The Fans

Friday, December 31, 2010

2010 & Kisah di sebaliknya.

Disebabkan esok dah nak masuk tahun baru, mari kita lump sum kan apa yang telah terjadi pada diri i sepanjang tahun ni.
  1. Berjaya siapkan thesis yg i rasa susah jugak nak siapkan coding-nya. Walau pun i dapat siapkan last minute, still i rasa bangga sebab program tu jadi. Special thanks to my supervisor, Pn. Norshidah Katiran & En. Hemli selaku c0-sv yang tak bertauliah sebab tolong i siapkan kerja ni last minute. Even sv i memang tak akan bagi student dia A, dapat B+ pon dah jadi kebanggaan.
  2. Gembira sebab i telah banggakan parents i dengan dapat graduate from UTHM on time. I ingat lagi, time i keluar dewan cari parents i and bila i salam dengan mama & papa, papa tiba- tiba menangis terharu. Cool kan? Terus kami semua berpeluk sambil menangis bersama sebentar. Bangga ok dapat konvo.
  3. I telah ditawarkan kerja sebagai Project Engineer di H*S Corporation. And lebih membanggakan diri, bila itu adalah my first job interview and i terus qualified. Dapat kerja sebelum konvo adalah double bangga & menggembirakan.
  4. I telah dikurniakan seorang lelaki, Ammar B. Hashim yang dapat menerima diri i seadanya. Even i tahu i ni manusia yang banyak kelemahan, cacat cela & kekurangan, dia terima i seadanya dan cuba bimbing i ke arah yang lebih baik. Dan yang paling penting, dia sayang i macam mana i sayang dia.
  5. I belajar erti hidup yang sebenar since i start kerja & practical dekat TM Dungun. Baru kita kenal yang mana kawan, yang mana lawan & yang mana berpura- pura jadi kawan. Orang yang suka ambil kesempatan ke atas diri kita bila kita leka dengan kebaikan pura- pura yang ditonjolkan.
  6. Pak Long i sakit, and separa lumpuh. Mama bawa balik Pak Long ke rumah & jaga dia macam jaga anak. I sangat terharu dengan kebaikan & ketabahan mama. Sungguh, i menjadikan mama sebagai idola i & akan cuba buat mama tersenyum sampai bila- bila. Sampai akhir hayat i.
  7. Lagi kenal perangai macam- macam orang bila i buat kerja part time jadi pembanci. Oh, sampai sekarang i tak dapat habis lagi gaji i sebagai seorang pembanci. wtf. Ptff..
  8. I mulakan hidup baru i sebagai seorang yang berdikari & mula tanggung diri sendiri. I berhijrah ke Shah Alam, mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri.
  9. I calarkan & patahkan side mirror kereta baru abang time baru nak reversed kereta tu keluarkan dari pagar rumah. Looser me. Haha.
  10. Tahun 2010 jugak tahun yang i lebih mengenali apa itu cinta & lelaki. Gilakan En. H & kena serang dengan gf ex-bf ada lah 2 benda yang seronok sebenarnya & akan jadi kenangan i. LOL.
Oh, dah 10 perkara pasal 2010 yang i berjaya ingat. 2011, please be nice to me. Anda pula bagaimana?

No comments: