The Fans

Monday, October 17, 2011

Panggilan kecemasan 999.

Wohaaa!! Stress sungguh harini. Tak tahu kenapa, semua gambar dekat blog i macam hilang. Dia keluar kotak border je, tapi tak ada gambar. Macam tu jugak bila i bukak blog orang lain. Something wrong somewhere, tapi i tak tahu apa. Stress juga bila nak baca blog orang, tapi gambar dia tak keluar. Kan dah tak faham cerita. Aish.

#####################################################

Haritu i pergi Giant seksyen 13 tu. Pastu time i nak balik, tiba- tiba ada budak perempuan ketuk pintu kereta i. Tanjat gegirl! Dia cakap, ada orang cramp. Tolong sy. I was like ni betul- betul ke atau sindiket orang jahat ni? Time tu i dekat parking area, tapi bila i nampak ada Pak Guard kat situ, i rasa selamat sikit.

I tengok perempuan tu tak ada la macam teruk sangat kot. Dia actually baru balik from main netball. Mungkin dia dah lama tak main, and tiba- tiba main dengan all out. Harus la jadi macam tu. Badan akan rasa lemah gila kan. Tapi i dah tak tahu nak buat apa. I pon call 999.

Nak tahu apa jadi? Punya lah banyak soalan dia. Macam- macam gila. Then baru transfer call i pada hospital. And i kena jawab balik semula soalan yang sama. Macam kalau orang tu nak mati, mesti dah mati dulu +_+ Dah la nak hantar ambulans from Hospital Klang. Paling sekejap pon, 10 min. Itu pon kalau mampu 10 min lah. Terus i rasa annoyed sangat. Cakap dengan dia, tak apa lah, i sendiri pergi hantar dia dekat klinik.

Then kami hantar dia pergi DEMC. Nasib baik dah call parents dia awal- awal and dia orang Shah Alam jugak. Msa sampai dekat klinik tu, parents dia dah ada dekat situ. Dah jumpa parents dia, i pon terus balik. Tiba- tiba rasa malas nak mengarang beria- ria. Itu je la. Ending tak best pongg. TQ sudi baca sampai habis. Hahaha.

2 comments:

Cik Cura said...

really azren?

kalau orang nak berana bleyh terberanak dulu.. huhu

A Z R E E N said...

betul, syura. maybe dia mcm tu sebab takut kita buat panggilan palsu kan. tapi ntah la. serius stress kita tengah kelam-kabut dia lagi nak lambat2.