The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

Review: Sony Ericsson Hazel (GreenHeart)


Sony Ericsson Hazel. Second GreenHeart phone from SE.

Specification. Source.
Kenapa i buat entry pasal hp ni? Sebab i rasa macam best je hp ni. Hp ni merupakan hp ke- dua yang betemakan GreenHeart by SE, selepas hp pertama, Aspen. Apa itu GreenHeart? Ok, kalau kita dengar perkataan Green tu sendiri, kita mesti akan terfikirkan mesra alam kan? And yes, it is. Hp ini dicipta untuk mengurangkan pencemaran di samping meningkatkan kecekapan.

Selalunya, kita akan fikir yang barang- barang mesra alam adalah boring. Tapi kini tidak lagi *Ceewah*. Hp ini menggunakan paparan 16 million colors, ada camera 5M Pixel, auto- foucs, geo -tagging & LED flash, ada internal memory sebanyak 280MB & boleh guna microSD memory card up to 16GB, microUSB, ada Wi-fi dengan DLNA, Bluutooth dan juga FM radio with RDS, quad band GSM dan keupayaan HSPA class 3G.

Yang paling menariknya, hp ini adalah bebas dari bahan kimia berbahaya kerana dibuat daripada plastic yang recycled. Dia juga tak ada manual book, tapi hanya ada e-manual which telah menjimatkan penggunaan kertas. Kemudian, hp ini dilengkapi dengan charger yang menggunakan kurang kuasa elektrik, iaitu EP300 GreenHeart tetapi kecekapannya lebih tinggi berbanding charger biasa tauuu.

Now masuk pulak bahagian software. Hp ini dilengkapi dengan aplikasi WalkMate yang boleh kira berapa banyak carbon yang kita boleh kurangkan dengan hanya berjalan!! Aplikasi Eco Calculator pula akan kira berapa banyak pembebasan CO2 dan EcoMate akan bagi cadangan bagaimana untuk kurangkan CO2 tu :) Cool kan?

Di samping tu, hp ini juga ada Noise Shield yang akan filter noise supaya kualiti bunyi yang kita dengar jadi bagus. Dia juga ada GPS assistance with Google Maps & Wisepilot (limited time free service) dan 10 hari free weather forecast dengan Accuweather.

Sony Ericsson Hazel smart phone juga boleh hubungkan kita dengan Facebook, Myspace and Twitter.

Hp ini adalah vertical slider & gunakan keypad standard. Ada 2 warna, macam gambar kat atas tu, which are Superior Black& Passionate Rouge.

Amacam? Cool kan? Hehe. Mesra alam lah hp ini. Jom, selamatkan bumi kita!!!

Source

No comments: