The Fans

Wednesday, May 26, 2010

Bukit bukau sana sini

Oh, lamanya rasa tak cerita pasal internship (-.-') Sekarang ni sampai next week i still akan ada di unit transmission. And now i bersama microwave department. Last week di multiplex. Dalam multiplex tu juga ada belajar pasal fiberoptik (FOC), PDH, SDH, CAMS and banyak lagi la. Lupa la, kena tengok buku log ke dulu? :P

Semalam i naik Bukit Bauk, Dungun untuk tengok stesen pemancar sebab radio RTM ada alarm katanya. Then ke Ketengah Jaya and Jerangau untuk tengok cabel yang putus. Harini most of the staff pergi buat splicing cabel since ada cabel yang putus teruk, tapi depa tak mau bawa i sbb i ni perempuan. Sedeh kan? Nanti balik lewat susah pula. Ok, fine. Oh ye, semua staff unit ni lelaki and i sorang je perempuan di situ. Nasib baik juga staffs semua baik and anggap i macam anak sendiri. Sporting habis borak semua. Yela, semua dah sebaya dengan parents i.

And harini plak i pergi naik Bukit Kemuning, Kemaman untuk ke stesen pemancar kat situ plak. Ada alarm apa ntah, tapi tak boleh nak buat sebab ada orang tengah buat kerja tambahkan ketinggian tower. So balik je ke rumah lepas lepak tido lama gila atas bukit tu. Sabar je la.

Esok mungkin naik bukit lagi. Penat la, padahal bukan kena daki pon. Cuma duduk diam- diam je dalam Hilux pasang air- cond kuat- kuat :P Tapi memang penat la bila kena buat kerja luar.

No comments: