Baca Part 1 disini.
Kenapa i kena buat wakalah wali?
- Mama & Abah dah bercerai. I tinggal dengan mama di Terengganu. Abah di Pulau Pinang. Kalau tak buat pon boleh, asalkan abah boleh datang time i nikah nanti. Tapi i just prepare, in case abah ada hal last2 minute & tak dapat attend the solemn.
Proses di Terengganu.
-Mula2 i pergi ambil borang nikah di Pejabat Agama Daerah Dungun. I akan nikah di Paka. So, daerah i ialah daerah dungun. I ada tanyakan pada ustaz di sini. Ustaz tu cakap, pergi Pejabat Agama yang paling dekat dengan tempat tinggal abah, then bagitau nak buat wakalah wali. Ustaz tu tak ada bagi borang ke apa.
Proses di Penang.
-Abah tinggal di Sg. Bakap. Jadi, pejabat agama yang berdekatan ialah Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Dia sebelah mahkamah syariah & berdekatan dengan mahkamah majistret. Sampai sini, terus pergi kaunter dan nyatakan tujuan. Dia mintak borang yang negeri Terengganu issue. So i cakap tak ada, sebab ustaz tu cakap just pergi je Penang. Jadi, pejabat agama SPS bagi borang negeri dia orang untuk i isi. Ada maklumat i & pasangan, serta wali. Then yang paling penting,. kena tahu siapa yang akan nikahkan kita nanti. Makna nya, kita kena tahu bakal jurunikah kita nanti. So, dalam case i, i call pejabat agama Dungun untuk make sure siapa. Dia akan tanya dekat mana kita nak nikah nanti. Then dia akan bagi maklumat.
Lepas dah siap isi borang segala, i & abag di panggil masuk bilik. Ustaz tu akan bawa 2 orang kawan2 dia untuk jadi saksi. Time ni i kena baca persetujuan i untuk nikah dengan pasangan i & mengaku abah sebagai wali. Then lepas tu abah akan baca lafaz yang dia mewakilkan kepada jurunikah (time ni la penting kenapa kena tahu nama bakal jurunikah kita) untuk nikah kan i & pasangan.
Then, kena tanda tangan borang tu (i, abah, saksi & pendaftar). Dah pon selesai. Kejap je, dalam 30 min macam tu dah ok kalau kita tahu maklumat segala. Dah boleh submit borang wakalah tu sekali dengan borang nikah i di Pejabat Agama Dungun.
Ok, untuk rujukan no. telefon:
Pejabat Agama Daerah Dungun- 09-8481255
Pejabat Agama Seberang Prai Selatan- 04-5821001
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment