The Fans

Friday, January 27, 2012

Engagement Review: Makanan & Khemah/ Kanopi

Now baru rasa rajin nak review pasal engagement haritu. Ok, start dengan benda yang paling senang lah which is makanan & Khemah/ Kanopi. Sebab benda ni simple and sikit, so i gabungkan jadi satu entry je lah.

First pasal makanan. My mum awal- awal lagi tak bagi nak amek katering sebab dia cakap nanti tak puas hati. And biar lah ada kenangan katanya. Yelah, anak dia 3 orang je so nak la puas hati. So yang ni memang betul2 mama yang uruskan. Tukang rewang/ masak siapa lagi kalau bukan kawan2 mama, jiran2 and sedara mara. Menu makanan pada hari itu:
  1. Nasi putih
  2. Nangka masak lemak
  3. Ayam goreng berempah
  4. Gulai daging
  5. Kerabu taugeh + kerang
  6. Ikan Masin. Ada 2 jenis, satu bulu ayam & satu lagi ikan masin biasa tu (tak tahu nama)
  7. Sambal belacan
  8. Buah limau
  9. Air ada 2 jenis, sirap & oren
  10. Dessert puding utk tetamu
Semua fully home made. Depa start masak pagi majlis. And ok lah, i puas hati dengan hasil semua. Bersyukur dengan apa yang ada. Hehe. Yang lebih2 tu mama bungkus and bagi pada orang yang banyak tolong.

And khemah pula sangat simple. Mama amek dengan majlis daerah. Sangat lah murah. Cuma RM++ je. Tak nak tulis harga, nanti jadi issue :P And tak sampai seratus. Tapi cuma ada 1 kanopi A, 1 meja bulat, 4/6 meja panjang, and kerusi. I tak ambil tahu pon. Hahah. Teruk. Ni pon semua mama yang uruskan hal sewa & all.

Cuma malam majlis i & adik hias2 letak skirting pada meja & letak scallop dekat khemah serta bunga- bunga hiasan. Cuma malam tu tiba2 hujan so bunga from crepe paper tu basah kena hujan, nampak tak cantik, turun warna & layu je. Tapi tak boleh nak cakap apa2 lah, dah hujan nak buat macam mana kan.

Ok, layan gambar khemah & makanan dulu.


Nampak tak bunga layu i yang mention earlier :(
Gambar setting khemah dari depan.
Pandangan sisi.
Dari dalam khemah.

Meja hidangan VIP untuk family belah lelaki.
Nampak bunga layu? And meja buffet.
Pandangan rumah dari depan.
Rewang.
Thanks kepada semua yang membantu menjayakan majlis, walau pon bukan depa baca pon blog ni. Hahaha.

No comments: