The Fans

Monday, May 14, 2012

Wedding Review: Aini & Hafiz (13-05-2012)

Jadinya last week i pergi wedding housemate time Degree dulu dekat UTHM. Aini nama nya. Orang nye kecil molek comel lote. Aini & hafiz ni dah lama bercinta, kalau tak silap time depa degree lagi. Aini jadi housmate i time dia amek Masters. So semalam i pergi lah wedding Aini dengan Amal, classmate i tapi duduk rumah sebelah. Ahh, complicated betul la intro. So straight to the point.

Reception Aini & Hafiz diadakan di Dewan Kelab Kilat TNB, Bangsar. Nasib baik la tak sesat. Senang pula i cari jalan time ni. Time kami sampai dalam pukul 12.30pm tu tak ramai lagi orang, so kami makan dengan sesukahati. Makanan dia mak aih sedap gila. Rugi pulak tak ambil banyak2. Hahah. Ada nasi putih, nasi beriani, lauk ayam bakar madu, sambal sotong, daging goreng black pepper, ada 2 jenis lauk lagi kot *lupa*, rojak buah, bubur Cha Cha. Ok, penat taip makanan sambil terkenang2 sebab sedap gila. Tapi makanan langsung lupa nak amek gambar. Hihi. I cuma sempat amek gambar ni je. Katering dia adalah Noranom. Harga i tak tahu, tapi serious sedappppp.

 Sebab tak ramai orang sangat lagi time pengantin sampai, so kami pon naik lah atas stage untuk jumpa dengan Aini salam2 and all. Ni gambar pelamin, tapi ramai gila orang so tak nampak pon pelamin sebnarnya. Hahah. Jahat betul aku. Tapi, pelamin dia nice. Simple je pada i, tapi i like. Less is more orang cakap. Tema dia purple biru memang naik sangat.
 Ha, ni pulak gambar pengantin yang super gorgeous. Love to the max. Baju simple, tapi sangat cantik. Adore sangat.
 And yang best jugak, dia ada Wish Tree a.k.a Guest Book Corner. Tapi tree dia agak besar, tak tahu macam mana Aini nak frame or buat apa dengan wish tree dia lepas ni.
 Ni pulak entrance nak masuk ke dewan. Cantik jugak. Pelamin dia pon ala2 bentuk macam ni. Macam Cinderella punya kereta kuda kannn? Lawa. Nak pelamin bentuk macam ni lah please :)
 And last but not least, doorgift yang awesome jugak. Tengok apa dia?
 Bunga telur dolly paper yang sangat creatif, and telur tu adalah telur masin. Camne nak buat bunga telur pakai dolly paper ye? Macam senang je, tapi tak tahu nak buat. Any idea?
 And dalam kotak tu ada muffin chocolate yang sedap gila. And also bekas plastik kecik ada kurma & buah2 kering dalam tu. Mungkin boleh jadi inspiration pada B2B lain.
To Aini & Hafiz, congrats on your wedding. Selamat menjadi kekasih halal.

No comments: