The Fans

Friday, May 7, 2010

Mee Kari dan Adam

Harini Jumaat, means kawasan Terengganu dah start weekend. So i cuti harini. Teruja betul. I cakap ngn mama nak makan mee kari so mama belikan kerang and udang. I masak mee kari yg super sedap. *Tak malu puji masakan sendiri. Lalalala* I sambung kemas- kemas lagi bilik i yang tak habis kemas lagi, walau pun dah seminggu tinggal kat rumah. Pemalas betul la perempuan ini.

Ingat nak ajak Acik Ginger i pergi pasar malam kat Dungun harini. Pasar malam dia super besar ok. Sangat puas hati la nak berjalan- jalan. Tapi malangnya, beliau tak balik sebab nak pindah rumah. Tapi kata nya akan balik juga sebab nak ambil baju yang mama i jahitkan untuk dia. Tengok la nanti.

Semalam i pergi rumah jiran i untuk hantar baju yang mama dah siap jahit. And i pertama kali berjumpa dengan anak dia. Jatuh cinta pandang pertama i pada si Adam. Sumpah hensem gila. Kulit cerah, mata bulat and pipi gebu. Geram je i nak cubit- cubit pipi dia. Dah la tak menangis bila i dukung dia. Baby yang sangat comel. Tak sampai setahun lagi kot umur nya. Nanti bila akak ada anak, awak nak tak kawen dengan anak akak? Lalala. So nanti kena panggil mak cik la, tak boleh panggil akak. LOL.

No comments: