The Fans

Friday, January 29, 2010

My new addiction.


S.E.X.Y is the word.

-Azreen-

Thursday, January 28, 2010

Bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku.

Now i know why i feel that way 1,2 hari lepas. Sekarang semua nya sudah terjawab. Tahniah sbb berjaya sakitkan hati i. Tahniah sbb berjaya buat hati i terluka buat sekian kali nya. Tahniah sbb berjaya buat hati i semakin parah. Tahniah sbb berjaya buat i rasa down sangat lepas tengok semua gambar tu. Tahniah sbb i harapkan u yg akan mengubat luka, tapi u toreh luka tu jadi makin dlm. Thank you very much.

Org ckp, lebih baik kita syg org yg syg kita drpd tunggu org yg kita syg tu syg kita balik. That is so true. Sbb ia nya sangat menyakitkan. Tunggu org yg kita syg tu, syg kita balik. Memang penat. Memang sakit. Jadi cuba la terima org yg syg kita tu dgn hati terbuka. Dengan penuh keikhlasan. Open up your heart. Jgn kunci rapat- rapat hati tu di sebabkan perkara yg lama. Buka lembaran baru dalam hidup.

-Azreen-

Wednesday, January 27, 2010

Drama Queen

In the end, everything will be okay, if it’s not okay, then it’s not the end.


So when is the end of this episode?

-Azreen-

Tuesday, January 26, 2010

Kacau.

I tak rasa ada org yg boleh faham apa yg i rasa sekarang ni. Sbb even i sendiri pon tak tahu apa yg i rasa. Jiwa kacau. Hati kosong. Fikiran bercelaru.

Nobody will understand me. But i really need someone to understand me, to comfort me, to listen to me.

Oh, this feeling pleeeeeese go away..

-Azreen-

Monday, January 25, 2010

Passsion

Aish. Lama nya Azreen tak update kan? I seriously rasa i dah hilang passion for blogging. Padahal i like to write. Sbb bila i menulis, i boleh luahkan apa yg i rasa.

So sekarang i nk update sikit pasal hidup i for minggu lepas punya cerita.

  • I pergi Ledang utk mandi manda bersama Pinky, Kechiq and adik- adik Pinky. Tido rmh Pinky for 1 night.
  • Last Thursday, pergi Rengit utk survey tempat utk Khidmat Masyarakat, subjek Engineering and the Society. Sangat menarik as the people there are very welcoming. Pergi sana with all the group members- Ct. Ruby. Amal. Jambu. Helmy. Paan. Ammar.
  • The night after balik from rmh Pinky tu keluar dgn Eip, Baby, Bambang and Amran pergi nak tengok wayang. Tapi wayang tutup sebagai menghormati kemangkatan Sultan Johor. So we went to Pantai Minyak Beku instead. Just lepak and ambil angin malam. Sangat sejuk kot, as i wore a skirt. Nasib baik ada Amran kc pinjam jacket dia.
  • Esok nya keluar tengok wyg sbb ganti yg smlm. We watch Tooth Fairy. Best kot cerita ni. Sangat menarik sbb budak kecil tu comel sangat. Then makan KFC Jambu belanja. Companian: Eip, Baby, Bambang, Jambu, Hemly, Zyro.
  • I plan nak ikut pergi Desaru, tapi tak jadi sbb tak ada org nak teman i. Semua yg pergi tu lelaki. So tak best la if i sorang je si cantik jelita. Haha. Sbb tu setuju dan gigih sekali ikut Pinky pergi Ledang.
  • Tak sabar nak tunggu akhir bulan dpt gaji. Banyak sangat duit keluar as compared to duit masuk. Oh, i rasa i lupa nak cerita. I buat part time mengajar dekat pusat tution.
Ini je kot yg i ingat. Boring kan?

p/s: Rasa mcm nak beli laptop baru la. Siapa nak kc dana?

-Azreen-

Thursday, January 21, 2010

Laxmani-ans

These are the pictures from my camera time i pergi jumpa dengan laxmani-ans. Sngt rindu dgn mereka semua ni. Tapi rupa nya gambar hanya lah beberapa keping sahaja. Mungkin yg lain dlm camera Fairuz [Peoz] ye. Happy sangat sampai Domino's Mid Valley tu kecoh dgn gelak ketawa kami. Padahal 4 org je. I tak tahu apa jadi if semua 8 org tu dtg. Mungkin boleh runtuh Mid. Next time i harap dpt jumpa kesemua laxmani-ans dan mengungkit kisah lama bersama- sama. Oh, i rasa mcm tengah taip karangan surat tak rasmi ke apa? Siap ada harapan semua.


Actually ni muka tahan lapar. Kan Peoz?
Nirah semakin ayu. Ina businesswomen- berjaya- to-be.
Only 4 of us yg dtg. Tak apa la. We had so much fun kan, even sekejap je.

And thanks Peoz for the souvenir from Aussie.

xoxo,
-Azreen-

Sayang

Bila rasa syg mula timbul, tiba- tiba org yg disayangi tu menjauh. Sangat sedih kan? Rasa mcm tak dihargai. Tak pernah disayangi.

-Azreen-

Tuesday, January 19, 2010

Reunion

Ahad lepas, 17hb i pergi reunion 6th batch MRSM YT Dungun. Dekat Delicious, Mid Valley. Sangat la menarik. Seronok gila. Most of them i dh lama tak jumpa. After PMR la kot. 8 thn eh, kwn2? Mmg borak sakan la. Jumpa je sorang, jerit. Jumpa lagi, jerit. Haha. Menarik gila. Ramai yg muka pon dah lain. Bertambh matured, macho/ cun. Dulu masing- masing selekeh je muka. Berhingus. Sekarang sudah segak bergaya.

The night before tu kami the girls pergi main bowling dekat Alamanda. Start pkl 10 pm sampai la 1 am. Best juga. Penat menjerit sakan.

Kesimpulannya sangat la menarik. I mcm tak ada idea nak menulis lg. Huhuh. Ok, i dah upload pictures dekat fb ye. Nanti i upload kat sini pula.

-Azreen-

Friday, January 15, 2010

Pening

Seriously serabut tengah fikir nak buat internship kat mana. Tlg la bagi cadangan.

-Azreen-

Tuesday, January 12, 2010

Panas

Aish. Geram betul i. Pg td after kelas Dr. Kok i pergi bilik sv, dia tak ada kat bilik. Fine, awal lg kot, baru pukul 10 am so tak masuk lg. Pkl 12 pm i pergi lagi, still tak ada. I dah agak panas. Dah la cuaca dah mmg sedia panas. Pkl 2.30pm i pergi sekali lagi. Nasib baik ada. Tapi ada student lain tengah jumpa dia. I pon ok je la, tunggu kat luar tu setengah jam. After student tu leave, i pon masuk. Dengn selamba sv i jwb awak dtg semula la, sy tak check lagi kerja awak. Fine, last week kot i hantar. Bila tarikh akhir hantar borang tu? Hari Khamis ni puan. Awk dtg ambil hari Khamis la then. wth.

p/s: Time nak balik, motor i mcm kena block. Nasib baik ada mamat rambut panjang hensem lg baik hati tlg alihkan motor. Thanks jejaka kacak.

-Azreen-

Emo? Tak suka.

I tak tahu masalah dia apa. Tapi setiap kali dia emo, i la yg kena. Jgn kacau i. I tak mahu diganggu. Mcm PMS pula nak emo- emo ni semua. Padahal u tu lelaki. Dah la selalu je emo. Tak mungkin kot. Cuba la share masalah u tu dgn i. At least, ringan sikit la beban. Nasib baik la i ni understanding. Even i terasa juga, tp i still buat- buat konon nya faham. Aish. Sabar. Sabar.

p/s: Btw, thanks H sbb terpaksa lyn sms i tengah mlm semalam. Walau pun i x ckp siapa, tp thanks juga.

-Azreen

Sunday, January 10, 2010

Floating Class

Tiba- tiba i teringat ni. Seronok. It was when i'm in my lower form. I belajar dekat MRSM YT Dungun. Now maktab (kami mmg panggil maktab instead of sekolah) ni dah tak ada, sbb Yayasan Terengganu amek bangunan ni utk buat sekolah IMTIAZ.

Maktab kami ni sngt la kecil kawasannya. Even padang pon sangat kecil. Kalau setakat nak main netball tu boleh la dapat dua court je padang kami tu. See, kecil kan. Selalu kalau ada event yg gempak mcm Sukan Tahunan tu, terpaksa la kami menyewa padang Sekolah Sultan Omar.

Then sbb maktab kecil, kami pakai sistem Floating Class. Which sistem yg sama mcm dekat universiti la. Time Math dekat kelas ni, pastu Geografi pula ke kelas ni. Science dekat lab. B.Melayu kelas tu. Semua subjek ada kelas masing- masing. U got what i mean kan?

Time pertukaran kelas la mcm serabut sikit sbb semua keluar nk masuk next class. Tapi seronok sbb masa ni la boleh usha crush kita sbb semua student pon ada dekat luar kelas and building pon kecil. Lalalala. Kecil- kecil dah menggatal.

Actually i nak cerita ni. Dekat kelas English ada satu poster yg tulis Sharing is Fun. Kalau tak silap i, ada gambar Pooh, Tigger and Piglet tengah pgg bekas madu ramai- ramai sambil tersenyum. Oh, rindu nya..

Kenapa i tiba- tiba nak tulis? Sbb td i pergi satu blog ni and dia ada tulis Sharing is Caring. Sbb tu i teringat.

-Azreen-

Friday, January 8, 2010

Yesterday

Yesterday i watched Sherlock Holmes. Sngt best. Kagum gila kot. Then pergi karaoke menyanyi sampai puas sangat la seronok. Berjaya beli shawl yg dah lama di idamkan. Beli baju pink belang- belang yg cantik siap dgn hoodies. Mkn sushi besh. Dpt ribbon hair clip pink yg comel. Keluar dgn besties yg mmg best. Kesimpulan : Puas hati keluar smlm :)))))))

Thursday, January 7, 2010

Being merepek.

Boleh tak tanya kat i perfume apa yg best utk lelaki. I mana la tau sangat utk lelaki. If for women, i tau la juga. Then bila i tanya nak buat apa, jwb sbb i baru dpt loan so i nak beli banyak- banyak and kasi kat masjid so org yg kat masjid wangi. Apakah.

-Azreen-

Bakal botak.

Shoot. Td were first class for RF and Data Communication. Both classes mcm harem je. RF Dr. M yg ajar. Sngt mencabar ok. Dia baru lepas ckp "Doppler effect bla bla, balik ni i nak u tengok kat link ni pasal bla bla. Tiba- tiba terus quiz. Apakah? Dia cuma sebut Doopler effect je. Tak terangkan pon. TAK. Cuma sebut je. Aish.

Data Comm pulak, Pn. Nik Shahidah. Like every week nanti akan ada assignments. Yg susah punya assignments. Puan ni pernah ajar kami time 1st year. Assignments dia mmg susah la. Jenis yg ko kena fokus betul betul nk buat tak boleh main main dan jgn buat last minute. Dia tu mampu je dah hantar suruh buat balik. Aish.

Mmg sangat tough la sem akhir ni. Nasib baik Dr. Kok punya kelas masih mampu bertahan. PSM pula mcm biasa la. Cuma sem ni kena masuk lab every week. Siap ada buku log kena check- in/ out. Dtg saja lab yg telah diberikan dan buat la apa yg patut even lab ko tu tak ada kaitan dgn projek. Aish.

Botak la i mcm ni.

-Azreen-

Wednesday, January 6, 2010

Random for early 2010

  • I tak tahu kenapa, tp i jd sngt mls nak update blog sejak masuk new semester ni. Mcm tak ada mood dah nak update.

  • Weekend baru ni, Ain dtg sini ukt celebrate new year dgn i. We had so much fun. Lama kot tak jumpa. She's a friend from my Hi- School, Jasin. Mmg after matrikulasi, kami selalu jumpa. At least once a year. Tapi dah setahun ++ tak jumpa. So bila jumpa adalah sngt happy.

  • Boleh tak budak- budak kelas i cadangkan nama i utk jadi kelas monitor. Actually it's a monitor assistant. But still wakil kelas la. Mls ok. Aish.

  • I dah hampir penuhi semua wish list i. Cuma maybe ada beberapa yg i rasa yg tak penting sangat so i cancel out tanpa rasa ragu- ragu.

  • I tengah plan utk bawa classmate i bercuti ke Tioman memandangkan kami dah final sem. Ye, final. Lepas ni internship, grad dan kerja. Ada sesiapa yg ada cadangan bernas selain Tioman? Tempat mestilah manarik dan yg penting murah.

  • Td i pergi buat treatment rambut i. Lepas steam rambut, sumpah kepala pening gila. In fact, sampai sekarang.

-Azreen-

Saturday, January 2, 2010

Go Azreen go!!

Apa azam tahun baru i? Aish. Kena tetapkan at least sedikit matlamat. Plus i dah final sem. Tengah tahun ni dah internship. Pastu kerja. So kena ada matlamat, impian, cita- cita dan plan utk masa hadapan.

Go Azreen!!

-Azreen-

Friday, January 1, 2010