I dah lama berniat nak buat entry ni. Tapi sebab i super malas nak transfer gambar, so i tangguhkan sampai la harini. Baru harini i rajin nak transfer-kan gambar nya. Memang dah basi pon cerita ni. Tapi still, nak buat jugak.
First sekali i nak cakap thanks to
papa i yang datang ambil i kat BP haritu. Susah payah dia datang bertolak dari Paka pukul 2 am and sampai BP pukul 9 am lebih. Papa dtg dengan
Ayah Wan, kenalan kami sbb pinjam pakai van dia untuk bawa motor and balik barang i semua yang banyak. Dah la time papa sampai tu rumah i tak ada air. Terpaksa la papa pergi mandi dekat masjid. Kesian papa. Then papa pergi tido kat masjid tu lepas mandi sebab i kena pergi jumpa sv i nak settle pasal PSM. Then bila i balik, papa datang and masukkan barang i semua yang dah 80% siap packing and i pula sibuk print and susun semua thesis i yang 4 copy tu. Kesian papa, i tak tolong pon. Sibuk sangat siapkan nak print and susun thesis tu. Lepas tu papa mandi kat rumah i and pergi solat Jumaat. Nasib baik lepas papa balik solat Jumaat tu, i dah siap semua then terus boleh gerak balik balik. Mesti papa penat sangat.
Terima kasih papa atas pengorbananmu.
Van yang penuh muatannya dengan barang- barang i. Dah macam orang nak pergi jual kat pasar malam. ![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8iuIKACYqrIVLNOPVA-9sAv8xbkbC8BaPq60CZRSQY3zqOooD37AZrtp7dJ7XZ_Leg2t-JL4UXIJdPMceHRSH4uR6PzneAbyhn87NwlLwjxdtDPQrte5mX77O_-pcealphIL2raHPLv0/s320/DSC02028.JPG)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyFe33H0tOpY3DZeFxPa50qtkS-3JQ_QI53It2bssVpLWTVnH4S81UWjo7Mel-YKcNGY_zfIxgLXErVWWEiXwAr3SBquOOIuRU9ZNtuSutDoeqSGBtKNR4kTKEXgevKmVkNx5z79CBo1E/s320/DSC02029.JPG)
Keduanya thanks kepada
Jamal Rashid, classmate i. Dia ni adalah student sv i juga. Maksud nya, sv kami adalah orang yang sama. Lepas i print thesis i, i bagi pada Jamal untuk buat hard cover [mestila i kc dia duit juga], ambil tandatangan sv, isi borang and hantar pada sv and faculty. Tq very much Jamal. Kalau u tak tolong i, memang tak siap la thesis i tu. Jamal juga banyak tolong i time i buat programming PSM i dulu. Sebab dia juga i dapat idea nak buat macamana. Jamal pon ada tolong i buat coding sikit- sikit. Oh ye, thesis i masih ada lagi dengan Jamal. Biar la dia pegang dulu. Nanti jumpa baru i ambil dengan dia. Thanks buddy.
Ok, ini gambar Jamal yang i curi kat fb dia. Terpaksa la ambil gambar dari belakang je sebab gambarnya pon curi kan. Gambar thesis i tak dapat lagi :(
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-YxYICOOH6ZfaTtbytYHo_h2t2MS0iYXPV1_3pX8QsysfY6oor5MPSzIRg67V_P7UygzSnkHvi2Dc01-rqlPVz65VUYByzmJn4431I6yxODknKwqLkm2Dlvwne303oTxRrCH22ASvlbg/s320/32262_1458865878612_1442357799_31223174_6376696_n.jpg)
And last sekali thanks pada
si dia yang menghantar cake ini ke rumah i pada malam terakhir i di BP. Walaupun u tak keluar dengan i buat kali terakhir malam tu. Walaupun i marah dengan u malam tu. Still thanks. Sebab u tunaikan juga janji u. Walaupun satu slice je. Haha. Demand gila i.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5eOo_rzCp94NhsAumNQBRYwICldwKubymTDCJUMt-gW7CqLFDL2yjlMOwe2CTsg-wmJW_dQwPYsE1bwBZEX5xfTVbyPc0yMW1VtK-nvmyA9jQdEOpOKLqaQDxJZPs5vv3vKVi5kcz758/s320/DSC02024.JPG)
Thank you very much semua. I sangat hargainya. x.o.x.o,
No comments:
Post a Comment