduh dengan i.

I pon try lah lagi sekali, siap tukar2 duit dalam purse semua. Nasib baik last sekali, dia terima jugak duit i semua, cuma tinggal sekeping lagi. Yang sekeping ni ada dalam 5 kali kot baru dia terima, memang time tu muka i dah tebal sangat dah. Tak tahu nak letak mana. Mesin ni memang cari gaduh lah dengan i. Gerammmmmm nye. Nasib baik i dengan Ida, kalau sorang lagi malu wehhhhh.

No comments: