The Fans

Tuesday, May 15, 2012

Jangan marah- marah

Harini masuk je ofis pagi2, dah kena marah dengan bos. Ye, memang salah i pon. I ter-delay buat benda tu sangat lama. Tapi kan, kena la faham. Bukan i tak focus and all, tapi kan before ni semua benda i sorang je yang kena buat. So kalau ada yang ter-overlook tu mcm agak biasa lah kan? Lain kali, jangan lah harap i sorang nak buat semua kerja. U too have to be responsible. Tak kan lah kerja kau asyik2 nak cari client je? Macam lah dapat sangat pon kan? And benda lain semua tolak pada aku?

Pastu tiba2 ada pulak orang meroyang membebel apantahakupontaktahu bising gila. Tak faham langsung. Dari semalam lagi. Pastu dia boleh compile semua tu nak meletup kebabom tiba2. Benda yang tak patut nak marah, ko boleh bebel sampai setengah jam, memang hebat lah. Pastu siap boleh berenti2 pastu sambing balik lagi. Siap cakap orang tak respect kau sebagai kakak. Kalau ko nak tahu, sebab respect lah kami semua ni malas nak lawan ko. Senyap je. So, fikir lah sendiri ok.

Kesan nya, harini memang macam tak ada mood je nak buat kerja. Nak mintak cuti half day hari jumaat nak balik kampung pun tak berani dah. HAHAHAHA.

Esok nak balik awal pulak, nak ambil adik dekat KLIA. Nasib ko lah adik. Harap2 semua berjalan lancar & depermudahkan-Nya. Aminn.

No comments: