Harini i macam terpanggil nak tulis sesuatu. Tapi, since i bukan lah expert sangat pasal make- up ni semua and i pon tak ada lah nak beli make- up mahal2 bagai semua. Yang i pakai pon cuma lah yang murah2 macam Elianto, Maybelline, Silky Girl and mahal SIKIT macam SimplySiti, Face Shop & Body Shop. Tak adalah i sampai nak beli MAC ke, Bobbi Brown ke, apa ntah nama lagi i pon tak tahu lah.
Sebab nya, ye i memang ber-make up. Tapi yang minimalist saje. Cuma bedak, eyeliner, lipstick, and blusher sikit2. I tak reti lah nak ber-smoky eyes bagai. Cuma kalau rajin baru letak eye shadow sikit macam tu lah. Ikut keperluan. Kalau setakat p ofis, i cuma pakai bedak & lipstick sahaja. Memang lah ada keinginan nak beli make up yang berjenama bagai, tapi rasa macam membazir pulak. Sebab? I memang tak ada duit. Haha. Yes, i'm cheapskate like that. That's why i tak opt for branded stuff. Tapi, i will never go for a tiruan make up. A big NO NO for me.
Pertama, kita tahu kebanyakan make up tiruan ni adalah dari China. Kita tak tahu apa bahan kimia yang dia letak dalam tu. Akan sebabkan bayak keburukan pada kulit muka kita. Memang i takut lah nak beli make up dekat up town pasar malam segala. I hanya akan beli make up dekat tempat yang betul sahaja. Biarlah pakai elianto atau silky girl yang murah tu daripada MAC pasar malam. For me lah.
So point i kat sini. Ha??? Baru masuk point penting ke? Hahaha. Punya lah panjang berjela pendahuluan. I ada selalu terbaca satu blog ni. Dia ni boleh dikatakan MUA lah jugak. Selalu make up kan orang untuk ke majlis2 rasmi, majlis tunang and perkahwinan. Tapi kan, dekat blog dia tu menjual make up MAC, Bobbi Brown segala dengan harga murah. Kalau MAC eye shadow 88 pallet tak sampai RM50, apa maksud tu? Ok, i memang tak tahu. Tapi i rasa itu bukan original kan. I bukan nak tutup periuk nasi orang, i cuma tefikir je bila dah selalu baca blog dia.
Tapi i tak tahu lah pulak rate make up dia sebab i pon tak pernah pulak nak mintak quotation dari dia. Tapi cara dia make up boleh tahan lah lawa nya. Pandai buat macam2 style. Jadi, i nak tanya. Korang agak2, barang yang dia guna untuk make up orang tu ori ke atau macam mana? Fikir2 kan, dan selamat beramal.
p/s: Gambar sekadar hiasan, hasil google-an.
Why I English
2 months ago
No comments:
Post a Comment