The Fans

Friday, May 4, 2012

Wedding Tutorial: Pomander Ball #DIY

Salam B2b semua. Harini i nak share satu tutorial/ DIY yang i buat for my wedding. Ok, maybe benda ni macam simple gila tak payah buat tutorial pon tak apa. Tapi biarlah, saje2 nak share. Kan sharing is sexy. Hahah. So lets get started.

Bahan- bahan yang diperlukan adalah:
1. Polistren bentuk bulat. Ada macam2 size, pilih ikut size yang dikehendaki. And just to inform, nanti lepas dah siap, pomander ball kita akan jadi lebih besar daripada size polistren asal tu. So, choose wise :)
2. Bunga- bunga kecil. Ikut citarasa. I beli bunga ni dekat sayang you, semua house. Only Rm1.50 satu packet. Boleh dapat untuk sebiji bola i.
3. Gunting
4. Manik
5. Gam pistol & lilin nya.
6. Reben.
 
Mula- mula ceraikan/ gunting bunga daripada dahannya. And kita akan dapat bunga sekuntum2.
 Then lekatkan bunga tadi pada polistren 1 by 1. Tak kesah sangat nak ikut line ke tak, sebab at last dia tetap akan jadi bulat.
 Lekatkan lagi sampai penuh bola tadi.
 Lepastu jangan lupa letakkan manik pada bahagian bawah, and reben pada bahagian atas. Lupa nak ambil gambar time lekatkan reben. Tapi cara dia sama je. Just letakkan macam tu.
 Penuhkan bunga pada keseluruhan bola sampai cover tempat kita lekatkan reben & manik tadi.
 Tadaaaa!! Dah siap, boleh gantung sesuka hati. Kalau tak faham, boleh tanya i :)

No comments: