The Fans

Tuesday, October 11, 2011

Jemari Spa & Beauty, Milkdeal Package.

Dah lama tak membebel- bebel dekat blog ni. Jiwa asyik kacau je. Tak pernah puas dengan hidup. Bulan ni macam lajuuuu sangat duit mengalir. Baru minggu ke 2 bulan 10, tapi gaji dah tinggal berapa kerat je. Nasib baik ada bf yang penyayang dan pemurah. Ehemm.

Dalam tak ada duit tu, i ada beli satu coupon dekat Milk deal. Murah je, RM 39. Dia punya tawaran macm ni RM39 instead of RM249 for Brightening Hydro Facial Spa + Eye Treatment + Volcano Stone Back Massage + Manicure at Jemari Spa and Beauty House, 2 Locations [84% OFF]. Amek, i siap copy paste lagi :):)

I punya appointment hari Sabtu, pukul 6 petang. Last slot dah tu. Sebab hari lain i memang kerja sampai pukul 6, and Sabtu Ahad je la free. Depa pulak slot lain dah penuh, so redha je la amek slot terakhir tu. Dia punya rintagan nak pergi ke Spa ni memang azab lah. Dah la i ni memang tak tahu sangat jalan KL ni, sesat ada la dalam 2 jam. Spa ni dekat Setapak, dekat dengan Uptown Danau Kota. Dekat dengan mall yang baru bukak tu, apa ntah nama dia. I dah siap masuk Ampang, Bukit Bintang semua. Sabar je lah. Last- last call cousin i, Ein and cakap dengan bf dia sampai la depan Spa.

Appointment pukul 6, tapi nasib sampai sana dalam 6.20 macam tu +_+ Lewat 20 min. Ampun ye. I langsung tak ingat nak amek gambar ke apa, dah penat sangat sesat- sesat. Sampai je dia macam terangkan package yang i amek tu, apa yang i akan dapat and all. Sambil- sambil tanya kalau i nak upgrade package tambah sikit- sikit bla bla. Nasib baik dia tak memaksa, i just jawab i nak try yang ini dulu. Then dia ok.

Then, masuk dalam bilik dia. Cantik spa ni, tenang je rasa. Mula- mula macam biasa, dia suruh tanggal semua and pakai kain batik lah kan. Then dia suruh meniarap. Dia urut- urat belakang badan pakai minyak. Tak sure minyak apa, tapi bau macam minyak gamat. Hehe. Boleh tahan la dia urut tu. Bila dah siap urut, dia pakai hot stone pulak urut belakang.

Pastu dia suruh terbalikkan badan. Then dia start buat facial. Cuci2, pakai skrub, buang black head, white head, mask and apa ntah lagi. Budak tu rajin update dengan i apa yang dia buat, tapi i dah mengantuk, layan kan aje. Haha. Yang i tau, last sekali dia letakkan mask + timun dekat muka & mata i.

Bila dah pakai mask, dia biakan then buat manicure pulak kat tangan i. Tapi yang tak best nya, dia tak polish kan kuku i. Cuma buang kutikel and all. Siap dalam masa 1 jam 30 min ++ kot.

Kesimpulan, puas hati lah jugak :):)

2 comments:

Izhalicious! said...

macam bewst jek spa ko ni nok!!!!bukan nak ajak tauuu..mencik!

Hunny Kitty said...

tak sabar nak p hari sabtu nih!