The Fans

Tuesday, December 6, 2011

Future Plan #1

Adehhhhhhhh!! Bosan tahap dewa- dewi dah ni. Sejak 2,3 bulan ni department i ni langsung tak ada kerja. Rasa macam tiap- tiap hari datang kerja sia- sia je. Bukan lah tak ada kerja macam mana, tapi banyak bid untuk tender, technical clarification, commercial clarification, tender lagi. Bosan lah. Ke sebab dah lebih setahun i kerja dekat sini so i rasa bosan sebenarnya?

Orang cakap, selalunya masa yang paling ideal untuk kita stay dekat company tu adalah 2 tahun. Tapi, tak kan lah setaip 2 tahun kita nak tukar kerja kan? Maybe bila dah dapat kerja yang sesuai dengan soul kita, kita rasa ok je kot untuk stay lama- lama.

Ye lah, kan ada je orang yang kerja dengan satu- satu company ni sampai 20-30 tahun? Relax je depa ni kerja yang sama lama- lama. Ke i je yang rasa macam ni. Seriously rasa malas nye lah nak datang office setiap hari. Tapi kan, bila fikir balik kalau buat business pon ok jugak kan?

Tapi masalahnya kalau nak buat business sendiri, kena berani & tabah lah. And yang paling penting, RAJIN. Tapi kalau macam i ni, i tak pasti i ada ke tak quality tersebut untuk stay buat business sendiri. Harap- harap i ada lah. Aminn.

So lepas kahwin i for sure kena berhenti kerja sekarang and cari kerja baru yang lebih dekat dengan suami kan? I tak nak lah lepas kahwin, i terpaksa tinggal berjauhan dengan suami. Serious tak nak. Sebab pada i, kalau i dah kahwin & tinggal jauh dengan suami, macam sama je macam tak kahwin kan? (No offence) So i kena cari kerja baru. I sangat lah teringin nak masuk kelas menjahit, baking, handcraft, beading and all.

Harapnya, lepas kahwin nanti i akan ada peluang untuk buat semua tu. Lagipon si dia cakap, lepas kahwin kalau i tak nak kerja pon tak apa, dia mampu nak tanggung kami berdua :) Harap nya rezeki kami berdua murah lah. Amin.

No comments: