The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Hi 2013, Bye 2012!

Harini dah hari terakhir 2012. Banyak betul benda yang berlaku sepanjang tahun 2012. Esok dah pon 2013. Makin dup dap dup dap dah jantung ni. Dah masuk tahun baru, dah nak kahwin dah. Macam tak percaya. Rasa baru lagi cakap, "Setahun lagi nak kahwin". Tiba2 ni dah lagi 82 hari nak kahwin. Macam2 perasaan yang ada, especially gelabah!

Tak sangka i bertunang dengan si dia pada 21.1.12. I'allah kami akan disatukan pada 23.03.13. Jadi, tahun 2012 dah ada 1 perkara manis buat i. Menjadi tunangan orang. Tahun 2012 jugak i berjaya bawak banyak project ke company, H*S Corporation. Total sale department i sahaja, dah RM5 juta lebih2. Walau nampak sikit, tapi ok lah tu, hasil usaha kami ber-3 dalam department. Mengatasi sale department2 lain. Alhamdulillah! Rezeki tahun ni.

Achievement lain? Dapat la buat business kecil- kecilan, bagi extra income dekat i. Alhamdulillah juga! Terlampau banyak rasa nya nak ditulis dalam 1 entry. Really looking forward for 2013! Tak sabar nak kawen! Haha.

I harap tahun 2013 akan beri lebih banyak rezeki, kegembiraan & kenangan manis buat i. All the best for myself and for you too :)

Oh ya, Happy New Year!

Friday, December 28, 2012

Izzah & Shidi Wedding (Of what i did for them)

Past few week was my busiest week. My bff of 14 years is getting married. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Izzah sah menjadi wife kepada Shidi. Tahniah dear. All the best in your marriage life. Baru i perasan, tak banyak pon gambar dengan pengantin. On the wedding itself, i di-kidnapped oleh kawan2 utk ke kenduri di Damansara pula. So sorry Izzah!! Tapi, you were so beautiful & stunning on your wedding day! So, dalam entry ni nak lah promote apa yang i buat for their wedding. Kot2 ada yang berminat, boleh hire i :P

Firstly, gambar pengantin dengan pelamin & family.
Then apa yang i buat? 

1) Candy Buffet


2) Photo Booth Corner (Ribbon Garland,  Handmade Bunting, Photo booth Props.)



3) Guest Book corner decoration
 That's all! I really hope that she like it. Sorry if ada yang terkurang and lack sana- sini. So, sesiapa yang berminat, boleh email i untuk more details at azreenshafie@gmail.com

Wedding Preparation: Wakalah Wali Part 2

Baca Part 1 disini.

Kenapa i kena buat wakalah wali?
- Mama & Abah dah bercerai. I tinggal dengan mama di Terengganu. Abah di Pulau Pinang. Kalau tak buat pon boleh, asalkan abah boleh datang time i nikah nanti. Tapi i just prepare, in case abah ada hal last2 minute & tak dapat attend the solemn.

Proses di Terengganu.
-Mula2 i pergi ambil borang nikah di Pejabat Agama Daerah Dungun. I akan nikah di Paka. So, daerah i ialah daerah dungun. I ada tanyakan pada ustaz di sini. Ustaz tu cakap, pergi Pejabat Agama yang paling dekat dengan tempat tinggal abah, then bagitau nak buat wakalah wali. Ustaz tu tak ada bagi borang ke apa.

Proses di Penang.
-Abah tinggal di Sg. Bakap. Jadi, pejabat agama yang berdekatan ialah Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Dia sebelah mahkamah syariah & berdekatan dengan mahkamah majistret. Sampai sini, terus pergi kaunter dan nyatakan tujuan. Dia mintak borang yang negeri Terengganu issue. So i cakap tak ada, sebab ustaz tu cakap just pergi je Penang. Jadi, pejabat agama SPS bagi borang negeri dia orang untuk i isi. Ada maklumat i & pasangan, serta wali. Then yang paling penting,. kena tahu siapa yang akan nikahkan kita nanti. Makna nya, kita kena tahu bakal jurunikah kita nanti. So, dalam case i, i call pejabat agama Dungun untuk make sure siapa. Dia akan tanya dekat mana kita nak nikah nanti. Then dia akan bagi maklumat.

Lepas dah siap isi borang segala, i & abag di panggil masuk bilik. Ustaz tu akan bawa 2 orang kawan2 dia untuk jadi saksi. Time ni i kena baca persetujuan i untuk nikah dengan pasangan i & mengaku abah sebagai wali. Then lepas tu abah akan baca lafaz yang dia mewakilkan kepada jurunikah (time ni la penting kenapa kena tahu nama bakal jurunikah kita) untuk nikah kan i & pasangan.

Then, kena tanda tangan borang tu (i, abah, saksi & pendaftar). Dah pon selesai. Kejap je, dalam 30 min macam tu dah ok kalau kita tahu maklumat segala. Dah boleh submit borang wakalah tu sekali dengan borang nikah i di Pejabat Agama Dungun.

Ok, untuk rujukan no. telefon:
Pejabat Agama Daerah Dungun- 09-8481255
Pejabat Agama Seberang Prai Selatan- 04-5821001

Thursday, December 27, 2012

Wakalah Wali- Settle!

Just came back from Penang yesterday. Alhamdulillah, i punya proses wakalah wali berjalan lancar. Semua sudah settle, just tunggu borang pihak lelaki settle then boleh submit borang i pula dekat pejabat agama. Kemudian, dah boleh kahwin. Nanti kalau free, i ceritakan pasal proses i buat wakalah wali. Stay tune!

Thursday, December 20, 2012

Less Than 100 Days

Less than 100 days already? Oh my!!! Macam banyak je lagi benda yang pending. Nak pengsannnnnnn, kbai.

Tuesday, December 18, 2012

Puas hatiku!

Boss i gila! Mentang2 i dah nak resign, dia jadi stress. Padan muka dia. Tak pasal2 nak marah orang suruh buat itu ini. Baru ko tahu kan. Padan muka. Tu lah, dulu bukan main buli i lagi kan. Now i dah nak berenti, jangan harap i nak dengar apa dia cakap lagi. Tiap2 hari membebel stress agak nya orang tu tu. Padan muka :)

Siap marah i lagi, cakap i shouldn't resign at this time. Hello, sukati i lah nak resign bila2 pon. I ada hak ok. Now u kena lah belajar semua benda buat sendiri. Tak payah nak arah2 orang sikit2 suruh buat itu ini. Since i pon still ada baki cuti few days lagi, so i boleh la ambil cuti kan sementara tu. Yaaaaayyyyy!!!

Wish me luck!

Monday, December 17, 2012

i quit :)

Soooo many thing happen in just a short weekend. Helping my bff of 14 years getting ready for her marriage this coming weekend. And something happen to my life & my future husband's life that will change our future 360 degree :) I hope everything going well & smooth. I'Allah.

I also hope that this is the right decision that we make. And also hoping that the news is confirmed! And anyway, i already given my resignation letter to the company effective today. So 17th January 2013 will be my officially last day at the company. Please pray for me.

I will be updating the progress later. Ya Allah, permudahkan lah urusan perkahwinan & kehidupan kami berdua,  Amin.

Thursday, December 13, 2012

I think i should just quit!

I think i should just quit the job. In a mean time, i maybe can work at the tuition center or go teaching at student's house. Or be a part timer at any fast food/ supermarket or any other retailer. I just need to quit. Not motivated, in the terms of salary, work load, environment or even the people. I just need an escape from all this!

Thursday, December 6, 2012

3 Days MC

Nampak tak ubat2 yang i kena consume sepanjang i demam? Agak2 i tipu ke? Adoi la, i ni dah macam separuh mati dah baring sorang2 dalam bilik selimut sampai 3 lapis tapi adaaaaa je orang yang tak puas hati. Pergi jaja cerita bukan2 macam lah i ni saje2 nak MC lama2. Adoi lah. Tak faham betul lah manusia ni. Orang sakit dapat cuti bukan nye boleh berhuhahuha dekat rumah. Baring je dalam selimut kot. Nak makan tak selera, nak bangun tak larat. Tak faham lah. Orang demam dapat MC 3 hari pon nak dijadikan isu ke? Manusia2.

Time orang buat baik, sikit pon tak nampak. Bila ada something wrong je, terus kena attack. Salah ke kalau cuti sakit kalau dah memang sakit? Aish!! Siap nak check record bagai. Cuba tengok geng sekufu awak tu, kenapa tak bising kecoh2? Susah betul lah bila manusia berhati busuk ni.

Friday, November 30, 2012

Thanks a million to all my follower/ reader.

*Sticky Post. Kindly scroll down for new entry.

Eh, macam tak percaya. Bila tengok, i dah ada 95 follower. Eleh, orang lain ada berjuta2 follower tak kecoh pon. But for me, it's such an honor. A big honor. Thank you pada semua kawan2 yang rajin baca & comment blog ni, especially b2b. And semua kawan2 uang dah follow blog ni sejak i mula2 buat blgo, masa blog ni masih belum terjerumus ke blog b2b lagi. Sangat lah appreciate.

Kepada anon/ silent reader pon, terima kasih banyak jugak. Tanpa korang, tak meriah lah dunia blogging i ni. Sebagai penghargaan, rasa macam nak buat giveaway bila follower dah cecah 100 orang. Hehe. Ada ke orang nak join kalau i buat giveaway? Kan buat, tak ada orang join, maluuuuuuu je. Hikhik.

Ok, kalau ada orang yang sudi nak join, silalah comment ye. Kalau ada lebih dari 5 comment, i akan buat lah. Eh, rasa macam perasan diva lah pulak buat entry cenggini. Ampunnnnn.

Tapi betul, kalau sudi nak join, silalah comment. Syarat Giveway ni akan berlangsung kalau:
1) Follower cecah 100
2) Comment pada entry ni lebih 5 orang yang sudi nak join.

Bye.

Thursday, November 29, 2012

Counting days! 3-3-3

Bila bukak blgi ni harini and tengok dekat countdown atas tu, tiba2 perasan nombor yang cantik. 3 months, 3 weeks, 3 days to our wedding day. Bersamaan 114 hari. Weeeeee. Tak sabar nak kahwin. Haha. Good luck to myself.


Alhamdulillah, banyak jugak benda yang dah settle. Kecuali baju tak dapat lagi. And juga doorgift tak finalize lagi nak bagi apa pada tetamu. Kena cepat2 siapkan apa yang patut.

Wednesday, November 28, 2012

We are two years old.


Alhamdulillah, we are two years old today. We had go through ups & downs, thick & thin, bitter & sweet together. And counting days to be one InsyaAllah.

Thank you sayang for all the loves, cares, times, money, everything & anything. I love you so much and will always do.

Can't wait to be yours in few months time. May Allah swt bless our relationship & we will together go into Jannah.

Thursday, November 22, 2012

Apa dah jadi pada cincin merisik ku?



Baru 10 bulan merisik & bertunang, dah jadi macam ni cincin merisik ku? Ish2. Dasat sungguh la. Maaf kan diriku En.tunang, tak tahu macam mana & kenapa cincin ni jadi macam tu sekali. Siap terkoyak (?) lagi cincin ni. Salah cincin ke, salah si pemakai cincin?

I'm so sorry sayang. Nanti kita p baiki & beli cincin baru tau. Eh? Haha. Now, cincin ni selamat duduk dalam ring case elok2. Takut dah la nak pakai. Monster sungguh. Kepada kawan2 lain, jaga lah cincin anda baik2. Sentimental value ni oi. Sedih gila. Sobsobsob. *Menangis sambil tadah dengan baldi*

DIY Pillow Ring. #Tutorial


Dah lama berminat pillow ring ni sejak i tengok blog Rilla. So cari lah tutorial and try lah buat. I dah pernah buat yang version Rilla, tapi i tak berapa pandai nak susun kelopak bunga tu cantik2, so jadi sangat lah hudoh nye. Tak payah tengok gambar, buruk bebenor rupa nya. So lepas google2 lagi, i pon terjumpa lah dengan tutorial ni. Sangat lah senang oi. Jadi siapa yang berminat, boleh lah cuba. Semua i jahit pakai mesin je. Pantas & tuntas.

So, inilah hasil dari tangan i yang tak seberapa. Boleh refer pada link2 di atas kalau nak cuba buat. Selamat mencuba!

Fabric Felt Hand Bouquet





Fabric Felt hand Bouquet, tempahan last minute dari geng B2B Nurul untuk majlis nikah beliau.

Tuesday, November 20, 2012

How time flies.

Lagi 8 hari nak genap 2 tahun. How time flies. Sekejap je. Lagi 3 bulan ++ dah nak kahwin. Tak sabar nak tunggu saat Ijab Qabul tu. Tak sangka pon ada. Padahal si dia depan mata je selama 5 tahun. 1 tahun matrik, 4 tahun universiti. Tapi lepas keluar universiti,  baru terhegeh2 nak kenal lah apa lah. Bila kenang2 balik, kelakar pon ada. Kami selalu cakap to each other kenapa u tak cari i dulu2 lagi? Hihi.

Ini lah nama nya jodoh. Tak boleh nak tolak. Kalau dah jodoh, lari ceruk mana pon akhirnya inn shaa Allah akan bersatu juga.

So apa plan tahun ni? Tengok lah nanti, nak buat apa untuk meraikan tahun ke-2 ni :)

Semoga lebih banyak tahun yang mendatang. Aaminn.

Monday, November 19, 2012

Post- Mortem Long Weekend (Bridal yang hampeh: Bad Review)

Just came back to town, to my hectic & busy life after a loooooong weekend :) I dah settled few perkara time balik haritu, Alhamdulillah. So ada beberapa benda lah yang kena buat.

1) HIV test dah settle. And also buat Thalassemia test. Alhamduliilah jugak, bebas kedua- dua penyakit. Nanti i akan review & buat satu entry pasal ni.

2) Dah ambil borang dekat pej agama. And also dah confirmkan pasal wali. Memang i kena pergi Penang jumpa abah untuk ambil tandatangan dia & borang wakalah wali.

3) And now benda yang paling i geram sekali, bridal. Aish. Haritu time bulan puasa, i dah janji dengan mamat ni nak jumpa dia. I dah siap2, lagi 30 min nak keluar dia boleh msg cakap nak postponed meeting hari esok sebab nak bawak mak dia pergi pasar. Sabar je lah. Esok nye pulak, i call sampai sudah tak angkat phone. Then i terpaksa balik Shah Alam dah sebab cuti habis.

Lepas tu, benda yang sama jadi lagi time baru ni. FYI, i dah bayar RM200 untuk book tarikh. Janji jumpa dengan dia lepas Isya'. I & tunang dah la tergopoh- gapah sebab kami baru balik dari tengok wayang. Sampai rumah dah Maghrib, solat, tukar baju. I tak mandi pon sebab tak sempat. En. Tunang je mandi. Pastu, call mamat ni sampai sudah masuk voicemail. I call mak dia, and mak dia angkat. Cakap dia tido. Apa perasaan uolls? Sakit nye hatiiii. I pon suruh la mak dia kejut dia, haram mak dia cakap dia tak nak bangun. Then i cakap, mak cik try kejut lagi nanti sy call semula. And benda ni goes on sampai lah 5,6 kali kot i duk ulang call dia. I siap mandi & masak lagi sementara tunggu mamat ni.

Last2 dari lepas isya 8.30 pm macam tu sampai pukul 11.00 malam mamat ni tak nak bangun kata mak dia. I dah stress tahap gaban dah. Memang tak dapat jumpa lah sebab esok nya i dah nak balik Shah Alam jugak. Pagi2 bangun solat subuh, dapat msg dari dia mintak no. account i. Dengan tak minta maaf apa nye. So dari haritu (Sabtu) sampai harini (Isnin) tak dapat lagi refund. Come on lah, RM200 je kot. Tak kan ko x boleh nak bayar semula weh?

Memang sangat sakit hati lah. Mamat ni famous amous lah jugak dekat area Paka, Dungun & Kerteh. So hati2 kalau nak buat dengan dia. Patu baru lah i dapat bad review pasal mamat ni dari kawan2 i harini. Nape korang tak cte awal2 haaaaaaa? Haha. Tengah malam baru datang pasang pelamin lah, dapat tak sama macam janji lah, call banyak kali tak dapat lah (macam kes i) macam2. Aish. Attitude betul lah. Baru nak naik, dah buat hal. Macam mana nak maju? Malas la nak bgtau sape vendor tu lah. Kalau nak tahu, kena pm  i ye :P

So i dah tak nak amek dengan lelaki dah. Dah serik, time tunang pon macam tu (ni vendor lain, malas nak review. Vendor ni pon dah meninggal haritu, tak baik lah kan. Just maafkan dia je). Call banyak kali, tak berangakat. Last2 datang jugak, tapi last minute lah. Untuk nikah nanti, i nak cari vendor perempuan pulak.

Now dah pening pale kena start buat research pasal bridal semula. I ingat, nak amek pelamin je dekat sana, baju sume amek dekat sini je senang nak fitting sume kan. Ada sebarang contact/ details/ link untuk bridal area Paka/ Kerteh/ Dungun nak share dengan i? Sila lah kongsi kalau ada ye :)

*********************************************************************************
Update: Dah dapat refund RM200 from Bridal, semalam. Selasa.

Monday, November 12, 2012

Long Weekend

Esok cuti Deepavali. So i  ambil kesempatan untuk cuti selama seminggu. Harini kerja lagi, esok dah start cuti pon. Sampai ahad ni. Weeeee.

So plan cuti panjang2 ni sebab:
1) Nak jumpa bridal untuk my side reception. Nak discuss pasal baju, pelamin, etc.
2) Nak pergi pejabat agama & ambil apa2 borang yang perlu & confirmkan pasal wali
3) Nak buat HIV test kalau sempat. I'allah.
4) Nak bincang dengan mama apa2 yang berkaitan dengan wedding i. (Khemah/ jemputan/ kad/ hiasan bla bla bla)
5) Of course lah sebab nak cuti!

Jadi nya, harap2 agar cuti kali ni sangat lah sempurna. Doa kan i rajin work out balik kg ni. Keh keh. Amin.

Jumpa next week ye. Sebab kalau balik kampung, confirm malas nak update blog punya.

Friday, November 9, 2012

Anyone to Sponsor my Pre- Wedding Photoshoot?

I think it's been a while since i write something in here. I mean, the real 'write'. Much of my posts recently are just about me updating the promos and all. I miss writing here. I really do. But i don't have much time to really write since i started working, about 2 years ago. How times flies.

As per most of my readers know, i'm getting married in about 4 months. So much to do. Plus my fiance is 2 hours drive away from me. I had to do everything alone here :( Not that i'm complaining, but some times seeing others doing the same thing as i am, with their partner, make me super jealous. On the good side, it makes us love each other stronger.

I'm planning of doing Pre-Wedding photoshoot like always earlier. But idk why he is against it. He said that it is a waste of money & time. That is one of my dream. But if he is refuse, what can i do? What's the point of doing Pre-wedding alone?

Sayang, if you are reading this, i leave you with photos for you to see and become jealous so that we can have ours too :)

In conclusion, who are interested to sponsor my Pre- wedding, you can contact me directly through my emails :P







Pictures courtesy to Google Image.

Tuesday, November 6, 2012

Contest

Ada sesiapa nak buat contest tak? Nak join ni. Eh, tiba2. Nampak sangat tak ada kerja kan. Kah kah kah. Meroyan sorang2.

Kasihani lah diri ku ini yang kebosanan bom bom chak. Tengok, dah merapu sekali lagi. Ok, itu je. Kbai.

Kalau ada contest menarik, roger lah diriku. Bai.

Monday, November 5, 2012

Promo! Promo!

Sesiapa yang berminat untuk menyewa/ menempah apa2 barang yang available di Cerita Super Star, sila lah jangan malu jangan segan emailkan pada azreenshafie@gmail.com. Harga yang menarik menanti anda. Kalau anda nak ambil combo (sewaan Polaroid + Custom Made Bunting + Photobooth Props), anda akan dapat discount/ free gift. Jangan malu jangan segan, email pada azreenshafie@gmail.com. Untuk details, boleh click pada tab Business @CeritaSuperstar pada Tab di bahagian atas.

Wednesday, October 31, 2012

Wakalah Wali

Apa itu wakalah wali?

-Wali mewakilkan kepada orang lain untuk mewalikan pernikahan. Contohnya, bapa mewakilkan kepada Kadi untuk menikahkan. Untuk penerangan selanjutnya, baca disini.
******************************************************************************
Disebabkan mama & abah dah bercerai, and i tinggal dengan mama di Terengganu. And abah pula menetap di Penang. So, sejak 25 tahun hidup ni, i dah faham sangat dengan perangai abah i. Risau pula kalau dia tiba2 tak muncul untuk mewalikan i pada hari pernikahan. And i dah lama juga tak jumpa abah, rasa nya dalam 5 tahun ++ kot. Ada call, tapi sangat jarang. Once in a blue moon.

So, i called Pejabat Agama Dungun untuk penerangan. Ustaz tu cakap (lupa nak tanya nama) that abah kena pergi ke Pejabat Agama Penang & ambil borang untuk proses wakalah wali. Isi & bagi pada i borang tu. Then i kena kepilkan borang tu sekali time i nak submit borang nikah i.

Tapi i tak buat lagi lah. Sebab sedang tunggu turn untuk test HIV. Nanti kalau i dah buat, i akan ceritakan proses seteus nya nanti.

Here few answers dari kawan2 yang ada experience.


Moga bermanfaat!

Monday, October 29, 2012

GIVEAWAY BORDER LACE




Jom join giveaway from Nisa. I suka baca blog nisa ni sebab dia sangat creative. Dia seorang b2b jugak. Banyak idea2 menraik dekat blog dia. Apa tunggu lagi? Jom lah join!

Monday, October 22, 2012

Custom Made Bunting For Sale (Tempahan)





Bunting for sale. Atau pon ada orang panggil flag yang macam time hari sukan. Haha. Apa2 lah. Kalau berminat, macam biasa boleh email pada azreenshafie@gmail.com. Boleh pilih warna mengikut warna tema anda. And of course boleh pilih wording kan. Bunting ni boleh gantung pada candy buffet/ photo booth/ bilik tidur atau di mana sahaja. Bukan untuk wedding je. Untuk majlis hari jadi/ aqiqah pon boleh. Apa2 majlis lah.

Bunting ni dibuat dari kain felt (wording) & cotton (flag). Berminat? Just email pada azreenshafie@gmail.com :)

Thursday, October 18, 2012

Photo booth Props For Sale!





Hi all B2B. Now i ada sediakan props untuk photo booth. Kalau berminat, boleh pm pada azreenshafie@gmail.com untuk price. Kalau nak request tulisan/ design sendiri pon boleh.

Wednesday, October 17, 2012

Business @ Cerita Superstar

Perasan tak dekat atas tu ada tab baru? Business @Cerita Superstar! Finally. So, i akan update kan segala business yang i buat kat situ. Macam lah banyak kan. So far cuma ada 2 je. Tempahan veil & Polaroid Camera rental. So, boleh click dekat situ.

Untuk yang lain, i akan update kemudian. Busy sangat recently, tak sempat nak ambil gambar & all. So, untuk apa2 pertanyaan, macam biasa just emailkan ke azreenshafie@gmail.com.

Thursday, October 11, 2012

Wedding Preparation: Bridal & OP

Alhamdulillah, beberapa perkara lagi dah siap di book. Sebelum ni i sangat sedeh sebab OP yang i plan nak book, dah tak available. Sebenarnya i memang dah plan nak hire OP M ni. Dia punya hasil kerja memang superb lah. And harga pon boleh tahan la murah, dalam RM3.2k je untuk nikah + reception + tandang. Memang dah bincang sume, cuma tak bayar depo je lagi.

Sekali bila i dah nak bayar depo, time tu macam 3,4 bulan kot lepas bincang. Sekali OP ni cakap yang harg tu dah tak available lagi dah. Bila tanya2 balik, memang semua RM4k ++. Mati lah i. Mana nak cari RM4k untuk OP sahaja. So, bincang2 dengan tunang, dia cakap KIV je dulu. In a mean time kami pon survey2 lah OP yang baru.

Then tiba2 KPM keluarkan takwim sekolah 2013 yang official, yang memang lari terus dari tarikh awal yang mula2 go viral on internet. Daripada 10/3 kepada 24/3. I pon macam fuhhhh lega. Nasib baik jugak tak book apa2 lagi.

So terus book dengan bridal idaman & dia bagi suggestion untuk mintak dengan OP ni. OP NF. So, i pon mintak quotation. Hasil dia pon boleh tahan superb, and untuk 3 sesi cuma RM2k ++ sahaja. Syukur alhamdulillah. Memang ada hikamah. Tuhan memang nak tolong i. Dia tak bagi i ambil dengan OP M sebab i nak dapat lagi murah RM1k dengan OP NF. Terima kasih Ya Allah!

So untuk majlis, dah boleh potong bridal & OP. Lega sangat!

Wednesday, October 10, 2012

Takwin Cuti Sekolah 2013

So, kepada B2B 2013 yang tengah pening kepala fikir pasal tarikh, ni takwin untuk cuti sekolah 2013. 



Ni untuk cuti penggal ye. Kalau cuti umum, boleh tengok sini. Cuma tarikh cuti sekolah dia salah. Tarikh cuti sekolah yang betul, dekat gambar atas tu. Boleh refer web kementerian. Kalau tak faham/ confuse boleh tanya i.

Monday, October 8, 2012

Hukum Engrave/ Ukir Nama Pada Cincin

Ada yang bertanya pasal hukum mengukir nama (engrave) pada cincin. So, boleh refer pada link2 di bawah. Baca & fahami sebetul2 nya.

1. http://macamacamla.blogspot.com/2011/12/hadits-yang-membicarakan-memakai-cincin.html

2. http://naisya-sya.blogspot.com/2011/01/cincin.html

3. http://www.mymasjid.net.my/?mod=hadith&mod2=1&mod3=37&mod4=728&mod5=1208

Pada yang i faham, hukum nya harus sebab even Rasulullah SAW pon pernah ukir nama baginda sendiri pada cincin nya. Tapi baginda menegah kita untuk ukir nama baginda pada cincin2 kita sebab ia nya sama mcm baginda punya. Tapi, kita boleh ukir nama kita sendiri pada cincin2 tu :)

“Jangan sekalian kamu memperbuat cincin serta diukir namaku di atasnya seperti cincinku ini. Kerana jikalau memperbuat sekalian kamu sepertinya tentulah jatuh kesamaran antara cincinku dan cincin sekalian kamu itu, dan tiada berfaedah aku menaruh cap namaku di mana-mana surat dengan cincinku itu kerana ada yang serupa dengannya. Dengan kerana itu aku tegah sekalian kamu memperbuat sepertinya.”

Friday, October 5, 2012

Wedding Preparation: Hantaran Part 1

Semalam en. tunang sy datang sini. Dia nakal, buat surprise konon2 banyak kerja lah, kena pergi sana- sini & all. Padahal dia cuti je. Tiba2 je dia call cakap ada dekat bawah office sy suruh tengok ikut tingkap. Sweet surprise. Cuma this time, tak ada bunga sebab dia cakap tak tahu nak singgah dekat mana. Sebab nakal sangat buat surprise, dah kena tunggu sejam sebab datang awal sangat, by 3.00 pm dah ada kat bawah. Mintak maap boss, sy mengulor sikit semalam. Bukan senang sy nak dapat spend masa dengan tunang sy tu :P

SO semalam kami pergi lah Sunway untuk survey2 barang hantaran. Mula2 tengok perfume dekat Jusco. Perfume yang i nak (Marc Jacob- Dotz) Rm400++. Mahai aih. Nasib baik tak beli terus. Then masuk parkson, dapat RM360 sahaja. Then beli perfume untuk si dia jugak :) Dapat voucher RM10 untuk setiap RM100 yang dibelanja. Then kami beli pan Tefal untuk our future home sebab dapat half price kalau collect points dekat Parkson. Memang berbaloi lah. Tak sampai RM100 untuk pan yang saiz (tak ingat). Tapi bigger than 24 cm. Puas hati jugak lah.

Andddddddddd. Also dah beli cincin nikah untuk si dia. Excited!!! Siap engrave nama i lagi kat dalam *Malu* Tak sabar nak kahwin. Hahaha. Lupa pulak nak snap gambar barang2 semalam. So, untuk hantaran dah siap lah 2 out of 9. Lagi 7 kena cari. Go2 chaiyok.

Thursday, October 4, 2012

Of being an Engineer

Past few months ni, i tersangat lah busy. Lagi2 bulan ni. Asyek kena outstation je. Wedding preps langsung tak berjalan. Tapi bunga telur dalam 20++ pcs je lagi nak siap. Yaaayy!!

1st October meeting dekat KL, 2nd Oct Pasir Gudang, 3rd Oct Lumut, 4th Oct Shah Alam (office), 5th Oct Singapore. But i manage to escape Singapore since i have an appointment with my doctor. Lega gila. Pinggang dah start sakit2 asyek kena travel jauh2 je dalam 1 hari.



Now that the Lumut project is started, we have to attend weekly meeting there every Wednesday, 3 pm. I'm pretty sure my boss will ask me to attend the meeting every week. I can't imagine driving there by my car, alone. It's a dark scary long journey. Even the highway is dark with no lamp post.

How i wish i have a personal/ private jet for my travelling purposes :P

Wednesday, September 26, 2012

Business/ Outstation/ Wedding Preparation

Adoi, bz nye lah lately. Asyek2 kena outstation JB je. Balik hari pulak tu. Matilah! Dah la kereta pakai minyak. Kalau pakai air, tak apa lah jugak. I should request a private jet for myself shouldn't i?

Nak update pasal business pon tak sempat2. Asyek gebang sana- sini buat itu ini, tapi hasil apa pon tak ada. Hampeh betul diri sendiri ni. Ampun maap dipinta ye. I'allah bila ada weekend yang betul2 free, akan i siap kan segala2 nya.

Now, bunga telur in the making. Aim nak siapkan bunga telur ni +-100pcs sebelum balik kampung raya haji ni so that i boleh angkut sekali balik raya nanti. Rumah sewa i dah semak samun dengan my wedding preps punya barang2. Malu jugak dengan housemates ku yang lain. Harap2 sempat lah siapkan ye. Amin.


Tuesday, September 25, 2012

Terus dari hati

Aku demam pon, engkau still suruh aku datang kerja? Padahal benda tu tak payah nak suruh aku buat pon. Kerani pon boleh buat benda tu. Kau sendiri pon boleh buat benda tu. Kenapa nak suruh aku buat jugak? Bukan ke ada seorang lagi engineer dalam department kita, selain daripada aku? Dia tu duduk goyang kaki je handle 1 project, then semua benda pass kat aku? Even project dia pon aku jugak yang kena monitor. So benda kecil macam tu tak payah la nak menyusahkan aku fikir semua benda. Aku tak sehat kot, nak bangun pon tak larat. Engkau masih nak bebankan aku. Gaji dah la seciput. Rasa nak berhenti kerja sekarang jugak, & kahwin cepat2. Enam bulan lagi, bertabahlah mental & fizikal.

Wednesday, September 12, 2012

I also talk business.

Actually i sedang bosan di office setelah balik dari meeting di KL. Rasa macam nak terus balik rumah & bommm, tido. Tapi apa kan daya, itu semua tidak mungkin berlaku.

Aside from buat business custom made veil untuk pengantin2, i juga ada buat business terbaru iaitu sewaan camera polaroid. Semua pertanyaan boleh diemailkan kepada azreenshafie@gmail.com untuk details ye.

Lepas ni ada jugak nak buat tempahan untuk photobooth props/ custom- made bunting. Ini semua later i akan upload ye.

So kalau ada apa2 petanyaan, email je to azreenshafie@gmail.com. Jangan malu jangan segan.

Monday, September 10, 2012

Wedding Preparation: Cuba Teka?

Cuba teka apa nak dibuat dengan nama ni? Hehe. Baru buat 1 set, ada 2 set lagi nak dibuat.

Thursday, September 6, 2012

Wedding Tutorial: Rozek/ Rosette/ Button Badge for Family Members #DIY

Remember i ada pernah tulis pasal rozek yang i nak buat untuk family members dekat entry sini? Last2 i tak jadi nak buat sebab i rasa macam leceh je nak gulung2, potong2 and time gulung tu kalau salah gulung jadi comot & tak cantik. Plus dia guna lebih banyak felt. *Kedekut* So, i pon jalan2 lagi di internet & finally i decided to buat rozek yang lebih simple. So, mempersembahkan rozek yang bakal di pakai family members.


So, mari kita ke tutorial. I rasa, kalau google pon, ada banyak tutorial. Tapi, this is my style to do it.  Harap bermanfaat.

1) Mula2 potong kain felt kepada desired size. Potong kepada bentuk segi empat tepat. Alamak, i dah lupa i punya size berapa. Total bunga yang i dapat untuk setengah meter (RM 5.00) adalah 75 keping. I buat 5 kelopak.
 2) Then ambil 1 potong, lipat dua & jahit jelujur pada hujung yang terbuka.
 3) Ambil lagi 4 potong (total 5 potong) dan jahit jelujur side by side macam gambar.
 5) Bila dah habis jahit, tarik je kain felt tu sampai  dia berkedut & rapat. Pegang kemas2.
 6) Cantumkan membentuk bulatan/ bunga antara kelopak first & kelopak last.
 7) So dia akan jadi sekuntum bunga :)
 8) Macam gambar ni.
 9) Kemudian, letak gam ditengah2 untuk lekatkan bunga yang sekeping lagi. Bergantung pada kesesuaian nak guna berapa layer/ warna.
 10) I guna kuning 1st layer & biru 2nd layer.

 11) Letak gam kat tengah2 untuk gamkan pearl. I guna yang size agak besar, tapi x sure size nye apa :P Jangan marah ye.
 12) Siapkan sampai pengsan.
 13) Letakkan gam pada bahagian belakang untuk pin & label/ nama. Make sure label/ nama tu ada lebihan sikit supaya bila kita gam, dia tak terselindung. I just pakai kertas yang sedikit tebal & print untuk label.
 14) Siap untuk diagih2 kan! :)
Selamat mencuba! Kalau ada pertanyaan, boleh email kalau tak faham. All the best & good luck.