The Fans

Thursday, February 10, 2011

Resepi Kek Keju Tanpa Bakar

Tadi i blogwalking and terjumpa la resepi ni. So, harus letak kat blog dulu & marked and bila i rasa nak cuba nanti, i akan buat lah. Satu hari nanti mesti buat jugak :P Cara dia macam senang je, tak payah bakar sebab rumah sewa i ni tak ada oven. And gambar dia nampak sedap, tak tahu lah +_+ Maybe weekend ni boleh buat kalau rajin.

Bahan-bahan:
1) 100 gram biskut perisa coklat – hancur kasar
2) 1 ¼ cawan biskut perisa coklat – hancur halus
3) 50 gram mentega
4) 3 sudu besar gelatin sayuran
5) ¼ cawan air suam
6) 500 gram krim keju
7) ½ cawan gula kastor
8) 1 cawan krim segar
9) 2 sudu besar jus lemon

Cara Penyediaan:
1) Satukan biskut yang dihancur kasar bersama mentega. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang kek yang boleh dibuka tepi berdiameter 20cm. Mampatkan adunan biskut ke dasar loyang hingga rata dengan menggunakan belakang sudu. Masukkan ke dalam peti ais seketika untuk keraskan dasar kek ini..

2) Larutkan gelatin dalam air suam. Masukkan krim keju dan putar hingga lembut. Masukkan gula dan teruskan putaran sehingga sebati.

3) Masukkan jus lemon, krim dan biskut yang dikisar halus. Kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaan atasnya dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam atau sehingga kek menjadi pejal.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Source

No comments: