The Fans

Friday, January 27, 2012

Engagement Review: Hantaran Part 1 (From Him)

Macam dalam list before, i ada mention hantaran untuk majlis tunang ni ialah 7 berbalas 9. And parents kami cuma mahu makanan, barang2 manis and kelengkapan solat sahaja. So the list are:
  1. Kain pasang (untuk nikah)
  2. Sireh junjung
  3. Kek
  4. Telekung & sejadah
  5. Cincin ( 2 bentuk; Tunang & merisik)
  6. Buah- buahan
  7. Coklat
Untuk kain pasang, yang lace tu my future MIL belikan time pergi tunaikan haji haritu. And for the lining, i beli kain poly crepe colour grey dekat Kamdar Jalan TAR. Sejadah & telekung pulak kami pergi hunting sama- sama juga dekat Jalan TAR. Dalam ganbar memang tak nampak sejadah sebab sejadah tu ada dekat bawah telekung :)

Untuk kek pulak, i beli siap2 dekat secret recipe yang tak jauh dari rumah i and suruh abang pass pada rombongan lelaki bila depa sampai. Takut nanti kalau kek tu dibeli dari Temerloh, by the time depa sampai dah cair dah kek i kan :(

Untuk coklat & buah- buahan & sireh junjung pulak totally digubah sendiri oleh my future MIL & SIL. And untuk sireh junjung tu my future MIL nak sangat pakai fresh flowers. Tapi nak cari rose macam susah kan. So dia pakai lah kekwa sebab senang nak cari. Selalu nya ada aunty india yang jual dekat banyak tempat kan.

Here is the best part. Ingat tak i ada cerita dekat sini. So gubahan cincin & bunga rampai tu memang En. Tunang yang buat. Pheewitt. Hehe. Bangga pula rasa nya. Cincin merisik, kami beli sama2 and cincin tunang pulak si dia pergi beli dengan future MIL sebab nak surprise kata nya. And i hanya tengok on the day itself. I suka je dengan cincin tu. Thanks sayang.

And tema hantaran from pihak lelaki adalah silver & gold. My future MIL yang beria sangat nak warna ni. Cantik jugak bila dah siap. Nampak exclusive je. And katanya tema hantaran tu burung sebab kalau perasan, dekat setiap hantaran tu akan ada paling kurang pon seekor burung.

Engagement Review: Makanan & Khemah/ Kanopi

Now baru rasa rajin nak review pasal engagement haritu. Ok, start dengan benda yang paling senang lah which is makanan & Khemah/ Kanopi. Sebab benda ni simple and sikit, so i gabungkan jadi satu entry je lah.

First pasal makanan. My mum awal- awal lagi tak bagi nak amek katering sebab dia cakap nanti tak puas hati. And biar lah ada kenangan katanya. Yelah, anak dia 3 orang je so nak la puas hati. So yang ni memang betul2 mama yang uruskan. Tukang rewang/ masak siapa lagi kalau bukan kawan2 mama, jiran2 and sedara mara. Menu makanan pada hari itu:
  1. Nasi putih
  2. Nangka masak lemak
  3. Ayam goreng berempah
  4. Gulai daging
  5. Kerabu taugeh + kerang
  6. Ikan Masin. Ada 2 jenis, satu bulu ayam & satu lagi ikan masin biasa tu (tak tahu nama)
  7. Sambal belacan
  8. Buah limau
  9. Air ada 2 jenis, sirap & oren
  10. Dessert puding utk tetamu
Semua fully home made. Depa start masak pagi majlis. And ok lah, i puas hati dengan hasil semua. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehe. Yang lebih2 tu mama bungkus and bagi pada orang yang banyak tolong.

And khemah pula sangat simple. Mama amek dengan majlis daerah. Sangat lah murah. Cuma RM++ je. Tak nak tulis harga, nanti jadi issue :P And tak sampai seratus. Tapi cuma ada 1 kanopi A, 1 meja bulat, 4/6 meja panjang, and kerusi. I tak ambil tahu pon. Hahah. Teruk. Ni pon semua mama yang uruskan hal sewa & all.

Cuma malam majlis i & adik hias2 letak skirting pada meja & letak scallop dekat khemah serta bunga- bunga hiasan. Cuma malam tu tiba2 hujan so bunga from crepe paper tu basah kena hujan, nampak tak cantik, turun warna & layu je. Tapi tak boleh nak cakap apa2 lah, dah hujan nak buat macam mana kan.

Ok, layan gambar khemah & makanan dulu.


Nampak tak bunga layu i yang mention earlier :(
Gambar setting khemah dari depan.
Pandangan sisi.
Dari dalam khemah.

Meja hidangan VIP untuk family belah lelaki.
Nampak bunga layu? And meja buffet.
Pandangan rumah dari depan.
Rewang.
Thanks kepada semua yang membantu menjayakan majlis, walau pon bukan depa baca pon blog ni. Hahaha.

Saturday, January 21, 2012

Engagement: Selesai sudah.

21.1.12

Alhamdulillah, selamat sudah i menjadi tunangan Ammar tersayang :) Macam tak percaya pulak. Majlis berjalan lancar je harini. Nanti i review satu2 apa yang patut. Nak review apa dulu ye? Any idea? Heheh. Request please. Kalau tak request, i buat je lah review apa2 je dulu kan. Hehe.

Engagement: Checklist

*Entry ni akan di sini sampai 21.1.12. So, please scroll down for a new entry*

I nak share checklist yang i fikir perlu untuk majlis tunang i nanti. I akan update dari semasa ke semasa.

1.Hantaran

From him to her.

1. Cincin-2 bentuk (merisik & tunang) & Bunga Rampai- cincin merisik dah beli, tinggal cincin tunang je.
2. Sireh junjung
3.
Sepersalinan kain pasang (untuk nikah) -done!
4.
Sejadah & telekung- done!
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat

From her to him.
1.
Cincin & Bunga Rampai-done!
2.
Sepersalinan kain pasang (untuk nikah) –done!
3.
Kain pelikat –done!
4.
Sejadah –done!
5. Kek
6. Buah- buahan
7. Coklat
8. Kuih Akok (kuih tradisional orang Terengganu)
9. Sehelei baju kemeja.

2.Mini Pelamin –Checked! Already booked. Dah bayar deposit.

3.Baju tunang/ veil/ tudung –done, Cuma nak alter sikit2 and tambah beadings J

4.Bunga tangan

5.Make-up –Checked! Kak Gg yang make up kan

6.Makanan – mama yang uruskan

7.Khemah/ kanopi –mama yang uruskan

8.Photographer –dah booked, tak payah bayar deposit lagi, lump sum on the day

Friday, January 20, 2012

Engagement: A day to go.

Now i dah ada kat kampung dah. In fact, rabu lagi i dah balik sini. And tomorrow is the day. Eleh, gelabah je. Padahal tunang je pon, bukan kahwin. Hehe. Mostly semua preparation rasa nya dah 90% siap kot. Ramai kawan2 mama datang tolong masak2. Pelamin dah pasang, kanopi dah naik, baju dah siap, hantaran dah siap cuma yang jenis makanan2 semua tu malam ni and pagi esok baru nak updates lah. Harap tak kelam- kabut.

Majlis esok start lepas Zohor, lebih kurang pukul 2 macam tu lah. Ada jugak rasa nervous sikit2. Dah la pelamin tu kena duduk bersimpuh. Tak puas hati betul lah. Penat kot nanti. I nak duduk atas kerusi. Tapi tak dapat :( Kanopi dekat luar i dah siap2 hias dengan adik malam tadi. Letak scallop, hias pakai bunga crepe. Tapi malam tadi hujan lebat gila, habis bunga tu kena hujan & basah. Colour dah turun & tak cantik jadi bunga tu, nampak pudar & layu je. Sabar je lah :(

Harap esok semua nya berjalan lancar. Amin :) Lepas kenduri, i akan review sikit2 lah apa ada time majlis tunang i. Doakan semua berjalan lancar ye.

Monday, January 16, 2012

Pameran Pengantin #4

Date: 24-26 February 2012
Place: Shah Alam Convention Centre
Time: 10 am- 10 pm
Admission is free!!
By UrbanVibe Event

Friday, January 13, 2012

Engagement: He's making hantaran

So last night i macam biasa sms-ing dengan si dia sambil i tanya dia tengah buat apa. Then dia repy

" I tengah buat hantaran"

Cute kan? Yes, i know :) And the best part is dia tengah buat dulang hantaran cincin. Lagi lah rasa terharu. Kau ada? Hahah. Nak tengok ke? Nanti lah lepas majlis. Tak surprise lah nanti. I pon ada draft dia je sebenarnya dia bagi tengok. Nanti ye, nanti.

Thursday, January 12, 2012

Engagement: Baju Tunang (Teaser)

Curi gambar dari blog akak yang tolong buat beading ni. Hehe. Nak buat sendiri malas and langsung tak ada idea. Saje je bagi gambar ni jadi teaser. Nanti lepas majlis, i akan review ye. So dah tahu tema kaler apa kan?

Wednesday, January 11, 2012

Tak suka!

Penat nya lately ni. Yela, lagi 10 hari bakal bergelar tunangan orang kan? Hehe. Peri cari barang sana- sin. Tapi sampai sekarang still tak ada idea untuk handbouquet. Nak beli itu, ini, hiasan hantaran semua. Dengan sibuk nak mintak tolong tailor alter i punya baju & beadings. Penat lah.

Dengan workload nye tak payah kira lah. I kena attend meeting lagi. Penat sangat lah minggu ni. Perasaan nak balik kampung tu dah memang tak tertahan dah. Tak sabar sangat minggu depan. Bukan apa, i just nak finalize semua benda yang still tertangguh. Nak make sure apa benda yang nak dibuat lagi untuk majlis.

Yup, i know yang majlis tunang ni should be simple je kan? Tapi ye la, siapa yang nak majlis dia (tak kira majlis apa pon) kucar- kacir kan? At least dia rasa perfect untuk diri dia dah kira ok kan. Same goes to me. I just tak nak majlis tunang i ni nampak mcm tak teratur. Even i tak ada lah buat majlis besar2 and grand2. I cuma jemput 2,3 orang very close friends and sedara- mara je.
Minggu ni memang hectic. Penat sangat, baru hari Rabu. Cepat lah Jumaat and Isnin & Selasa. Tak sabar nak balik hari Rabu tu. Doakan segala urusan i berjalan lancar ye. Amin. And jangan lah workload tiba2 bertambah time nak dekat cuti ni. Sebab memang tiba2 je bertambah secara mendadak ni. Tak suka! Tak suka! Tak suka!

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY


Sejak nak kahwin ni, rajin betul i masuk giveaway. Mana tau ada rezeki kahwin kan? Aminnn. Nak tahu hadiah?

HADIAH

GRAND PRIZE - 1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230.

Ke 2-RM50 cash dan Free 2 keping gambar 12 R


Ke 3- Free 2 keping gambar 12 R

Ke 4 dan Ke 5- Free 2 keping gambar 8R

Cara pemenang ditentukan ialah dengan cabutan bertuah, anda bertuah, anda dapat hadiah.

Hadiah tambahan..SURPRISE!!

Free 2 keping gambar 12 R untuk 2 org yg memberikan BACKLINK tertinggi.

Klik sini utuk details hadiah.

Dia punya syarat cukup mudah and simple. So i nak tag blogger kat bawah untuk sudi join GA ni:
Kalau sudi, sila join :) Orang lain nak join pon boleh. Tarikh tutup 31 January 2012.

Monday, January 9, 2012

Scrapaperclip Giveaway Anniversary

Jom tengok apa yang Farah from Scrapaperclip boleh offer korang. Mini A5 Wedding Signage yang super cute.





Cantik kan? Boleh join Giveaway dekat sini.

p/s: Gambar copy paste dari blog Farah, sebab tu besar tak sesuai dengan blog i. Haha. Teruk betul perangai.

Thursday, January 5, 2012

Pameran Pengantin #3

6.1.12-8.1.12
Ampang Point Shopping Centre
10.00 am- 10.00 pm

1-1-1-1

Entry before ni i cerita pasal countdown & cuti kan? Tanpa i sedari, ada something yang lagi menarik. Rupa- rupa nya harini adalah hari ke 1-1-1-1 kami :) I year, 1 month, 1 week, 1 day. Seronok pulak tengok.

Bila fikir2 semula, macam tak percaya dah setahun lebih. Yela, cinta sebelum ni 2 tahun lebih pon kecundang. Lupakan kisah tu, yang penting tak lama lagi kami akan bertunang dan seterusnya kahwin. Alhamdulillah.

Happy 1-1-1-1 day sayang Ammar. ILY and will always do. Amin.

Engagement: Countdown & Cuti

Bila i tengok countdown dekat atas tu, lagi 16 hari je tinggal i nak bertunang dengan kekasih hati. Wah, tak lama lagi dah. 16 hari lebih kurang 2 minggu je kan? Serabut pulak rasa nya. Macam banyak je lagi benda yang tak buat lagi ni. How? Ok, untuk yang tak tahu lagi majlis tunang i akan diadakan pada 21.1.12. Cantik kan tarikh tu? Kebetulan pulak tarikh tu cantik, tak sengaja pon nak pilih tarikh tu. Rezeki nak buat macam mana kan?

I actually plan nak cuti seminggu sebelum majlis. Mesti semua fikir lama kan? Tapi ye la, i kan anak first yang nak buat majlis and dalam keluarga besar pon, i cousin pertama yang nak buat majlis juga. So tak ada pengalaman lagi. Adik i pon baru nak balik weekend ni lepas habis final exam di UTP and tinggal mama je sorang- sorang yang nak buat persiapan. Kesian mama. So seminggu tu dah ok kot. Dengan i nak buat persiapan terakhir nya lagi, nak tengok pelamin, hantaran, khemah and all.

Tapi tiba- tiba bila i apply, seperti yang dijangka boss i tidak lah meluluskan cuti tersebut. Tapi nasib baik dia bagi i cuti 3 hari so ok lah kan. Syukur je dengan rezeki yang dapat, walau pon hati sedikit bengang. Worst come to worst, i akan amek MC or EL je lah pada hari Isnin Selasa. Sebab i dapat cuti Rabu- Jumaat. Muahahahah. Jahat punya gelak.

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Agung, terima kasih di atas rezeki yang telah engkau berikan ini. Kau permudahkan lah urusan pertunangan ku ini dan Kau berkati lah majlis ku ini. Amin.

Tuesday, January 3, 2012

Engagement: Inner tudung Inspiration (Islamio Paradise)

Remember i menang GA from Nisa Kay? And i dapat hadiah shawl from IslmioParadise. Tapi, still tak dapat lagi lah, mungkin ambil masa sikit nak dapat, maklumlah kan GA tu banyak hadiah, so Cik Nisa kita ni mesti busy kan. Tak apa, i sabar je tunggu ni. Hehe.

So i pon jalan- jalan lah dekat blog Islamio Paradise ni nak tengok2 what they get in store. And dalam banyak2 tu, i ada berkenan pada inner ni. Nama dia Inner Arabico. Inner ni lebih kurang yang macam i pernah bagitau dulu, yang macam i aimed nak pakai time tunang nanti. Tapi yang menariknya, inner ni lagi banyak pilihan warna dia. Sangat menarik and boleh di consider kan lah. Lagi pon, i tak jumpa lagi inner yang nak di pakai nanti. Still dalam perancangan.

So, kalau berminat boleh la check dekat website depa, Islamio Paradise. Inner ni macam menarik sangat and genius. Harga stated there is RM60.oo and choices of color macam dekat bawah:



Jangan lupa melawat mereka di Islamio Paradise :)