The Fans

Thursday, May 27, 2010

Bukit Kemuning again.

Harini i naik Bukit Kemuning lagi. Sampai je tengok kontraktor pasang tower tak siap lagi. Kagum gila i tengok sorang mamat ni relaks je panjat tower nak betulkan tali yang tersekat kat tengah- tengah tower tak pakai apa- apa safety. Sampai i pula yang rasa takut tengok dia.

Then sv i terangkan pasal microwave suma. Related equipment, frequency, antenna, feeder, bla bla. Tiba- tiba teringat RF je bila dia cerita semua pagi tadi. Sebab memang banyak kaitan juga. Huhu. Menci la i. Tak suka RF. Lalala.

Then macam biasa, lepak kat puncak tu borak- borak and tido. LOL. Pukul 2.30pm cmtu sv i hantar balik rumah. Suka sangat sebab balik awal. I lap u la En. Ariffin. Lalala. Oh ye, Ahad ni i cuti. U olls cuti tak? Ok, untuk orang yang tinggal/ kerja di Pantai Timur je ye. Orang lain tak payah mengada sebab Ahad memang weekends kan untuk korang. Cuti Hari Wesak katanya.

Masa i kecik- kecik dulu, i ingatkan puncak bukit tu macam kecik gila la. And tajam. Sebab kan selalu kita lukis gambar bukit puncaknya 'puncak' kan? Faham tak? Ok, tengok gambar ni.

Haha. I memang fail la bab melukis ni. Yang tanda merah tu la puncak yang i maksudkan. Siap lukis matahari lagi (-.-')

Rupa- rupanya puncak bukit tu landai je, kita siap boleh lepak atas tu eh. Apa la i ni.

Babai. Have a nice and happy weekend everyone.

No comments: