The Fans

Wednesday, May 5, 2010

Terbakar la i.

Mulai sekarang i macam rajin je nak buat entry kan? Satu malam at least dua entry. Super rajin. Satu pasal internship, satu lagi macam biasa la, pasal apa yang i rasa. Malas nak campur semua cerita dalam satu entry. Macam panjang sangat, mesti malas baca kan?

Ok now pasal internship harini.
Harini i berpanas terik sebab ikut sv i pergi tengok cabinet and baiki wiring. Terbakar i ok. Nasib baik la kat department ni sampai end of next week je. Kalau tak, mesti i lagi hitam dari manggis kan? LOL. Tapi better la, daripada tak buat apa- apa kan. Lepak kat office je is boring ok. Biasanya sv i akan masuk lewat sikit. Sebab rumah dia agak jauh la.

Pagi- pagi masuk je office i buat buku log dengan Pok Ju. Bincang nak tulis apa. Bila dah habis tulis, borak- borak sikit then tolong kerani kat situ, Makcik Noor buat record untuk complaint. Agak bosan, tapi sebab kerja tu berjaya kill the time, it's ok with me. Then Pok Ju keluar pergi minum, tapi i malas nak ikut sebab panas. So i lepak sorang kat office tu dengan Kamal je, si technician. Sedar- sedar i dah tertido :P Sempat je i kan. Lepas tu sv i masuk office and ajak i and Pok Ju keluar. Pukul 3.30pm balik rumah dah. Sporting habis la sv i :)))

Lupa nak buat profile description.
Pok Ju: Classmate i di UTHM. Kami ber- internship di tempat yang sama. Tinggal di Paka juga, sama dengan i.
Tuan Shamsuri: SV kami di Access department, Paka. Sangat sporting and selalu belanja kami minum lepas keluar jumpa costumer :P
Kamal: Technician muda di Access department, Paka. Baru je kerja dalam dua bulan lepas.
Pak Wahab: Technician tua (LOL) di Access department, Paka.
Kak Noor: Kerani di Access department, Paka. Umur dia dah sebaya dengan mama i.

So semua staff di office ni hanyalah empat orang, termasuk i dan Pok Ju enam orang la. Sekian.

No comments: