The Fans

Monday, October 25, 2010

Ijok

Semalam (Ahad), i berjaya pergi ke Ijok. Ada apa dengan Ijok? Di situ adalah rumah Dayah, classmate i dekat uni. Dia jemput datang untuk makan- makan sebab ada macam doa selamat la. I pergi sana dengan Jamal & Aiman. Both pon kawan i time uni.

The night before, Jamal cakap dengan i nak bertolak pukul 10 sebab jauh juga Ijok tu. Ijok tu dekat kawasan Kuala Selangor. Atas lagi lepas Puncak Alam sana. Oh, Jauh betul kan? I yang semangat bangun pukul 9 nak siap- siap semua. Dah la malam tu tido pukul 3 am ++ bahana air nescaffe pekat Ejat.

Pukul 10 lebih macam tu Jamal call i. Ingat nak cakap dah nak gerak. Tapi dia cakap ini first warning. Sabar je la. Dalam pukul 11 lebih macam tu pula dia text i suruh i lepak dulu, nanti dah nak gerak dia inform. Last sekali pukul 12 kot baru gerak. Aish +_+ Lelaki bersiap kalah perempuan. I dah la macam pening je tido tak berapa betul.

Then sampai sana Amal dah ada kat rumah Dayah. Dia datang dengan family kakak dia. Banyak gila Dayah prepare makanan untuk kami semua. Menu:
  • Pulut kuning
  • Kari Daging
  • Mee goreng
  • Nugget
  • Nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Sambal goreng (makanan orang Jawa)
  • Sayur campur
  • Tembikai
  • Air Oren
  • Jajan- jajan.
Wah, banyak gila kan? Rugi pula tak ambil gambar. Lepak makan borak gossip makan mengungkit kisah di alam uni makan, kami pon balik pukul 3. *See, banyak gila makan* Dayah siap tapaukan makanan untuk kami bawa balik. Kesimpulannya, seharian i makan makanan from rumah Dayah. And now i lapar sangat!!!

No comments: