The Fans

Wednesday, March 28, 2012

Wedding Progress: Theme & Serba Sedikit

Semenjak lepas bertunang, makin malas nak menulis. Tak tahu kenapa. Actually dah sibuk2 nak buat preparation untuk wedding. Tapi, macam lambat lagi lah bulan. I have about 11 months to go kot? Eh, tak lama dah tu kan? Hahah. Slow2 kayuh la orang kata.

Kursus kawen dah settle, lega dah 1 hal. Now tengah dalam projek nak DIY felt rose, bantal hantaran & pomander flower ball. Satu- satu kena buat, nanti tak pasal2 kucar kacir jadi nya. Baju nikah dah selamat tempah. Kena cepat2 balik kampung and tengok bridal kat sana untuk pilih pelamin. Tak nak jadi macam time tunang dulu. OP dah finalize dah nak book siapa, cuma tak book je lagi.

And dah pilih tema warna. Tapi mama macam tak berapa suka. Mama nak jugak kena ada warna merah purple pink gitu. Tapi i rasa macam boring pulak asyik nak pink merah je. Ok, maybe boleh selit2 warna pink sikit2 kot sebagai penyeri kan. So presenting color theme for my reception.

Navy Blue- Yellow





Tapi baju pengantin tak akan sama lah. Tak decide lagi nak warna apa untuk baju pengantin. Tapi kan, nak cari barang2 hiasan warna navy blue ni susah nye masha- allah.

No comments: