The Fans

Friday, June 3, 2011

Isu Blog Adinda: Tegur secara berhemah.

Sekarang ni kecoh gila pasal isu Blog Adinda tu kan? Ala, yang budak perempuan umur 14 tahun tu. And berani mati gila dia mengaku yang dia tak virgin. Tukar bf pon dah macam tukar baju je. Jumpa kat kedai makan, dekat pavilion, kenyit- kenyit mata sikit dah couple. Then 3 hari lepas tu break- up. Jumpa lelaki lain, then the stories goes.

Aish. Masalah betul lah budak- budak sekarang ni. Kecil- kecil lagi dah macam- macam hal. Benda ni kita seriously kena pandang serious kan. Bayangkan lah, kalau budak umur 14 tahun dah tak ada dara. So bila first time dia? 12 tahun? 11 tahun? Sekarang ni benda- benda macam ni nampak macam perkara biasa padahal benda macam ni la yang paling teruk kita kena fikirkan.

Tapi apa yang i nak tekankan sebanarnya bukan pasal adik Adinda ni sendiri. Tapi pasal blogger- blogger kita. I tengok so far adik ni dah ada lebih kurang 900++ follower. And blog dia start dalam akhir tahun lepas je. Pencapaian yang hebat, even i pon ada 32 follower je. Haha!

Kita sebagai orang Islam ni, kalau nak tegur mesti lah elok- elok sikit. Agama kita pon tak pernah ajar kalau nak tegur orang mesti kena mencarut panggil orang tu si*l, bab*, puk*, sund*l etc etc. Ada ke? Tak ada kan? Agama kita agama yang mulia. Malu lah sikit. Nak tegur orang kena lah berhemah sikit. Malu gila i baca comment- comment orang kat situ semua.

Kita tak pernah diajar untuk tegur orang dengan cara macam tu (perkataan kasar). Dah la budak tu baru nak naik, baru nak kenal dunia. Usia remaja baru nak pilih path of life. Kena pulak macam tu. Kalau dia buat benda bukan- bukan macam mana?

Fine, memang dia salah sebab dah jadi macam tu and dia "tak sengaja" ter-cerita pada dunia. Tapi dia kan manusia. Manusia buat salah. Amd dia ada hak untuk berubah dan bertaubat. Solution nya, kita mesti tegur dia dengan cara elok. I bukan back up adik tu, cuma i tak suka dengan trend nasihat secara kasar ni. Siapa ntah yang cipta trend ni?

No comments: