The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama

Disebabkan i ada banyaaaaaakkkkk masa terluang harini, *Opsss, kantoi dengan boss i curi tulang :P*, so i dah terfikir nak buat entry untuk join Giveaway Cik Puan Bunga ni.
  1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
  2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
  3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
  4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
  5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
  6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
  7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
So i kena buat bagitau siapa yang paling cantik pada mata i? Siapa lagi kalau bukan, diri i sendiri. Lalala~~ Eh, bukan bukan. Mestilah mama saya yang palingggggggggggg cantik.

Pssttt:
Orang cakap, kalau nak tengok macam mana muka kita bila dah tua nanti, kita tengok muka mak kita :):)
Kenapa i cakap mama i cantik? Mestilah, dia kan mama i. Tengok gambar tu, kan mama i tu nampak cantik lagi kan? Umur dia dah 53 tahun tau tau tau. Tapi still, nampak cantik je lagi kan? Mama i ni memang suka pakai cantik cantik tau. Yang i selalu jealous ialah, mama i ni dah tua tapi body macam anak dara. Kurussssssss je. Benci lah. Kenapa i tak kurus macam mama? Huhu. Sedeh :( Papa pon selalu puji yang mama ni cantikkkkkkkkk sangat :) Yang penting, mama still tak ada uban even dah berumur macam ni. Rambut mama i still hitam tau :)

Pada pandangan i, cantik tak semestinya pada wajah. Yang penting pada hati. Ye lah, kalau wajah cantik gila macam Siti Nurhaliza macam Maya Karin macam Lisa Surihani, tapi perangai jahat macam syaiton, i tetap tak akan nampak orang tu cantik. Tapi bila hati dah baik mulia sopan santun peramah mesti automatically i akan nampak dia cantik. And yang penting mestilah pembersih dan tidak selekeh!! Baru lah cukup package cantik kan?

I nak tag empat orang kat bawah ni untuk sama- sama join GA ni.
  1. Ammar si BF sebab nanti kalau dia menang, mesti i nak suruh dia transfer milik hadiah jadi i punya :P
  2. Eip kembar lain parents i.
  3. Syafiza yang suka bulan.
  4. Asma si doctor-to-be.
Dan siapa- siapa je yang rasa free nak join. Silah, sila :) Oh ye, tarikh tutup pada 31 January 2011. Cepat cepat cepat!!

Kakak Bunga yang cantik menarik, boleh menang tak ni? Hehe.

2 comments:

Cik Puan Bunga said...

Ohhh bijaknya tag BF sendiri! kalau menang boleh transfer hadiah eh??hihihi! thanks for joining babe! (:

A Z R E E N said...

hehe. i memang bijak kan akak bunga? so silalah pilih i untuk menang SEMUA hadiah. oh, sungguh tamak :P