The Fans

Tuesday, June 21, 2011

Pilihan dalam hidup. Kena fikir betul- betul.

Dalam hidup kita, mesti ada banyak pilihan kan? Cuma kita yang perlu pandai buat keputusan samada nak pilih A atau B. Kadang- kita kita dah ada sesuatu, tapi kita nak lebih. Bila nak lebih, mesti banyak pula yang akan dikorbankan.

Contohnya, sekarang kita sudah bekerja. Kerja senang, tak pening kepala, banyak masa terluang nak tulis belog, main game (ehem!), colleague so-so, gaji boleh tahan la. Cuma biasa lah mesti ada kekurangan sikit kan? Macam tak ada OT, elaun sikit and company tak besar mana. (Tapi company kecik pon ada banyak advantage apa?)

Jadi kita yang tamak ni, akan mula nak cari kerja yang better. Lagi- lagi bila parents bising, bandingkan dengan adik/ abang and suruh cuba cari kerja baru. Kita mula fikir, kerja sekarang bagus, tak pening kepala, tapi gaji sikit. Tapi nanti kalau dah dapat kerja baru di company yang well- known, gaji banyak, elaun banyak, then kerja pon banyak, pening kepala, asyik kena buat OT je, sampai tak ada life "-_-

So apa solution nya? Nak stay dengan kerja sekarang atau nak tukar kerja? Kita akan mula stress, mintak pendapat semua orang yang boleh dipercayai, fikir- fikir dan mula rasa berbelah bahagi kan? Confirm, tak tahu nak fikir. Lagi- lagi bila teringat dekat parents yang bising- bising kan?

Akhir sekali, masih lagi bekerja di tempat sama yang lama. Malas nak ambil pusing. Itu tidak bagus rasa nya, kita kena la berkorban sikit untuk dapatkan yang lebih. Jangan takut nak hadapi cabaran dalam hidup. Lama- lama, kita akan rasa benda yang susah pada mula nya macam kacang putih je senang nya. Bak kata orang, alah bisa tegar biasa?

p/s: Eh, kenapa macam ada kena mengena dengan kisah sendiri je ni? :P:P:P

No comments: