The Fans

Sunday, May 30, 2010

Mama i yang comel.

Reen: Mama, jam kakak ni mati la. Bateri dah habis.

Mama: La, patut la rumah ni bau busuk je dari tadi. Jam kakak mati rupanya. Lalala~~

Haha. Comel la mama i ni. Mampu je dia buat lawak tiba- tiba.
I love you
But I gotta stay true
My morals got me on my knees
I'm beggin' please
Stop playin' games
-Duffy

To-do-list

Today's plan:
  • pergi ambil gambar passport untuk resume. Gambar skema and tak suka. Huhu.
  • touch- up resume sikit lagi and buat cover letter.
  • apply semua kerja online.
  • siapkan my unfinished project since Wednesday. Tinggal sikit je lagi. Yaay!!
  • Basuh motor, dah kelabu sangat dah. Papa dah tolong basuhkan. Hehe. Tq papa.

This is way too much.

Ok, tajuk entry memang tak ada kaitan langsung dengan lagu ni :P Sebenarnya i tengah geram dan sedikit emo dan sakit hati. Jadi, untuk memotivasikan diri, layan je la lagu jiwang ni. Sila la. Ye, ye i tau lagu ni dah agak lama sedikit. Tapi still, i nak juga.


Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta


Friday, May 28, 2010

Analisis keperibadian. Ceewah.

Click on image for the larger view

Apasal la macam betul je kan benda ni? Haha. Psycho la.

So true.


So true.

Comel la.


Sangat comel. Nanti my wedding nak buat lagu apa pula? LOL.

Thursday, May 27, 2010

Bukit Kemuning again.

Harini i naik Bukit Kemuning lagi. Sampai je tengok kontraktor pasang tower tak siap lagi. Kagum gila i tengok sorang mamat ni relaks je panjat tower nak betulkan tali yang tersekat kat tengah- tengah tower tak pakai apa- apa safety. Sampai i pula yang rasa takut tengok dia.

Then sv i terangkan pasal microwave suma. Related equipment, frequency, antenna, feeder, bla bla. Tiba- tiba teringat RF je bila dia cerita semua pagi tadi. Sebab memang banyak kaitan juga. Huhu. Menci la i. Tak suka RF. Lalala.

Then macam biasa, lepak kat puncak tu borak- borak and tido. LOL. Pukul 2.30pm cmtu sv i hantar balik rumah. Suka sangat sebab balik awal. I lap u la En. Ariffin. Lalala. Oh ye, Ahad ni i cuti. U olls cuti tak? Ok, untuk orang yang tinggal/ kerja di Pantai Timur je ye. Orang lain tak payah mengada sebab Ahad memang weekends kan untuk korang. Cuti Hari Wesak katanya.

Masa i kecik- kecik dulu, i ingatkan puncak bukit tu macam kecik gila la. And tajam. Sebab kan selalu kita lukis gambar bukit puncaknya 'puncak' kan? Faham tak? Ok, tengok gambar ni.

Haha. I memang fail la bab melukis ni. Yang tanda merah tu la puncak yang i maksudkan. Siap lukis matahari lagi (-.-')

Rupa- rupanya puncak bukit tu landai je, kita siap boleh lepak atas tu eh. Apa la i ni.

Babai. Have a nice and happy weekend everyone.

Wednesday, May 26, 2010

Bukit bukau sana sini

Oh, lamanya rasa tak cerita pasal internship (-.-') Sekarang ni sampai next week i still akan ada di unit transmission. And now i bersama microwave department. Last week di multiplex. Dalam multiplex tu juga ada belajar pasal fiberoptik (FOC), PDH, SDH, CAMS and banyak lagi la. Lupa la, kena tengok buku log ke dulu? :P

Semalam i naik Bukit Bauk, Dungun untuk tengok stesen pemancar sebab radio RTM ada alarm katanya. Then ke Ketengah Jaya and Jerangau untuk tengok cabel yang putus. Harini most of the staff pergi buat splicing cabel since ada cabel yang putus teruk, tapi depa tak mau bawa i sbb i ni perempuan. Sedeh kan? Nanti balik lewat susah pula. Ok, fine. Oh ye, semua staff unit ni lelaki and i sorang je perempuan di situ. Nasib baik juga staffs semua baik and anggap i macam anak sendiri. Sporting habis borak semua. Yela, semua dah sebaya dengan parents i.

And harini plak i pergi naik Bukit Kemuning, Kemaman untuk ke stesen pemancar kat situ plak. Ada alarm apa ntah, tapi tak boleh nak buat sebab ada orang tengah buat kerja tambahkan ketinggian tower. So balik je ke rumah lepas lepak tido lama gila atas bukit tu. Sabar je la.

Esok mungkin naik bukit lagi. Penat la, padahal bukan kena daki pon. Cuma duduk diam- diam je dalam Hilux pasang air- cond kuat- kuat :P Tapi memang penat la bila kena buat kerja luar.

Monday, May 24, 2010

Kesan ragutan terhadap i.

Hebat tak tajuk?

Harini i ambil leave sebab i nak pergi Kemaman buat ic, lesen dan sim card. Menyusahkan betul. I rasa takut dah nak bawa motor. Macam sedikit fobia di situ. Haritu after accident pon tak ada la i rasa macam ni sangat. wtf wtf.

Ni kali kedua dalam hidup i, i telah diragut. Hampeh betul la. First time masa dekat Kuantan, mamat bangang tu ragut hp i dalam pocket kot. Masa tu i sekolah lagi. Form4, form 5 tak ingat dah. Bangang nak mampus. Padahal time tu i pakai nokia 3315 je. Adeh la. Kalau dah dasar peragut kan. And mamat tu sempat ditangkap dan dibelasah teruk oleh orang ramai.

I rasa menyesal gila, kenapa la i tak hon kuat- kuat sambil menjerit sambil kejar peragut semalam tu ye? Dah panik masa tu apa pon tak boleh fikir.

Kepada semua, terutamanya wanita sila la berhati- hati dengan barangan berharga anda. Sekarang ni jenayah makin berleluasa. Kalau baca paper lagi la jadi makin takut, rasa macam tak nak baca paper dah.

Sunday, May 23, 2010

Peragut bodoh tak ada kerja lain ke?

Babi betul la peragut tu. Habis handbag adidas aku. Dalam tu ada handphone, camera, purse, pas kerja, pen, pensil, make up aku semua. Aku punya ic, lesen, kad bank. BABI betul. Kalau aku jumpa ko, mmg siap la ko. Kepada semua yang tinggal berhampiran Paka, sila hati- hati dengan motor RXZ ye. Memang babi la engkau peragut.

Ok, ada juga sekeping gambar bag kesayangan yang tinggal kenangan sudah :(
Atas ni luahan hati i di fb sebaik sahaja i balik ke rumah. Yes, i kena ragut petang tadi. Wtf la peragut tu. Sakit hati betul i. Tolong la buat kerja yang sopan sikit. Dalam tu dah la ada camera i nak guna time internship ni. Nak buat ambil gambar. And camera tu adik i punya, bukan i punya pon :(

I tak faham la peragut ni. Memang dasar mat rempit betul. Sakit hati i. I tergamam gila time lepas kena ragut tu. Dah la i puasa harini. Penat gila. I sempat juga la kejar kan. Tapi ego i tak mampu nak tandingi rxz si peragut yang lahanat tu. And i rasa depa memang dah aim i dari pasaraya lagi sebab memang la i letak handbag i dalam bakul, tapi bawah plastic barang yang i beli tu. Geram geram geram. Dengan hp nya lagi. Aish. Nasib baik tak ada duit banyak dalam tu. BABI la kau peragut dua ekor.

Aku doakan kau cepat insaf and bertaubat, jangan la buat benda ni lagi dekat orang lain. Jangan cederakan orang lain. Insaf dan berhenti la buat kerja ini. Menyusahkan orang je.

Saturday, May 22, 2010

Appreciation

I dah lama berniat nak buat entry ni. Tapi sebab i super malas nak transfer gambar, so i tangguhkan sampai la harini. Baru harini i rajin nak transfer-kan gambar nya. Memang dah basi pon cerita ni. Tapi still, nak buat jugak.

First sekali i nak cakap thanks to papa i yang datang ambil i kat BP haritu. Susah payah dia datang bertolak dari Paka pukul 2 am and sampai BP pukul 9 am lebih. Papa dtg dengan Ayah Wan, kenalan kami sbb pinjam pakai van dia untuk bawa motor and balik barang i semua yang banyak. Dah la time papa sampai tu rumah i tak ada air. Terpaksa la papa pergi mandi dekat masjid. Kesian papa. Then papa pergi tido kat masjid tu lepas mandi sebab i kena pergi jumpa sv i nak settle pasal PSM. Then bila i balik, papa datang and masukkan barang i semua yang dah 80% siap packing and i pula sibuk print and susun semua thesis i yang 4 copy tu. Kesian papa, i tak tolong pon. Sibuk sangat siapkan nak print and susun thesis tu. Lepas tu papa mandi kat rumah i and pergi solat Jumaat. Nasib baik lepas papa balik solat Jumaat tu, i dah siap semua then terus boleh gerak balik balik. Mesti papa penat sangat.

Terima kasih papa atas pengorbananmu.Van yang penuh muatannya dengan barang- barang i. Dah macam orang nak pergi jual kat pasar malam.

Keduanya thanks kepada Jamal Rashid, classmate i. Dia ni adalah student sv i juga. Maksud nya, sv kami adalah orang yang sama. Lepas i print thesis i, i bagi pada Jamal untuk buat hard cover [mestila i kc dia duit juga], ambil tandatangan sv, isi borang and hantar pada sv and faculty. Tq very much Jamal. Kalau u tak tolong i, memang tak siap la thesis i tu. Jamal juga banyak tolong i time i buat programming PSM i dulu. Sebab dia juga i dapat idea nak buat macamana. Jamal pon ada tolong i buat coding sikit- sikit. Oh ye, thesis i masih ada lagi dengan Jamal. Biar la dia pegang dulu. Nanti jumpa baru i ambil dengan dia. Thanks buddy.

Ok, ini gambar Jamal yang i curi kat fb dia. Terpaksa la ambil gambar dari belakang je sebab gambarnya pon curi kan. Gambar thesis i tak dapat lagi :(
And last sekali thanks pada si dia yang menghantar cake ini ke rumah i pada malam terakhir i di BP. Walaupun u tak keluar dengan i buat kali terakhir malam tu. Walaupun i marah dengan u malam tu. Still thanks. Sebab u tunaikan juga janji u. Walaupun satu slice je. Haha. Demand gila i.


Thank you very much semua. I sangat hargainya.

x.o.x.o,

Tiada motif pembunuhan.

Ha, nah gambar i kat tempat intern. Tengah bosan tahap dewa dewi and mengantuk sangat. Sukati i la nak letak gambar cmne pon kan, ini belog i yg punya. Lalala. Sila take note i kena pakai baju lab tu tiap- tiap hari ok. Tak vogue langsung.

And ini adalah card yang perlu i pakai sepanjang masa. Malu i ok. Dah la tulis pelatih je. Aish. Pakai je la, awak tu intern je ok. *Tak sedar diri*

P/s: Entry ini memang tak ada motif. Saje je nak show- off gambar.

Itu pon tak boleh fikir ke?

Remember i ada cakap pasal karma dalam entry before ni beberapa kali? Macam mana la orang nak layan kita dengan baik kalau kita sendiri pon layan orang macam sh*t. Aish.

Lu fikir la sendiri bak kata Nabil.

Sungguh lame sekali rasanya.

No one to hold me tight.
No one to catch me when i fall.
No one to lend a shoulder for me to cry on.
No one to listen to me.
No one to share a smile with.
No one to hear me cry.
No one to gossip to.
No one to call me on the phone.
No one stay up with me.
Just no one.

Friday, May 21, 2010

Resume

Ok, sekarang dah tiba masa untuk serious dalam hidup. I tengah meng-update-kan resume dan touch- up sikit and mula hunting for job. Goggle tentang kerja kosong, walk- in interview, belek- belek paper. How serious is that? Rasa macam dah perlu kuat berusaha. Tapi baru start je pon. Penat la fikir pasal benda ni semua. Doakan usaha i dipermudahkan ok? Amin. Siapa ada tips or info nak share pasal job hunting ni?

Rindu pula rasa nya zaman belajar dulu. Ceewah. Tak sampai satu bulan pun tinggalkan uni. Mengada gila. Rindu time hang- out ngn BFF bila- bila masa pon boleh. Lepak borak- borak, karok, tengok wayang suma la. Dah keje ni penat je rasa. I mean, practical. Practical pon penat ini kan pula keje nanti kan.

Who's gonna talk to me on the phone till the sun comes up?

p/s: Masih mencari.

Tuesday, May 18, 2010

Obsession

Ok, recently i dapat hobi and obsessi baru. Nak kc tau sekarang ke nanti ye? Hmm. Nanti je la, tunggu loan masuk dulu, then i akan reveal everything. Doakan impian, usaha dan cita- cita i ni berbaloi dan berjaya serta berhasil ye? Berdebar- debar rasanya. Dua, tiga hari ni ada la beberapa yang jadi dah. Tapi i'm still looking for kain yang sesuai. Eh, dah ter-kc clue plak kan? :P:P

Katakan saja kuterima



Ok, siap dengan guitar cord lagi. Cool eh? :P

Monday, May 17, 2010

Mandi hujan

Dah 2 hari, pergi balik kerja mandi hujan. Dah la jauh. Sampai office tetap basah walau pon dah pakai baju hujan. Masuk office, menggigil- gigil basah lepas tu air-cond bukan main kuat lagi. Tak tahan la macam ni. Tunggu dan lihat je, bila demam nanti. Ni tak sabar nak pakai kereta ni. Adik, cepat la balik. Kakak nak pakai kereta pula. Tapi kan, kenapa adik i dapat pakai kereta, tapi i pakai motor je? Pelik- pelik. Aish.

Sunday, May 16, 2010

Pantang

I paling pantang kalau i call seseorang tu and dia tak angkat. Lagi- lagi kalau i dah called banyak kali. Lepas tu, boleh buat bodoh je tak nak call balik or sms tanya kenapa. Memang rasa hangin je satu badan. Sakit hati sangat. Kadang- kadang sampai nak keluar air mata. Bukan sebab nak nangis, tapi sbb sakit hati sangat and automatic air mata tu jadi keluar. Faham tak? Rasa nak maki- maki je. Nasib baik sabar je. Tak faham betul la kenapa boleh buat macam tu.

Satu lagi. Kita selalu cakap yang tak ada orang faham kita. Tak ada orang di sisi kita bila kita ada masalah or nak mengadu ke apa. Sebenarnya kita salah. Cuma kita je tak nampak orang yang sentiasa ada di sisi. Sebab kita selalu nak benda yang kita tak ada. Kita selalu nak benda yang kita tak dapat. And kita selalu tak dapat benda yang kita nak. Sebab Allah swt tahu, apa yang terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita nak tu tak baik, tak elok untuk kita.

Jadi, hargai lah apa yang kita ada, apa yang kita dapat. Sebab kita tak akan hargai apa yang kita ada, sampai lah kita kehilangannya. So, sebelum kita kehilangan benda yang sepatutnya kita hargai tu, baik lah kita hargainya sekarang. You get what i mean?

Renung- renungkan dan selamat beramal.
Apa yang i membebel panjang sangat ni?

Collapse.

Well, today was my first day in transmission unit. Ok, sumpah bosan. Masuk je lapor diri, dah kena tembak dengan boss besar +_+ what the fan fin fon. Sabar je la. Tak boleh jwb plak tu. Kalau boleh tak pe la jugak. Then dapat meja yang best dalam office, ada tv, ada internet untuk menghilangkan bosan :P Cuma part tak best bila boss suka sangat masuk dalam office and tanya "Haaa, tadi belajar apa. Cuba terang sikit" (-.-') Sungguh annoying kan?

Lepas tu, bila dah habis tengok Piala Thomas yang China menang tu, i pon gerak la balik rumah. Tiba- tiba hujan turun dengan suuuuper lebat. Habis basah baju i semua, dah la pakai seluar putih. Memang seksi habis. Sampai rumah dah pukul 6.30 and terus mandi. Pukul 8 pm nanti kena mengajar tution pula. I dah rasa nak collapse ni. Penat sangat.

zzzzz

Friday, May 14, 2010

of ayam percik

Rasa macam bulan puasa pula, mama masak ayam percik tengahari tadi. Sebab biasanya mama buat ayam percik time bulan puasa je. Itu pon macam dah lama je mama tak buat. Asyik busy je. I pon dah berapa tahun tak puasa sama ngn mama. So macam mana nak rasa kan? Padahal puasa satu hari pon tak ganti lagi. Aish.

Gambar credit to Google.

Sedikit kacau bilau

I've been very very very lazy to update for past few days. With few things come across that really make me want to do nothing. I rasa serabut sangat sampai tak ada mood nak buat apa- apa. Luckily i found it on Wednesday night and Thursday was like Friday here. So here come Friday, the weekend. Thanks to Sompet for the info, which boleh buat i cool down sebab masa mula- mula dapat tahu tu mmg freak out sangat and tak tahu nak buat apa. When i was talking to him pon, air mata dah bergenang. Nasib baik tak jatuh, kalau tak sumpah malu ngn Sompet. So sekarang dah rasa better, cuma perlu tunggu keputusan je la. And i harap semua nya akan ok.

And as for internship, berakhir sudah masa berada di unit SAF/ Access. Next week akan ke unit lain pula. And to my proud, I've done all my full report dalam buku log untuk masa dua minggu lepas. Sumpah bangga gila. Sv i from UTHM ialah En. Megat, and dia cakap akan datang maybe dalam 8th or 9th June. He'll call later.

Tuesday, May 11, 2010

Life's good

Well, i ok je dua tiga hari ini. And it been a week now. I'm happy. And a bit confuse. Confuse macam Maya nak teruskan bersama Adam atau kembali pada Dani. I pon tak tahu. Mungkin ini kerja hormon. Malas nak fikir.

Internship macam biasa, ok sahaja. Cuma dah kurang keluar berpanas sebab cuma belajar pasal modem installation, CDMA, fiber optic cable, cuprum cable, pole accessories, DP box, bla bla kat dalam office je. Agak bersyukur sebab tak perlu panas- panas :P

Mood kurang baik untuk update blog selalu. Malas.

Lovelove♥♥♥

Saturday, May 8, 2010

Peluang ditutup

I had given u a chance. But u just ignore it and pretend like nothing happened. You don't deserve even a tiny little space in my heart. Please, just go away and stop haunting my mind.

Friday, May 7, 2010

Bila rasaku ini rasamu


aku memang terlanjur mencintaimu

dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

ku mohon jangan jadikan seperti
alasan kau menyakitiku
meski pun cintamu tak hanya untukku
tapi cobalah sejenak mengerti

reff:
bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terkhianati cinta yang kau jaga
coba bayangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

aku memang terlanjur mencintaimu

Mee Kari dan Adam

Harini Jumaat, means kawasan Terengganu dah start weekend. So i cuti harini. Teruja betul. I cakap ngn mama nak makan mee kari so mama belikan kerang and udang. I masak mee kari yg super sedap. *Tak malu puji masakan sendiri. Lalalala* I sambung kemas- kemas lagi bilik i yang tak habis kemas lagi, walau pun dah seminggu tinggal kat rumah. Pemalas betul la perempuan ini.

Ingat nak ajak Acik Ginger i pergi pasar malam kat Dungun harini. Pasar malam dia super besar ok. Sangat puas hati la nak berjalan- jalan. Tapi malangnya, beliau tak balik sebab nak pindah rumah. Tapi kata nya akan balik juga sebab nak ambil baju yang mama i jahitkan untuk dia. Tengok la nanti.

Semalam i pergi rumah jiran i untuk hantar baju yang mama dah siap jahit. And i pertama kali berjumpa dengan anak dia. Jatuh cinta pandang pertama i pada si Adam. Sumpah hensem gila. Kulit cerah, mata bulat and pipi gebu. Geram je i nak cubit- cubit pipi dia. Dah la tak menangis bila i dukung dia. Baby yang sangat comel. Tak sampai setahun lagi kot umur nya. Nanti bila akak ada anak, awak nak tak kawen dengan anak akak? Lalala. So nanti kena panggil mak cik la, tak boleh panggil akak. LOL.

Tambah satu

Bertambah satu hari lagi kejayaan i. Terasa begitu bangga sekali, walau pon dalam hati ada sikit rasa bengang.

Ok, intern harini tak buat apa since sv i cuti. Just duduk dalam office and tlg buat kerja pen-kerani-an. Boring.

Thursday, May 6, 2010

Bagai menunggu kucing bertanduk

Sudah berjaya selama dua hari. Tahniah buat diri i sekali lagi. Satu pencapaian yang besar. Lalala. Sepatutnya dah lama i buat ni. Tapi cuma sekarang baru i terasa sedikit kuat.

Ok, i nak pergi breakfast. Kemudian bertolak ke office. Sayang kamu semua!!

Wednesday, May 5, 2010

Terbakar la i.

Mulai sekarang i macam rajin je nak buat entry kan? Satu malam at least dua entry. Super rajin. Satu pasal internship, satu lagi macam biasa la, pasal apa yang i rasa. Malas nak campur semua cerita dalam satu entry. Macam panjang sangat, mesti malas baca kan?

Ok now pasal internship harini.
Harini i berpanas terik sebab ikut sv i pergi tengok cabinet and baiki wiring. Terbakar i ok. Nasib baik la kat department ni sampai end of next week je. Kalau tak, mesti i lagi hitam dari manggis kan? LOL. Tapi better la, daripada tak buat apa- apa kan. Lepak kat office je is boring ok. Biasanya sv i akan masuk lewat sikit. Sebab rumah dia agak jauh la.

Pagi- pagi masuk je office i buat buku log dengan Pok Ju. Bincang nak tulis apa. Bila dah habis tulis, borak- borak sikit then tolong kerani kat situ, Makcik Noor buat record untuk complaint. Agak bosan, tapi sebab kerja tu berjaya kill the time, it's ok with me. Then Pok Ju keluar pergi minum, tapi i malas nak ikut sebab panas. So i lepak sorang kat office tu dengan Kamal je, si technician. Sedar- sedar i dah tertido :P Sempat je i kan. Lepas tu sv i masuk office and ajak i and Pok Ju keluar. Pukul 3.30pm balik rumah dah. Sporting habis la sv i :)))

Lupa nak buat profile description.
Pok Ju: Classmate i di UTHM. Kami ber- internship di tempat yang sama. Tinggal di Paka juga, sama dengan i.
Tuan Shamsuri: SV kami di Access department, Paka. Sangat sporting and selalu belanja kami minum lepas keluar jumpa costumer :P
Kamal: Technician muda di Access department, Paka. Baru je kerja dalam dua bulan lepas.
Pak Wahab: Technician tua (LOL) di Access department, Paka.
Kak Noor: Kerani di Access department, Paka. Umur dia dah sebaya dengan mama i.

So semua staff di office ni hanyalah empat orang, termasuk i dan Pok Ju enam orang la. Sekian.

Aku bahagia melihat kamu bahagia

Why am i so afraid to lose you, when you are not even mine?

Sungguh, walau pun mungkin aku yang akan sengsara.
Merana buat seketika.
Tapi aku pasti gembira bila lihat kamu bahagia.
Walau pun kadang- kadang aku terfikir.
Adakah aku tidak berhak menggapai bahagia itu?
Melihat kamu tersenyum dari jauh.
Itu sudah membawa bunga- bunga dalam hatiku.
Untuk kamu, moga kamu tahu.
Betapa aku tidak sanggup lagi.
Merasa kepahitan itu.
Dan tidak mahu kamu turut merasa.
Moga kamu sentiasa gembira dan bahagia.
Selamanya.

Hebat kah i harini?

I rasa diri i hebat sangat harini sbb i berjaya men-avoid-kan diri i dari buat benda yang selalu buat setiap hari. So, hari ini berjaya satu hari. Tahniah Azreen. Anda mmg hebat. Anda lah juara. *Terpengaruh dengan iklan generasi hebat brands AF* Esok kena cuba lagi untuk tengok hasilnya. Baru sehari. I nak kalau boleh biar lah seminggu. Nanti bila dah seminggu, jadi dua minggu, tiga minggu, sebulan, dan seterusnya. Sebenarnya i tak percaya pon yang i boleh buat. Tapi tu la, berjaya juga walaupun sehari kan. And dia buat macam biasa je. Tak ada respond pon. So i fikir apa yang i tengah buat ni betul la kot.

Sebelum keadaan menjadi bertambah parah, sesak dan menyakitkan, baiklah i undur diri. Sebab i rasa ini yang terbaik. I tak nak benda yang sama berlaku pada i dua kali. Cukup la sekali terasa sakit yang amat. I tak sanggup untuk tempuhinya buat kali kedua.

Sedangkan, sakit yang dulu tu pon masih lagi i terasa kadang- kala datang menjenguk hati i. Aish. Jadi, perlahan- lahan i akan cuba. Kalau i buat secara mendadak, nanti terkejut pula urat saraf otak i semua kan. So, step by step. I yakin i boleh. Ni baru beginning, so yakin sangat yang i mampu. Cuma perlu sibukkan diri dengan benda lain dan jangan fikir sangat pasal ini, pasti boleh.

Tuesday, May 4, 2010

Better than yesterday

Second day at intern was better. Finally i dapat schedule apa yang akan dibuat sepanjang 10 weeks of internship. Not bad. First week, which is this week and second week akan ada di SAF/ Access department. Third- fifth week Transmission department, sixth- eighth week at Data department and finally ninth and tenth week at Switching department. Rasa lega bila dah nampak jadual, walau pun tak nampak lagi apa yang akan dilakukan.

So tadi i dah pergi ikut sv lawat site, baikpulih alatan. Sbb SAF/ Access ni termasuk dalam Operation and Maintenance (O&M). Oh, dan tempatnya ada lah di Paka. I suka ok, sbb tak payah pergi Dungun. Dekat sikit dengan rumah i. So minggu ke tiga baru balik ke Dungun.

Kesimpulannya, harini better than yesterday.

Monday, May 3, 2010

Ambil

Ok, this one i dapat from my friend's status on FB. Boleh tak nak copy paste? Lalala~~
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sehinggalah kita KEHILANGANNYA.. Tetapi sungguh benar, bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita miliki sehinggalah kita MENDAPATKANNYA....

Kau ada dia

Jika kau ubah fikiran


My first day at internship.

Hari first intern. Meh i nak cerita. Mula- mula i sampai and terus tanya pak guard tu kat mana nak lapor diri. Bila naik je atas tu, staff situ cakap yg sv i cuti seminggu and suruh i balik. Apakah? Ada ke patut? Teruk betul. Dah la i datang bukan dekat. Then i lepak kejap and ada la senior staff yang datang and brief sikit- sikit pasal distribution point, transmission, bla bla. Then tinggalkan i and Pok Ju duduk kebosanan di situ. Dah la tempat tu tak macam office pon. Harap je bangunan besar. Meja ber- partition pon tak ada, inikan pula pc sebiji sorang. Terpaksa la i kebosanan. Nasib baik i bawa juga novel sebuah. Then lepak lebih kurang, Pok Ju ajak i balik. Pukul 11 am i dah ada kat rumah. Aish. Cepat la sv balik, harap- harap tak mati kebosanan la i.

Sunday, May 2, 2010

Bilakah saat itu akan tiba?

Tak tahu apa yang i rasa sekarang ni. Hard to explain by words. Yang pastinya, ia nya bukan perkara yang indah. Bukan perkara yang menyenangkan. Ia nya bisa membuatkan luka yang sudah lama sembuh kembali berdarah. Malah lebih dasyat dan menyakitkan. Sukar diubati, namun bukan mustahil. Cuma perlukan kesabaran, waktu dan 'penyembuh' yang sesuai. Cuma perlu nantikan saat itu tiba.

Untuk kamu.

Happy 23rd Birthday
2 May 2010

Saturday, May 1, 2010

Selamat

I dah sampai rumah malam tadi dah. So maknanya sekarang ni i tengah menulis from my hometown. PAKA. Suka sangat. Beban belajar pon dah habis, tapi baru sekarang i sempat nak update blog. Sbb? Bilik i sumpah bersepah gila barang banyak sangat tak sempat nak unpack. Ni pon i dah start kemas- kemas dari pagi tadi tapi masih tak siap. Banyak sangat barang. PC pon still tak kemas lagi, ni i pakai laptop abang i ok. I cuma nak cakap yg i selamat sampai sudah.

Ada banyak nak cerita, tapi pening kepala la mengadap laptop ni. Nanti i dah siap kemas, i update lagi. Oh ye, Isnin ni (3th May) i akan start internship.

Lovelove,