The Fans

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 24, 2010

Kesan ragutan terhadap i.

Hebat tak tajuk?

Harini i ambil leave sebab i nak pergi Kemaman buat ic, lesen dan sim card. Menyusahkan betul. I rasa takut dah nak bawa motor. Macam sedikit fobia di situ. Haritu after accident pon tak ada la i rasa macam ni sangat. wtf wtf.

Ni kali kedua dalam hidup i, i telah diragut. Hampeh betul la. First time masa dekat Kuantan, mamat bangang tu ragut hp i dalam pocket kot. Masa tu i sekolah lagi. Form4, form 5 tak ingat dah. Bangang nak mampus. Padahal time tu i pakai nokia 3315 je. Adeh la. Kalau dah dasar peragut kan. And mamat tu sempat ditangkap dan dibelasah teruk oleh orang ramai.

I rasa menyesal gila, kenapa la i tak hon kuat- kuat sambil menjerit sambil kejar peragut semalam tu ye? Dah panik masa tu apa pon tak boleh fikir.

Kepada semua, terutamanya wanita sila la berhati- hati dengan barangan berharga anda. Sekarang ni jenayah makin berleluasa. Kalau baca paper lagi la jadi makin takut, rasa macam tak nak baca paper dah.

No comments: