The Fans

Monday, December 31, 2012

Hi 2013, Bye 2012!

Harini dah hari terakhir 2012. Banyak betul benda yang berlaku sepanjang tahun 2012. Esok dah pon 2013. Makin dup dap dup dap dah jantung ni. Dah masuk tahun baru, dah nak kahwin dah. Macam tak percaya. Rasa baru lagi cakap, "Setahun lagi nak kahwin". Tiba2 ni dah lagi 82 hari nak kahwin. Macam2 perasaan yang ada, especially gelabah!

Tak sangka i bertunang dengan si dia pada 21.1.12. I'allah kami akan disatukan pada 23.03.13. Jadi, tahun 2012 dah ada 1 perkara manis buat i. Menjadi tunangan orang. Tahun 2012 jugak i berjaya bawak banyak project ke company, H*S Corporation. Total sale department i sahaja, dah RM5 juta lebih2. Walau nampak sikit, tapi ok lah tu, hasil usaha kami ber-3 dalam department. Mengatasi sale department2 lain. Alhamdulillah! Rezeki tahun ni.

Achievement lain? Dapat la buat business kecil- kecilan, bagi extra income dekat i. Alhamdulillah juga! Terlampau banyak rasa nya nak ditulis dalam 1 entry. Really looking forward for 2013! Tak sabar nak kawen! Haha.

I harap tahun 2013 akan beri lebih banyak rezeki, kegembiraan & kenangan manis buat i. All the best for myself and for you too :)

Oh ya, Happy New Year!

No comments: