The Fans

Thursday, April 14, 2011

Mari berbalas pantun

Harini i nak reveal something about my boyfriend. I baru tahu yang dia pandai pantun. Comel sangat. Actually i tertengok pantun ni dekat TV, then i text lah si dia (copy paste).

Sudah lama tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi,
Sudah lama tidak ku pandang,
Jauh di mata dekat di hati.

Then si dia replied:

Bunga raya duduk tersusun,
Kuih ketayap di atas alas,
Kalau dinda berpantun,
Biar kanda membalas.

I yang tidak lah pandai berpantun ni terus kagum. Haha! Then tak tahu dah nak balas apa. Later petang tu, time dia nak pergi main volleyball dia text i:

Andai cinta tak dibalas,
Andai kasih tak bertaut,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau.

Kena kutuk dengan i sebab langsung tak seirama :P So petang ni he came out with a new version which is better:

Biar mata tidak menatap,
Tetap di hati terasa sayang,
B i nak g main jap,
Dah balik nanti bagitau ye yang.

Bangga ada bf yang pandai berpantun. U all ada? Hehe. Mesti dulu time sekolah u join team pantun sekolah kan syg? Hebat tau :)

No comments: