The Fans

Thursday, December 29, 2011

Engagement: Persiapan Outfit

Sekarang ni i tengah pening kepala fikirkan baju tunang/ tudung/ veil. Mula- mula nak pakai yang simple gila. And ada terfikir nak sewa je, murah & senang. Tapi bila pergi boutique pengantin, dia suruh je i beli yang ready made lagi senang sebab bila dah beli, confirm baju tu milik kita kan. Kalau sewa pulak, harga sama je, tapi nanti baju tu kena pulangkan semula pulak.

So, dalam kepala i sekarang ni i just nak cari baju kurung moden yang simple tapi ada beadings. Kalau tak cukup, i boleh tambah sendiri je nanti beadings tu. Macam gambar ni, i tak ingat ambil dekat mana. Simple je, tapi cantik gilaaaa. Mungkin jugak sebab tuan badan memang dah cantik kan? So pakai apa pon cantik. Macam i ni, hurrrmmmm tak tahu lah.


And i ingat nak pakai shawl je. Tapi risau jugak takut nanti on the day tak jadi nak belit2. I terfikir nak beli inner mysaa macam dekat sini, tapi takut tak matching pulak dengan warna baju sebab color dia tak banyak.

So now tengah pening lah. Ingat weekend ni nak jalan- jalan dekat Jalan TAR and nak cari baju adn tudung yang sesuai. Ya Allah, permudahkan lah urusanku. Aminn.

2 comments:

~miss_eny~ said...

nasib bek aritu tjempe kdai yg jual veil murah n cantik.. tgk kt jakel o ariani melayang duit..

A Z R E E N said...

wow, bestnye.. aku weekend ni baru nak pergi cari dekat jalan TAR & masjid india. harap2 jumpa la yg cantik2 and tak mahal sangat.