The Fans

Monday, February 21, 2011

To Broga Hill then to Port Dickson


Broga Hills
Well, after few times Ejat ajak i naik Broga, akhir nya i naik lah jugak. Dengan tak ada preparation/ training semua terus i naik. Dah lama kot tak bersenam tegangkan urat- urat. Kesan nya, harini habis satu badan i sakit :(

Mula- mula Ejat planned dengan coursemate dia, tapi last- last i, Ejat & Ewe je yang naik. Coursemate Ejat entah ke mana ntah -_- Pagi tu, gerak dari rumah dalam pukul 5.30 am macam tu lah. Itu pon lepas siapkan sandwiches & scramble eggs :) Gerak ke Semenyih & amek Ewe kat sana. Sampai kaki bukit dalam pukul 6.45 am (itu pon lepas sesat2 nak amek Ewe) then terus gerak panjat.
Ni lah Ejat si housemate
Ewe ni pon YTD-ians
Broga tak lah mencabar sangat time nak naik. Tapi, nak turun yes. Curam gila. Seriau i. Tapi releks je i tengok ramai kot budak- budak kecik & mak cik- mak cik naik +_+ Rasa tercabar. Tapi x dapat tengok sunrise sebab ntah lah. Tiba- tiba tak ada pon matahari. Haha.

Lepas turun ingat nak mandi air terjun, tapi tak jadi. Amek Mat Yie & dia bawak kami pergi makan brunch. Time tu dah pukul 10.30 am la jugak kot. Lepas makan yang sedap tu, Ewe cakap nak pergi PD sebab nak tengok kereta (Ewe & Mat Yie ada buat bussiness kereta).
Tunggu Mat Yie & Ewe
Tapi kereta depa rosak kat UPM malam tadi so terpaksa naik kereta Ejat lah. Actually nak pinjam, so macam fully supported by the boys la. The girls ni macam menyibuk je ikut. Haha. Tak pasal- pasal.

Before ke PD, ke UPM dulu ambil kereta dengan tow truck. Sempat lah jugak singgah dalam UPM ada macam jual- jual maybe dia orang ada pesta apa- apa lah kot. Kalau tak silap i, dekat Kolej Serumpun nama dia. I & Ejat siap beli baju lagi sebab kata nya nak ke PD kan, tapi kami x mandi lagi :P
Beli baju kat UPM, terus pakai :P
Lepas dah settle dengan tow truck, terus je gerak ke PD untuk jumpa brother yang nak jual kereta tu. I dengan Ejat sumpah bosan gila tunggu the boys settle kan urusan, duduk dalam kereta je lepak- lepak tido- tido makan- makan sandwiches yang di bawa. Akhirnya urusan selesai ingat nak ke PD mandi, tapi sudah terlewat :(

Brother tu tengah test kereta sendiri yang nak dijual
Jadi, ke PD hanya bergambar di pantai & makan Nasi Kukus Ayam Bakar yang sumpah sedap dengan pekerja bergaya ala Cowboy sungguh hebat. Hahah.



Nasi kukus ayam bakar yang sedap

Abang Cowboy
Akhirnya sampai rumah pukul 8.30 pm lepas hantar the boys. Balik rumah qada' mandi dengan jaya nya, tengok Mentor kejap (haha!) & terus tido lena :):):)

No comments: