Dalam entry kali ini, i nak mengimbau kenangan lalu. Aceceh. Sebenarnya ni semua gambar time tabika i, which means i umur 6 tahun. Dulu i belajar dekat Tabika Perpaduan Taman Cenderawasih, Kuantan. Cikgu time tu Cikgu Nado (baju putih) & Cikgu Saikhah (baju kuning). Cikgu Saikhah ini adalah mama i. Tahun pertama dia mengajar sebagai cikgu tabika. I love u mum! *Eh, tiba- tiba*
Gambar ni semua time akhir tahun, ada yang macam hari penyampaian sijil ke apa kan. Then kami buat tarian. Lagu nya Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus bla.. bla.. Ingat lagi ok.
Time i tabika, i paling rapat dengan Liyana (on my right) & Fazian (kanan sekali). *Sila refer gambar di atas* I sangat best friend dengan dia orang. Tapi bila i dah pindah ke Paka (time darjah 5), jarang contact sangat. Tapi i pernah lah naik bus time i sekolah menengah kot. Ke darjah 6, datang Kuantan semata- mata nak jumpa kawan- kawan ni semua. Haha. Comel je. Berani gila i. Tapi now thanks to Facebook sebab telah temukan i semula dengan kawan- kawan.
Apa yang i rasa paling sama pasal i sampai lah sekarang kan, i sangat susah nak senyum. Or sebenarnya i tak reti senyum kot (?) Tengok lah, semua gambar i masam je tak nak senyum. Sampai sekarang ok. Still sama :P
Fisrt time tengok gambar ni semua bila dah besar, seriously i gelak guling- guling sambil cakap OMG! Comel nye i. Hahaha. Tapi zaman kanak- kanak sangat best tak payah fikir masalah apa- apa. Kalau ada pon masalah comel sebab fikir nak beli jajan/ gula- gula/ cokelat tak ada duit kena mintak dengan mama. I rindu zaman kanak- kanak i.
Anda semua bagaimana?
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment